Membebel

Semalam hari pertama bekerja semula setelah bercuti sakit selama 15 hari. Aku dah sihat dah, Alhamdulillah syukur aku cepat sembuh.

Tak tahu nak cerita apa tulis apa mahupun luah apa. Tapi nak kongsi apa yang aku fikir saat ni. Mula2 nak bagi tahu aku sangat bosan sekarang ni macam blur sikit tak tahu nak buat apa. Bila dah tak tahu nak buat apa tu mula la otak aku fikir macam2. Tak ada apa yang penting dalam entry ni kecuali aku membebel. Lagi bagus kalau jangan baca…

Aku terfikir bila aku ada masalah tak kira lah masalah apa pun. Aku dah rasa betapa besarnya masalah aku tu. Nak fikir macam mana nak selesaikan, nak kongsi dengan siapa nak luah pada siapa? Nak bercerita tu boleh percaya ke dengan dia? Patut ke kongsi masalah dengan die? Atau fikir sendiri selesai sendiri? Ke lebih baik pendam aje? Atau paling mudah, lupakan aje? Tapi kalau lupekan masalah boleh selesai ke?

Ceh… besarnya la masalah aku tu kan!

Makin lama aku hidup, (syukur Tuhan masih panjangkan usia aku) makin banyak benda yang aku tengok dan sedar bahawa masih banyak yang perlu aku pelajari dan ambil iktibar. Kedengaran cliche kan, tapi itulah kenyataan. Banyak benda yang aku rasa aku terlepas dan aku nak sangat dapat ulang balik kenangan2 indah yang aku terlepas. Aku nak hargai semua yang aku ada dan merasai keindahan yang ada depan mata aku.

Aku belajar sesuatu yang sangat banyak sejak dua menjak ni. Aku tak amik ringan dengan nasihat orang (kecuali bab makan pedas tu la sebab tu macam dah sebati sangat dengan diri tapi aku makan sikit2 je pedas oh). Selalu aku ingat dengar nasihat orang yang lagi tua dari aku, tapi sebenarnya nasihat orang yg muda tapi berpengalaman itu juga bermakna. Tak semestinya dia muda dari aku tapi kata2 dia tak boleh pakai. Atau mungkin pengalaman kurang tapi idea dia bernas masih aku ambil kira.

Aku mungkin seorang pemikir sebab aku suka fikir menda2 secara mendalam walaupun kadang2 mende tu tak penting pun. Tapi sepatutnya aku fikir yang patut2 aje tak perlulah sampai menjadi tekanan dalam hidup kan. Itu yang aku kena perbaiki. Mungkin lebih kepada berfikiran positif. Sebab selalu asyik fikir negatif je memanjang huhu..

Aku selalu kagum dengan cara orang selesaikan masalah. Cool ajer. Masih mampu berfikir secara baik dan menjalankan kehidupan seharian dengan tenang. Yela kata orang bila ada masalah, masih mampu berlagak tenang sebab hanya tuhan yang tahu apa ada dalam hati kan. Kagum…sungguh aku kagum…

Lagi satu, bila ada masalah besar terjadi pada kita, kita tak tahu betapa kuatnya kita untuk hadapi masalah tu. Maksud aku macam seorang perempuan. Perempuan kan kaum yang lemah. Tapi hanya lemah dari segi khudrat aja itu pun sebab nak banding kan dengan khudrat lelaki. Tapi bila perempuan ada masalah, masalah tu besar tapi kagum tak dia masih mampu tahan, masih mampu untuk berusaha memperbaiki keadaan walaupun perit jerih kalau fikir macam tak ada akhirnya. Bila kita tak rasa, kita tak tahu kita mampu tahan atau tak, tapi bila jadi pada kita …. Baru lah tahu betapa kuatnya kita…

ENtry ni tak ada ending sebab tiba2 je dah habis aku fikir....

7 Comments:

ko ni potong la cimun..xde kesimpulan pon ;p

ko duduk skang, sambung !! haha

 

hahahahha mmg takde... tak de sebab nak mulakan entry maka xde sebab nak buat ending die juga,...kita main gantung2kan die hahahaha

 

hahaha,

ala nani, ko nye cite pon kekdg tergantun gak...semangat dowh kelik laju2 nak baca...sekali kau gantungkan diri ku ini...

ko kena sambung balek cite antu ko yg kt opis ko tulis tuh...

hahaha, ni komen blog nani ke fielah nih, hahaha...amponnn filah, selamat bekojo...

 

org muda yg byk pengalaman tu aku kan? kan? kan? hahahhaha. dan aku jugak yg selalu bagi idea bernas kan? kan? kan? hahahahah. sila tahu kalau benar la tema kawen ko terjadi. itu adalah karya asal dr aku. hahahahha. motif?

 

hehe hany, citer hantu tu kena tgu aku dtg standby kat opis tgh2 malam baru boleh sambung..baru feel..okey? ;p

 

oiii oiii ni blog aku ok hahahahaha...

As: ye la...ko salah sorg org muda yg byk pengalaman dan idea... ade lagi beberapa orang yg aku kenal mcm ko juga...tq tq..

btw tema kahwin sila rahsia ahahahahaha... :p

 

tema kawen??apekah??as, ko nk makan ape..aku belanja..hahahhaha