Rasa nya dah terlalu lama aku tak mengupdate sesuatu di blog usang ini. Sekali lagi diulangi untuk entah keberapa kali. Blog ni memang dah tahap hidup segan mati tak mahu. Ada juga aku tunggu Nani (satu2nya pembaca blog setia aku merangkap pengkomen) untuk sound bila aku nak update, nampaknya Nani juga dah bosan nak suruh aku update. Mungkin setelah tukar layout baru blog beliau yang sangat cantik sempena tahun baru ini menjadikan beliau sudah malas untuk menunggu posting baru blog aku lagi (hahahha ayat tak boleh blah..) Tapi takpe aku faham. Aku bukan nya tanak menulis. Bukan juga tak nak update apa2 yang jadi dalam hidup aku. Tapi jauh di sudut hati aku macam terlalu memikirkan apa yang patut dan tak patut di update. Pada asalnya, buat blog untuk tulis apa saja yang terlintas di fikiran tak kira lah pasal family ke, kawan2 ke kerja ke atau soal perkara biasa kehidupan. Pendek kata apa2 saja yang aku nak tulis. Aku ingat aku akan tak kesah kalau sesiapa saja baca kisah hidup aku. Tak peduli apa orang nak
nak kata atau cakap belakang pasal aku bila mereka dah baca pasal aku. Tak amik kisah kalau orang nak kutuk atau nak mempersoalkan apa aku tulis. Tapi ternyatalah itu semua salah. Aku manusia yang perahsia juga kot (aje gile tak kenal diri sendiri). Mungkin sebab apa yang terjadi dalam keluarga aku sekarang ni pun isu sensitif, malah terlalu sensitif bagi aku untuk di layarkan walaupun hati aku pedih dan nak sgt luahkan dengan penulisan. Paling2 pun aku akan buat posting berpassword yakni hanya untuk bacaan aku. Atau mungkin pembaca yang baca blog aku ni adalah orang di sekeliling aku (ye, kamu2) yg terlalu dekat dengan aku sehingga aku rasa macam tidak menjadi diri sendiri bila menulis lagi. Malah seperti posting ini juga yang aku kira terlalu berhati2. Macam tak ikhlas tulis pun ade. Bukan la aku tak suke orang bace kisah aku sbb kalau aku tak bagi orang bace buat ape buat blog? kan ke sengal namanye tuh. Ntah la.. aku pun tak tahu nak ckp macam mana. Mungkin ada orang yang faham maksud aku dan mungkin juga ada yg tak faham. Tapi aku malas nak fikir korang faham ke tak. Banyak kali aku terfikir nak delete je blog ni.. (macam la ada orang kesah!) tapi aku yg sayang nak delete, jadi itu la yang kosong tidak berupdate. Mungkin aku harus set minda untuk tidak mempedulikan orang lain yang selama ini sebuk2 aku nak peduli? herm.. nanti la aku fikir... dan sebelum aku click publish pada posting ni aku rasa ni posting paling tah hape2 aku tulis walapun ini adalah posting terbaru 2010... shitto!..


5 Comments:
azam baru aku tahun ni dah termakbul gamaknye dengan peng'update'an blog ko ni, alhamdulillah..lama dah ku tunggu, xlarat nak sound direct dah..hehe
takpe cimun, kalau ko rasa nak share dlm blog..lakukan tanpa waswas..stended r nama pun personal blog kan, as we r the owner, kita punya pasal laaa..
tp kalau ko rasa nak berahsia, xde sape akan salahkan ko..
cuma kalau aku, aku akan salahkan bapak sebab..eh sekian dah melalut..adios..hehe
hehehhe... herm..tah la nnt aku pk lg.... hobi baru = berfikir..
jiwakacau nih
dah mmg dia minahkacau.blogspot.com wakakkaa
ajak: eh mana tau nih? (salah ye jgn serkap hrg) :)
Bujal: haahah btol gak tuh..
Post a Comment