Hospital part 2

Sebelum perasaan untuk mengupdate semakin menghilang dari hari ke hari huhu lebih baiklah aku habiskan entry kisah masuk hospital aku nih… Tujuan nya cuma satu, berkongsi cerita dan informasi serba sedikit dengan korang semua. Cuma yang baik tu jadikan lah teladan dan macam biasa yang tak perlu tu silalah abaikan…

……………

Waktu nurse dah suruh aku mengucap dan selawat aku hanya pandang lampu bilik bedah tu. Ya, sama macam dalam drama2 tu ye, lampu bulat2 atas meja bedah tuh. Tapi kan aku memang langsung tak terpandang atau ternampak pisau ke gunting ke kapas ke alat2 bedah semua aku tak nampak. Elok la tu aku tak nampak kan…

Lepas dah 3 saat camtuh (eh 3 saat je? Sempat ke aku mengucap dan berselawat masa tu ? huhu aku rasa sempat ngucap je kot) aku dah tak sedar apa2 dah. Tak sedar tu memang tak sedar yang tahap ko pengsan la kan. Maksud aku bukan tak sedar macam ko tido tuh, sebab kalau tido kita macam ada mimpi2 la ke or ngigau2 ke kan. Ni takde memang tak sedar langsung. Nasib la oi tak sedar langsung kan, buat nye atas meja bedah tu aku sedar ha camne?? Hohohoho oiii ingat lawak la tuh shadap! Huhuhu

………………

Macam mana aku nak cerita saat2 pembedahan sedangkan aku tak sedar ape2? Huhu ok skip part nih… :p


………………

Aku masuk bilik bedah dalam pukul 7.00pm macam tuh. Mula bedah dalam 7.45pm la gak. Ni aku budget2 sendiri je sebab mana ada jam dah kan kat tangan time tu. Last tengok handphone pun masa sms en risik last tu. Sampailah pukul 10pm++ aku di bawa masuk ke dalam wad aku balik yakni wad bernombor 306. perlu ke mention ? oh..

Aku sedar dan tidak sedar. Masa aku mula2 buka mata tuh aku nampak en. Risik pakai baju merah jersi bola. Aku tahu itu dia (yela takkan lepas bedah je terus aku tak kenal die pulak kan… haha patut aku buat2 macam tak kenal…erkkkkk oii serius serius.. ) Aku ingat aku ada sebut, Nak air.. nak air… macam tu la lebih kurang. Lepas tu aku sebut lagi… Sejuk… sejukkk.. Pastu aku tak sedar..macam mamai la gitu… Bila aku dapat kesedaran sikit balik aku sedar selimut kat badan aku dah macam 3 lapis kot pasal dah tak rasa sejuk bedi macam tadi. Tapi aku masih haus rasanya macam tak ada orang hulur bagi aku minum air. Tapi sebab mata terlalu berat untuk buka, aku sambung tidur balik.

Rupa2nya aku tak dibenarkan minum atau makan apa saja lepas pembedahan kerana effect ubat bius masih belum hilang. Apabila ubat bius belum hilang, jika kita makan atau minum boleh membawa kepada muntah di mana bila muntah akan effect kepada jahitan pembedahan kita yang sebentar tadi takut2 berlaku tekanan pada luka dan …arghh pandai2 la korang paham sendiri kan…

Aku tak tahu….

Tapi en risik aje tahu. Sebab masa aku mintak air tuh, dia tanya nurse aku nak minum sikit boleh tak. Nurse kate tak boleh. Mana la aku dengar kan time tu pasal aku mamai.

Sedar yang betul aku sedar dan otak dapat berfikir masa dalam 11pm++. Aku buka mata je tengok2 eh2 en risik dah kurus sikit ke? Hohoho poyo di situ. Rupe2nya Along aku bukan en risik (kehkehkeh sepak karang budak nih). Takde la aku tak kenal abang sendiri kan! Aku buka mata tengok along terus aku cakap eh along, dah lama sampai ke? Masa ni dalam keadaan lemah la tau. Lepas tu terus aku cakap along, dahaga la, nak air sket.. hahahahahahah tanpa ragu2 lantas abang aku terus mentuang air ke dalam gelas dan menghulurkan kepada adik nya dengan penuh kasih sayang hohohohoho… Sabar je la.

Ye la dia mana tahu ma, aku pun tak tahu juga.. :P

Syukur… Aku tak muntah pun mungkin masa aku sedar betul ni ubat bius dah kurang atau dah hilang ke ntah aku pun tak tahu… Tapi masa dah lepas2 tuh cerita balik rasa kelakar, selamber badak je along kasi air… hehe

Tak lama lepas tu parents dan adik2 aku sampai… lega semua dah selesai…
Masa tu aku rasa macam ngilu2 je takde la sakit ke ape, mungkin ubat tahan sakit kuat kot. Drip air pun masuk 2 botol macam tu. Aku minta2 air lepas tu memang semua la tak kasi sebab en risik dah bgtahu mama ayah semua2 takleh minum makan bla bla bla sampai esok.

Sumpah dahaga giler…. Yela..perut kan kosong… nak mintak air je pun huhu sedih tak dapat…. Nasib la ada along aku :p

Sampai la esok nak dekat lunch hour baru lah aku doktor bgtau nurse suruh bagi aku makan dan minum… Punya la sedap ko makan tgh hari tu nasi dengan ikan masak merah! Boleh? Hahahahah tapi memang aku hadap kan aje! Lapar tahuk! Tapi aku makan slow2..very the slow… alhamdulillah..kenyang dan tak muntah….

Sampai sini je la eh cerita nya.. Aku ambil kesempatan la kat sini, nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada kawan2 yang sudi datang lawat dan doakan aku cepat sembuh. Yang bawa kan buah tangan biskut belon2 ehem2 ni aina yg bawak :p. Aku happy sangat korang semua datang. Tak bawa apa2 pun aku dah happy. Tengok muka korang pun macam gembira ada yang sudi datang jenguk aku. ~Asfaliza, Nadia, Fatiha, Safuan, Bujal, Aina, Marlia, Abang Ujang, Haji muzafar, Dayah + Suami, Nani (tq2 jauh2 pun ko sampai jugak wpun redah2 jalan :)), Elle + Azuan, nyah Nan + Kak Yunn...

Terima kasih gak pada yang sms dan call….

Pada sahabat aku Intan, minta maaf sangat aku sangat terlupa nak bagitau ko. Lagipulak tanak kacau ko di kala membuat persiapan perkahwinan... :D

Terima kasih juga pada family aku. Mama Ayah along dan adik2. Terutama mama ayah la…. Tak cukup ucapan terima kasih ni… dah jaga aku sepanjang aku cuti kat rumah nih…. Syukur sungguh ada family yang memahami…Terima kasih ma, ayah...

Teristimewa jugak kepada…. (hahahahhah aku gelak sorang2 nak buat ending entry ni, dah macam ucapan hari raya ni macam mana ni??? Tolonggg…) kepada…. Erkkk nih kita ucap tempat lain je la eh. Takyah kot kat entry2 blog ni hahahahahahahha… erkkk nanti la I call you eh :p

Oklah. Entry panjang berjela2 nah amik tengok secebis gambar2 masa kat hospital.


ini lah baju hospital yang aku adalah tak suka urghhh...

Cucuk untuk masuk drip air dan ubat... tak sakit jgn risau...

Masa ni pengsan nih... berlakon pengsan... :'p

Setelah sedar ...ok poyo... masa nih belum bedah pun lagi...

Tag nama masuk hospital...

Buah hati tangan dari kawan2

Buah hati pengarang jantung saya yang demam betul2 demam bukan lakonan :p syian die..

P/s: Lepas ni rasa macam ada lagi entry berkaitan masuk2 hospital ni tau...

4 Comments:

selamat hari nurse,

salamm,

 

bape babak nk abiskan ini cerita hosp.. puas akaq membacanye fielah.. ye lar, amik pengalaman gak nih.. baguz ajak.. jaga cik risik ko bebaik okeh ;)

 

aku x jaga pon..aku tido je..last2 aku yg demam..dia berfoya2..hahhahaha

 

tunbegia: Selamat hai jururawat juga.. terutama semua jururawat2 KPJ kajang yg cun dan baik2 semuanya

CIk Daisy:erk...ok ok pasni kalau ada pun pendek2 je kak hehe... kongsi2 pengalaman org kate..

Ajak: ha'ah iye ek foya2 ek..air pun kedekut cessssssss...