Kecewa !

Setelah seminggu berlalu, baru nak update kan. Tu pun sebab dah ada orang suruh update sebelum blog ni jadi busuk dia cakap. Eh lebih kurang macam tu la. Aku ni suka menulis tapi sangat malas nak mengupdate blog. Nak mula tu yang macam malas rasa macam berat tangan tu nak mula jadi tak mula2. Bila dah mula nak cari tajuk pulak susah, lepas tu nak kena buat intro pulak susah. Ish susah rupenya blogging ni hohohoho maka jadilah intro seperti entri ini. Kehkehkeh sian kat diri sendiri intro pun nak kecoh…

Rasa nya ramai yang dah tahu pasal kisah aku masuk hospital kena bedah bagai minggu lepas. Tapi kot-kot la ada yang tak tahu cerita yang sebenarnya macam mana kan. Tapi macam la ada yang nak tahu sangat pun huhu xpe la nak jugak cerita mana tahu boleh kongsi informasi tentang apa yang terjadi ni kan untuk kebaikan bersama. Yang baik boleh la jadikan tauladan yang buruk tu baca je sudah buat2 tak nampak… Abaikan pun tak pe.

Masa mula2 sakit tu, aku sakit perut dan sakit pinggang. Malam lepas maghrib hari Isnin tu aku sakit dah. Tapi masa tu aku ngadu2 kat housemate aku. Cum anya takde la teruk sangat sakit masa tuh. Pulak tu aku dapat berita dari adik aku ayah aku dah masuk hospital malam sebelum tu. So macam otak aku tu, lebih fikir pasal ayah aku daripada sakit aku.

Aku kan baru pindah, bilik aku tu macam panas, so aku lepak kat ruang tamu je malam tu… sampai kul 12 malam tu aku masuk gak la bilik nak tido kononnnya. Tapi, pusing kiri kanan kiri kanan tah berapa banyak kali still xleh tido. Sapu minyak kat perut kasi panas masih x boleh tido. Aku ingat aku nak datang bulan sebab memang dah lambat juga, so aku cuba untuk teruskan tido.. tapi tak boleh2 jugak…

Sampai pukul 2 am kesabaran aku dah sampai ke kemuncak. Poyo doh ayat. Huhu tak de la macam tu, tapi memang dah tak tahan. Cumanya aku boleh jalan siap boleh drive. Tapi aku risau kalau aku tak pergi klinik juga amik ubat malam tu, nanti esok aku xleh pegi keje, sebab esok tu ada meeting. So macam dalam hati aku… shot aku kena jugak ni pegi klinik kalau tak esok sure mc nih ! gile kentang macam konon rajin sangat pegi keje kan opss..

So, malam tu pukul 2am pergi la aku ke klinik 24jam MEDIVIRON dekat area seri kembangan yang sebelah balai polis tu.. Motif bagitau details ? hurm..tunggu dan lihat… Aku pergi ditemani oleh en. Risik. Yela dah pukul 2am kot2 la aku nak terpengsan ke pulak kang, so aku ajak die teman. Memang klinik takda pesakit lain yang tengah di periksa mahupun menunggu. So masuk2 aku terus daftar. Staff tu cakap doktor ada jadi aku pun tunggu la. Tak lama, dalam 5 minit aku dipanggil masuk. Masa ni memang perut aku sakit belah kanan paling rasa sakit. Doktor tu aku masuk2 muka macam serabut2 ngantuk rambut serabai2 la kan. Aku paham la dia tengah tido masa aku datang tu. Dah kata pukul 2 pagi kan.. Dia tanya aku ada cirit birit ke aku jawab aku xde cirit birit tapi masuk toilet buang air besar macam biasa tu ada la byk drpd biasa dalam 4 kali jugak sepanjang malam tu. Tapi aku tak cirit aku ckp, tp dia kata, oh itu cirit birit la tu. Erkk aku tak paham, takkan berak buang air besar macam biasa2 tu dia cakap cirit birit jugak? Ish… Dia tak suruh aku baring pun tapi just tekan perut aku sekali konon2 check masa aku duduk depan die tu. Sebab dia tekan tu aku x rasa sakit which is aku rasa macam die acah2 je nak tekan pun. Dia check aku demam ke tak, dia kata aku tak demam. Terus dia buat kesimpulan bahawa aku food poisoning. Lepas dah die jot2 something kat mediacal card aku tu, pastu dia kata dah boleh amik ubat. Just before aku terkulat2 nak keluar bilik doktor tu, boleh dengan sinis dia tanya aku, awak taknak MC kan? +_________+ muka aku datang ni macam nak tipu MC ke pulak? (oh aku berfikiran sinis sebab cara dia tanya aku tu dengan intonasi penuh sinis ok)

Aku pun macam berbelah bagi giler masa tu, sebab aku tak rasa aku food poisoning. Tah la, tp mmg instinct aku boleh rasa aku bukan keracunan. Aku keluar2 bilik doctor aku bgtau en risik aku ckp, doctor pemalas! Boleh? Aku memang bengang jugak la dia boleh layan pesakit datang sambil lewa macam tu sekali. Kecewa betul aku. Aku rasa macam dia anggap aku ni datang nak minta MC kat dia atau saje2 buat cerita aku ni sakit. Aduhai… tolong la weh. Kalau aku nak main2 sakit nak mintak MC ape kejadah nye aku datang pukul 2am ?? baik aku datang pukul 10pm tu ke semata2 nak mintak MC. Dah la rate datang klinik pagi2 buta alam tu mahal ok charge dia. 2 kali ganda. Kena dalam RM60. Disebabkan bukan klinik panel, maka kena la bayar sendiri dulu kan.

Aku ni, bila jadi macam ni, mula la persepsi aku terhadap doktor melayu ni jadi teruk. Jadi macam hilang pertimbangan kepercayaan ok. Sebab doktor yg check aku tu doktor melayu. Sebagai doktor yang kerja di waktu pagi buta alam, tak boleh la kerana alasan ngantuk ke ape ke jadi dia tak check aku betul2. Jangan kerana dia doktor melayu lelaki, pesakit datang perempuan dia jadi tanak check aku or suruh baring untuk check perut aku lantas terus buat conclusion aku food poisoning. Hello ! awak tu doktor ok.

Susah la nak cakap… Aku sebenarnya lebih rasa kecewa berbanding marah. Isu aku ni, sebenarnya aku kena apendiks bukan keracunan makanan. Dan kategori apendiks aku adalah agak kritikal. Sebagai doktor, sekurang2nya pemeriksaan tuh biar lah betul2 dan jangan lah sekadar nak lepaskan batuk di tangga. Aku bukan nak cakap hipotesis doktor tu semestinya betul. Sebagai manusia tak mustahil kemungkinan doktor akan salah tu ada. Betul, itu aku tak nafikan. Tetapi kenapa dia tak periksa dengan bersungguh2. Contohnya amik tekanan darah, atau suruh aku baring dan check perut belah mana sakit atau tanya lagi soalan2 yang mungkin boleh mendapat informasi yang lebih tepat tentang sakit yang di alami oleh pesakit yakni pada ketika itu adalah aku!

Ini tak, 3 minit check pun tak sampai. Charge sampai RM60, fine takpe kalau check mahal sebab rate malam kan. Tapi, berbaloi ke??? Dengan apa yang aku perolehi? Ishh sebenarnye entry ni takde pun dimulakan dengan EMO… Tah la aku kecewa betul.. rasa macam nak tulis surat pun ada kat klinik tuh!

Oklah. Enough pasal marahkan doktor yang tidak bertanggungjawab. Aku harap doktor2 lain terutama doktor2 melayu tak kira lelaki atau perempuan lebih bertanggungjawab di kemudian hari. Aku tahu kerja doctor ni bukan mudah lagi pula tanggungjawab lebih berat. Masyarakat pun memandang tinggi kerjaya doctor ni apetah lagi yang berkhidmat untuk masyarakat. Oleh yang demikian (ha kau ayat!) sama2 lah kita memenuhi tanggungjawab sejagat sesame kita. Jangan sampai, ada yang hilang kepercayaan terhadap kredibiliti seorang doktor…

Nantilah aku sambung balik cerita aku masuk hospital bedah2 tu ye…

3 Comments:

mmg pun fielah.. kuciwa.. rasa sedey je nk kuarkan duit 60 hinggit tu..

 

hani : huhu pjg sgt nnt sambung eh

Cik daisy: tau xpe.. sebak pilu sedih sadis semua ada..