Sambung kisah masuk hospital… kot2 ada orang nak baca.. nah!
Lepas kes emo2 pergi klinik doktor kata food poisoining, diri ini balik la makan biskut sekeping pastu makan ubat. Yela nak makan ubat kena makan dulu takut perut kosong. Paksa ni dok makan biskut punya la aku xde hati nak makan. Tapi sebab doktor cakap 3 jam boleh baik kan (kentot 3 jam) - ini bukan maksud dia aku dok kentot2 selama 3 jam ye, maksud dia = (banyak la ko doktor 3 jam boleh baik, non ado nye baik 6,7, 8 jam pun xde baik) ha itu la maksud dia.
Sampai ke subuh aku tahan je sakit sepanjang malam tido2 ayam. Lepas subuh dah gosok2 baju, aku terus gi siap2 gi keje. Aritu ada meeting kat KL. Sepanjang perjalanan en. Risik drive sebab dia pun join meeting tu. Aku sakit tapi aku tahan. Buah hati depan mata so macam lega sket. Ceh sempat poyo lagi kan. Aku tak breakfast apa2 pun pagi tu, so masa tengah meeting minum air honey dew. Meeting kat tempat ada makan, tapi memang jangan harap la kan nak makan. Aku ni tengah2 meeting tuh aku macam takde la rasa sakit sangat tau. Mungkin sebab hormon dalam badan ni hantar message kat otak, tahan2 jangan sakit jangan sakit. So macam boleh la cool dalam meeting tu. Tapi rasa nak muntah tu memang sangat ada. Maybe sebab dah perut agak masuk angin. Itu aku la agak pun. Tapi aku Berjaya tahan daripada muntah dan tahan juga sakit sampai habis meeting.
Sebaik sahaja keluar dari meeting, en. Risik dengan sorang manager aku tengah minum kat kedai. Aku terus ajak balik. Sebab keluar aje tempat meeting tu rasa muntah dan sakit perut aku tak tertahan dah. Mulut aku dok cakap, jom balik sekarang, jom balik sekarang. Sebab aku memang tak sabar2 nak pegi klinik ni. Dalam otak aku nak suruh doktor cucuk ubat tahan sakit je tapi tanak gi klinik sebarang sebab nak pegi klinik panel supaya free kan. Haha so kena balik area office sebab nak gi klinik panel. Sebelum balik tu sempat aku mintak plastic bag kat orang kedai minum tu sebab aku cuak aku termuntah dalam kereta.
Yeah! Tepat sekali. Memang tidak tertahan. Aku muntah dalam kereta nasib baik ada plastic. Terus dorang suggest berhenti dekat petronas. Dekat toilet petronas tu muntah semua habis honew dew juice aku minum masa meeting tu. Sampai dah tak keluar ape dah. Tapi still nak muntah jugak.
Cerita pasal muntah sampai 3 perenggan boleh?
Oklah pendekan cerita. Sepanjang perjalanan berhenti kat tol, berhenti tepi jalan untuk muntah2. Sebab plastic tadi dah buang kat petronas kan. Sampai je area office terus pegi klinik panel pertama, tapi malangnya eh bukan malang, tapi tak ada rezeki sebab doktor dah siap2 nak pergi lunch. Masa tuh pukul 1pm dah. So bergegas ke klinik panel kedua yang agak jauh. Tunggu beberapa ketika sebab ada pesakit lain. Masuk2 aje doktor india. Tanya itu ini begitu begini, amik tekanan darah check suhu badan suruh baring dan check perut aku. Dia tekan 3 tempat. Kanan, tengah dan kiri. Masa tekan kanan aku jerit sket sebab sakit. Dia tekan lagi skali kanan untuk confirmation. Jerit lagi sekali dan cakap sakit doktor jangan tekan lagi belah kanan ni…
Mak aih detail ko aku cerita…lantak..layan je la..
Terus doktor kata awak ni suspected apendiks. Awak nak pergi hospital mana? Any specific hospital? Terus aku jawab KPJ Kajang. Itu je aku terfikir time tu memandangkan aku pernah mendapat rawatan sebelum ni kat hospital tu kan so aku terus jawab nak pergi KPJ Kajang. Doktor terus tulis surat bla bla bla siap lukis2 gambar abdomen dan bulat kan bahagian perut kanan dan note pada surat tu tah la aku tak ade la bace pun kalau aku baca tah aku paham ke kan. Bahasa2 doktor term2 medical dia. Pastu surat tu dia masukkan dalam sampul ada letter head klinik dan tulis depan tuh dengan pen merah+huruf besar “URGENT”.
Cuak tak? Hahaha eh bukan nak gelak pasal ape, sebab masa ni aku tak de perasaan cuak yang ada Cuma rasa sakit gila je… Tapi bila aku fikir2 balik sekarang ni, macam berat je siap tulis urgent2 macam tu.. nasib dia tak telefon ambulans ke suruh amik aku kat situ lagi naya. OK over di situ..
Terus la en. Risik bawak aku ke KPJ Kajang. Telefon agent insuran under company nak bagitahu nak masuk KPJ kajang tapi bila dengar je nama aku pesakitnya, dia suggest pergi Hospital Serdang. Oh kecewa. Kenapa ada insurans tapi kena hantar pergi hospital kerajaan ? Ops bukan sebab memandang rendah tentang hospital kerajaan tetapi sepatutnya di cover oleh insurans under company untuk masuk hospital berbayar kan kan kan. Apekan daya… nama aku ada masalah. Ada isu di situ…. Tapi tu cerita entry lain ah.. Jadi aku decide untuk guna personal insurans aku sendiri. Nasib Baikal ada. Kalau tak…erm.. ntah la..
Sampai je KPJ kajang, bagi surat doktor bertulis urgent itu lepada staff nurse di situ. Dia bawa aku untuk ambil tekanan darah dan berat aku. Tanya bila last period. Dah jawab2 semua, masuk dalam tunggu lama sket doktor datang check lagi sekali perut dan cara dia check sama macam check kat klinik yang aku pergi sebelum ni. Doktor tanya, are you pregnant? Aku cakap I’m not merried yet. I guess pada doktor tu aku tak menjawab soalan doktor sedangkan pada aku aku dah menjawab. Dia tanya lagi sekali, Are you sure you are not pregnant? When is your last period? Aku juga dengan yakin jawab… I’m not pregnant. My last period is end of March. Betul jugak kan, tak semestinya tak kahwin perempuan tak mengandung. Faham lah maksud aku kan, mula2 tu aku yang salah jawab.
Then aku kena buat urine test and blood test. Lama juga tunggu. I guess maybe they need to make sure that I am not pregnant. Aku di cucuk untuk masukkan ubat tahan sakit dan antibiotic. Masa cucuk tu tak sakit pun sebab sakit perut ni lagi sakit dari cucuk oh. Lepas dah confirm aku tak pregnant tu aku di bawa untuk buat ujian sonar. Erm yang macam pregnant lady nak tengok baby tu la. So Nampak la kot apendiks aku tu yang dah membengkak bak juara..
Dah habis semua procedure tu aku balik ke tempat bilik kecemasan tu dan sementara tunggu nak admit tu sempat aku tertidur bila ubat tahan sakit dah berkesan. Aku rasa aku sungguh penat dengan tak tido semalaman dan penat tahan sakit. Sekejap je terlelap nurse kejutkan dan nak masuk ke ward. Masa tu dah around 5pm nak dekat 6pm dah. Semua tetang administration, deposit ape semua en. Risik uruskan kat luar. Aku tak tahu apa2 dah. So dah masuk wad kat tingkat 3 tu, aku di beri baju hospital tu. Nurse suruh tukar dan pesan jangan makan or minum apa2 sebab maybe kalau takde hal dan OT (Operation Theater) kosong, aku akan dibedah hari tu juga.
Lepas dah bagitau parents pasal semua tu, aku mintak en risik balik amik baju2 aku. Aku mintak housemate aku tolong pack kan dan serah pada dia. Aku risau juga kot2 aku nak masuk OT ni takde sape2 dengan aku kan, aku sorang2. Yela first time ko masuk bilik bedah harus la ade cuak2 sket kan. Tapi macam perasaan aku masa tu mcm takde cuak sangat. Macam otak aku set oiiii oiii ko kena la kuat. Baru sikit dah cuak2 ape dehal. Tak payah la nak takut2 sangat. Jangan drama lebih2 sangat OK.. macam tu la dalam otak dan benak aku. Takut tapi buat2 tak takut. Jadi en. Risik balik dan akan datang balik lepas maghrib mcm tu. Aku tengok dia pun macam tak sampai hati nak balik. Tapi aku suruh jugak balik lagi satu sebab baju operation tu seksi sangat. Segan oiii aku nak kena pakai macam tu kan. Memang la bukan tukar baju depan tu tapi dia tengok aku pakai baju tu pun sebenarnye aku tak suke oiiii… huhu
Rupanya2 semua dah siap. Doktor pun dah ready nak operate yang tinggal Cuma GL insurans tak lepas lagi. Staff nurse suruh aku call agent kot2 boleh percepatkan. Aku pun telefon. Tak lama pastu dalam 7-8 minit staff nurse beritahu GL dah lulus tunggu dorg fax. Laju la pulak. Pastu nurse datang semua keluarkan drip air suruh aku simpan semua2 barang baju semua bukak tinggal baju operation tu je sebab masa tu aku still pakai tudung kan. Lepas tu die pakaikan yang tutup kepala ala macam orang nak kena operate yang kita tengok kat TV tu la. Macam tu la… Aku masa tu macam takde la perasaan sangat. Serius weh. Takde rasa cuak ke ape sangat. Tah aku rasa macam tak percaya pun ada. Betul ke aku nak kena operate ni ? Mula la aku terbayang macam dalam TV tu ok karang ada orang suruh kira 10,9,8,7, ….. sampai ko pengsan sebelum operate. Pastu nampak lampu bulat2 kat atas kepala ko ala lampu operate2 tu, mesin2 semua haha mende tah haku. Aku macam lebih lepada menikmati apa yang ada di sekeliling aku masa nak operate tu. First time kan… pelik juga aku rasa. Walhal aku sengsorang je time tu. Family lom sampai. En Risik balik amik barang. Ada nurse2 dan doktor je sekeliling aku. Masa tu aku dah tak rasa sakit tau sebab doktor dah bagi ubat tahan sakit kan.
Oiiiiii panjang nye entry ko nih!
Sebelum di bawa masuk bilik bedah tu aku sempat sms en risik je aku dah nak kene bedah. Parents pun x sempat nak sms sbb nurse dah suruh off hp dan letak kat kaunter. Tapi takpe jugak. Aku tanak parents aku susah hati dalam perjalanan memikirkan anak nye nak kena bedah. Aku dapat rasa parents aku cuak jugak. Sebab kami adik beradik jarang sakit, masuk hospital dan sampai bedah2? Oh lagi la terkujat kan…
Sambung balik masa kat bilik bedah. Staff nurse suruh aku pindah dari katil hospital ke atas meja bedah. Sebab aku boleh bergerak sendiri dengan jayanya kan, so aku angkat diri sendiri je la pindah dari katil ke meja bedah tu… Lepas tu erkkk macam sungguh malu nak cerita :p takpe la cerita jugak wpun rasa macam nak skip. Supaya yang tak pernah kena bedah tu tahu la macam mana rasa kena bedah kan :p Staff nurse buka baju operation dan hanya selimut je la yang selimut diri ko eh diri aku masa tu. Shittt malu malu malu sumpah malu. Bukan la bogel pun sebab pakai selimut kan tapi sebab sebab sebab adalah bukan kebiasaan eh macam tak pernah dalam keadaan itu maka adalah sangat malu ye. Sorang nurse tarik tangan kiri dan pasang alat untuk mengawasi tekanan darah. Lepas tu sorang lagi nurse inject ubat bius aku rasa ke dalam tempat cucuk yang drip air tu. Lepas tu aku sedar lagi tapi aku rasa macam mamai. Nurse tu cakap kat aku ok dik ni oksigen, bernafas macam biasa, adik mengucap dan selawat yer… Lepas 3 saat kot aku dah tak sedar ape dah…
Ok lah.. macam tangan aku dah lenguh …. Nanti sambung lagi ye haha… kalau la ni karangan BM SPM kan… nescaya … erkkk
OK bye..
First Day School
9 years ago


7 Comments:
isk saspennye saat Lepas 3 saat tu, hihi
saspen eh? x jadi ah nak sambung kehkehkeh :p
walau pun cerita ko ni sangat la suspen. serius suspen sbb aku pun mcm cuak baca cerita ni. tapi aku pelik kenapa aku gelak kuat2 bila dah last2. laki aku pun kata aku gila baca blog sampai bantai gelak kuat2
erk... penat aku cerits saspen2 gini ko boleh gelak as... hahahahah tapi aku pun rasa macam kelakar gak bila baca balik hohohoho... tah aku main type apa yg jadi.. mcm tu la alkisahnya...
wahhh...cepat la sambung cite ni...cepat laaa...
xpayah sambung..x best citer nih..hahahahhahahah..(sambung la..sambung la..)hahahha
Nadia: erkk baiklah. dah sambung..
Ajak: cabar nampak suh sambung! ok dah sambung :D hehe
Post a Comment