
Hermm.. beberapa jam saja lagi aku sekeluarga aku bercuti ke Beijing. Ramai pergi ni seramai 13 orang, 12 dewasa dan 1 orang kanak2. Dah lama kami rancang percutian ni tapi tertangguh2. Sepatunya pergi dalam tengah bulan 1 tapi kerana cuaca tak mengizin kan flight terpaksa di tunda. Nasib agen perlancongan memahami jadi tarikh flight dan percutian di anjak ke awal February.
Alhamdulillah... Persiapan telah dibuat. Walaupun aku boleh katakan persiapan banyak yang di buat di akhir2 waktu, tapi di sebabkan dah buat list yang lengkap aku kira semua barang yang di perlukan sudah disediakan. Cuma nya di sebabkan adalah pertama kali untuk pergi ke negara yang sejuk melampau yakni di bawah paras -ve agak menakutkan juga. Bukan takut pasal apa, tapi sebab tak tahu nak agak2 sejuk tuh macam mana maklumlah tak pernah sentuh salji. Jangan kan salji di luar negara, yang dalam negara salji buatan pun aku tak pernah sentuh.
Lagi satu, jauh di sudut hati aku, aku sebenarnya cuak jugak nak naik flight yang memakan perjalanan selama 6-7 jam. Paling lama dok dalam flight pun cuma 2 jam. Itu pun aku dah rasa lama. Aku risau tak boleh nak tidur je nanti pastu semua orang lain tido abis aku nak buat ape? arghhhhhhh.. semoga semua nya baik2 aje :) amin..
Aku ada baca dalam surat khabar pasal Pameran Coklat ke ape tah yang berada di Beijing secara besar2an. Tak ada dalam aturcara kami di sana, tapi aku harap aku berpeluang pergi. Macam teringin nak tengok mereka buat Chocolate Fountain yang besar dan banyak. Macam boleh mandi coklat hoho gilos.
Herm.. apa2 pun aku berdoa semoga percutian kami ni diberkati dan kami pergi dan pulang dengan selamat. Terima kasih pada kawan2 di office yang kaver kerja2 aku terutama Dayah. Untuk team UTM Good Luck k.. erkk tak lupa terima kasih pada boss aku yang luluskan cuti 5 hari berturut2 minggu ni :) (senyum sampai telinga)..
huhu... cuakss.. penat dah buat persediaan ni... :P
p/s: kepada baby Aqil, tolong jangan 'keluar' sebelum aunty balik Malaysia eh.. :p
First Day School
9 years ago


3 Comments:
amin amin..
have a safe trip n enjoy the snow.. ;p
Patut la aku nampak kepala Dayah jer s'kang ni..apa pun..Selamat Melancong!!
alhamdulillah... syukur sgt dah selamat sampai ke tanah tumpah darah sndr...amin.. :))
Post a Comment