Berjumpa lagi kita... rupanya..
Sebab aku ingatkan aku akan meng'delete' blog minahkacau ni sebab jiwa banyak kekacauan sangat poyo minah nih!
Alhamdulillah... Aku mendapat kekuatan la sangat daripada seorang ibu bernama Asfaliza. Dia telah mengkomen begitu dan begini dan mengatakan blog aku dah tak update sedangkan aku tulis sedap juga. Apa yang sedap tu aku tak tahu sebab kebanyakan yang aku tulis semuanya aku main taip je tak banyak fikir sangat macam sekarang yang aku sedang lakukan ni lah! haha
Setelah memikirkan secara tak mendalam langsung aku mahu meneruskan penulisan aku yang suka hati aku tu di sini jadi tak jadilah nak delete blog ini. As pula memberi semangat tukar layout supaya ada semangat baru untuk membuat entry-entry baru. Maka atas nasihat yang sangat bernas itu maka terjadilah apa yang terjadi sekarang. Berbunyi seperti berat sungguh untuk menukar layout memandangkan keberatan itu adalah di sebabkan aku terlalu banyak ketinggalan dalam aktiviti menukar-nukar layout ini. Aku adalah sangat amat malas nak explore ye.
Tetapi dek kerana sayang wah sayang sungguh aku kepada minahkacau ini yela orang lain tak sayang so aku sayang diri sendiri je la maka aku kuatkan semangat dan dengan keras hati save layout baru tanpa tipu! membekap layout lama.. haha
Maka setelah berjaya walaupun tidak sepenuhnya aku berpuas hati dengan layout baru ini. ewahhh sebab kalau tak puas hati non ado aku nak tukar2 layout lagi oiiii ni pun dah agak2 macam nak stop godek2 pun ade. Nama aje budak IT die nih... tapiiiiiiiiii... aduhaiiii ....
Jadi, selepas ini, kalau aku malas lagi nak update entry sile lempang ingat kan aku. Tapi ingat kan aje la, jangan paksa2 sebab kalau paksa2 kang memang aku tak akan ikut pun sebab kalau nak juga aku update korang buatkan entry aku upload je sini untuk pihak korang. Dah macam nak buka blog terbuka la pulak hahaha...OK jgn layan... eh tapi kalau Dayah si kawan aku yang takde blog tu nak tumpang update pasal perut dia yang semua orang nak tengok tu aku bagi.. confirm aku bagi...
Setelah menaip panjang di entry kedua tahun 2010 ini, maka sampai disinilah dulu. Kepada yang sakit mata tengok layout baru aku yang putih bukan aku putih, blog ni silalah bersabar kerana memang tak akan tukar lain dah hahaha.. ops sampai disini saya beransur dulu sebelum kena lempang dengan korang.. :)
First Day School
9 years ago


4 Comments:
TahNiah TAhnIAH!!!
suke layout br, sbb ade gak kaler ijo...;)
suka gak sbb ada nama aku!!! wuhuuu!!!
Hani: mekasih di atas semangat yg diberi :p sile bg lagi ahaks
As: suke ko kan! sebab ko la semua ni terjadi ...tq mummy adam
bravo bravo :p
cantik..lebih ceria dr biasa layout ni..
jgn lupe survenir beijing utk aku..hehe..*tak malu*
Post a Comment