Erm…. Sikit je pun lagi kisah nya.. Tapi mungkin antara yang paling penting nak di bandingkan dengan entry2 yang lain. Iya… tentang insurans…
Macam2 pendapat peribadi orang kan tentang insurans ni. Bukan aku nak membebel pasal insurans pun sebab hal2 macam2 ni selalu nya hak peribadi dan juga bergantung kepada kewangan seseorang. Cuma apa yang boleh aku katakan adalah, jika ada rezeki beringat lah kamu ketika sihat sebelum datangnya sakit.
Aku macam orang lain juga. Maksud macam orang lain tu adalah makan gaji. Selalu je tiap2 bulan tu dapat gaji, simpan sket buat mana2 yang patut bayar hutang sana sini simpan sikit makan shopping bagi parents sket kalau ada rezeki lebih atau belanja adik2 sket tengok2 wayang. Macam tu la. Macam kehidupan yang biasa. Selalu je duit gaji tu memang cukup tak lebih tak kurang. Alhamdulillah…
Tapi… masa 2007 Allah dah gerakkan hati aku untuk ambil personal insurans aku sendiri. Masa ambil ni serius macam ermmm rasa tak penting pun. Tapi amik jugak kan. Lebih pada ikut kawan pun iye time ni. Nani amik, Gym amik so aku kena amik jugak. Kesedaran tu ada tapi sangat lahhhhhhhhhh kurang. Bayar pun RM100 je sebulan aku buat auto debit so tak lah lupa ke nak bayar ke ape kan.
Ketentuan Allah swt memang kita tak dapat baca dan agak. Dia penetu segalanya. Kita merancang tapi Dia juga yang berkuasa. Masa kena admit hospital tuh, aku tatau la kan kene berapa… semua siap2 bedah segala… Malas lah nak cerita panjang. Nah tengok sendiri…. Lepas tu korang fikir la sendiri. Kalau aku, memang ikhlas tak ada simpanan banyak tu nak bayar selepuk untuk kos perubatan dan pembedahan. Dengan nak simpan duit nak kahwin lagi mana nak cari weh? Takkan nak susahkan mak ayah lagi dah dorg dah pencen. Oh tidak2…
Kalau ada insurans under office tu bagus la. Memang majikan seharusnya beri perlindungan kepada pekerja. Aku salute dengan office yang ada ambil insurans untuk pekerja nya… tapi tu la tak selamanya kita kerja di office yang sama atau tak semestinya insurans office tu menjamin diri kita, mungkin juga ada isu. Maklumlah insurans ni pun macam2…
Aku bukan agent insurans malah tidak juga mahu menjadi agent insuran selepas kes aku ni. Cuma berkongsi pendapat sahaja. Tapi kalau ada yang tak ada insurans tapi nak kan lebih informasi, boleh bagitahu aku. Yang mana aku mampu tolong, aku akan salurkan kepada orang yang lebih tahu tentang isu2 insurans ni k… Nah tengok bil aku sendiri, lepas tu lu fikir lah sendiri… btw, pembedahan aku kecil je, minor orang kata: >> Apendiks


P/s: Pandai2 la korang besarkan gambar kalau tak nampak eh
P/s2: Amount tu mungkin pada sesetengah orang kecil, tapi pada aku besar OK...
p/s3: Aku adalah pemegang insurans PRUDENTIAL BSN TAKAFUL
First Day School
9 years ago


4 Comments:
Giler mahal bil hospital..Aku dulu hospital kerajaan 5 hari lepak baru RM500, sebulan baru dpt claim insurans Prudential..Ofis punya insurans tak boleh pakai la..hahaha..
giler ahh mahal bil..
aku sebenarnya pernah terdetik nak stop insuran ni dulu, tp selalu je aku dok delay2..yela, kenangkan mana mungkin aku akan jatuh sakit berdasarkan rekod kesihatan aku yg boleh aku kire sbg 'susah nak sakit' ni..mcm membazir pun ade nak keluar duit, even xde la banyak mana pun bayar bulan2..
tp dlm dok delay2 tu, rupanya ada kebaikan yg aku kena lihat dr sudut yg lain..
we never know what's gonna happen to us in next few days, even next few seconds..dibuatnya lepas aku menaip ni, tiba2 sakit lak masuk sepital, huhu nauzubillah...
beringat sebelum kena~
nak tanye sket, once kita dah claim, dia akan deduct dr total yg kita boleh claim tu ke?
James: mahal sebab swasta.. Kalau takde insurans personal nih pun harus aku pegi hospital kerajaan jugak... huhu insurans office macam ikut nasib pun ada kot. dalam kes aku, mungkin tak bernasib baik kali nih ...
Naniez: beb... nasihat aku jgn lah stop, bukan byk sgt kan tiap bulan... jgn tau! :)
soalan ko yang terakhir tu, jawapan = tak. Untuk keterangan sila telefon agent insuran hohohoohoh aku tatau nak terang macam mana tapi confirm memang dia tak deduct sebab yg aku strike kan tu jumlah sama dengan kelayakan aku boleh claim wpun aku dh pernah guna insurans untuk bedah ni...
alhamdulillah lar ada kesedaran cam fielah ni. kat luar sana, ramai lg org kita yg x sedar & beringat sblm kena. even ada clientku dulu yg suka nk stop2 takaful diorg. part ni paling sedih. dah elok2 cover, nk stop.
hmm.. kalo amik medical card, ada pakej2 tertentu yg ada limit ikut seumur hidup & limit dlm setahun kalo claim. biasanya tu utk sakit2 kritikal mcm jantung, buah pinggang.. cth mcm buah pinggang tu, wat dialisis ada had dlm setahun. ikut pakej insurans/takaful mana yg kita amik lar. baca lar teliti kontrak polisi yg ada tu.
Post a Comment