Kisah Gembira Tanpa Air Mata

Tajuk tak tahan... :p

Mari mula sekarang…

Kata hari pertama berlayout baru kan, harus la bersemangat ala2 nak buat entry 18 kali sehari dengan harapan ada orang bace kononnya.. Takpe takde orang baca pun ade aku kesah? Takde kan… huhu

Belek-belek handphone tadi jumpa banyak pulak gambar-gambar aku menghadiri majlis rakan-rakan terdekat yang selama ini menjadi pemangkin dalam kehidupan seharian aku. Yela selain keluarga aku ada kawan-kawan yang sangat menarik untuk dikongsi saat-saat manis bersama… ewah baca balik ayat ni macam sangat sweet rasa nak delete pun ade tapi sebab kang entry yang diharap menjadi panjang ni jadi tak panjang pulak kan maka tak payah delete. OK kita teruskan perjuangan. aku anggap berblog merupakan salah satu perjalanan hidup haha supaya nanti anak cucu aku tahu mummy atau granny die blogger satu masa dulu.. hahaha granny!~ macam sangat comel di harap aku akan jadi granny yang sangat comel – (comel perangai la bukan rupa pasal kalau aku tua2 masih comel kang tak ke pelik! Nnt jadi granny pelik instead of comel) huhu

Ape yang aku nak cerita awal2 tadi ni? Aduhaiii…

Erm…. Memandangkan aku adalah agak malas untuk menyusun (sebab tu aku nak main puzzle ribu2 tuh…bukan harga, puzzle yang ribu2 pecahan tu) maka aku akan suka hati aja letak tidak ikut susunan OK. Mari kita mulakan dengan sahabat baik aku dunia akhirat (semoga Allah swt mengkabulkan doa kita untuk menjadi sahabat baik di akhirat kelak) yang telah melangsungkan majlis pertunangan pada 12 Disember 2009 dengan jejaka idaman Malaya beliau sendiri (kang kalau satu Malaya nak ngan tunang ko susah pulak kang huhu) yang bernama ehemmm kena sebut ke nama kat sini hoho.. Tak salah pun sebut ye tak? Opss sambung balik yang bernama En. Baha. (nama penuh tanya Intan sendiri)

Pastu semua tertanya, apsal letak pic Intan je? Mana tunangannye? Errkk hoho sorry aku tak simpan pic lelaki dalam handphone hahahaha al-kesahhhh kononnye.. Tapi mmg betul pun aku tak de simpan pic lelaki tunang Intan dalam HP aku jadi harap maklum.

Meneruskan cerita dengan majlis perkahwinan Housemate di JB merangkap Housemate di SK merangkap Officemate merangkap teman sekampung almaklum kampung kami sama yakni di Taiping ye pada 26 Disember 2009. Maka aku telah menghadiri majlis yang sungguh indah bertatah kan berlian ewahh bukan2 kang Soot eh Aina ketuk aku kang. Tapi memang sesungguhnya Majlis perkahwinan Aina adalah sangat indah. Pelamin indah, decoration khemah indah, ada karpet merah, mercun, kompang, gamelan dan banyak lagi. Tapi yang paling indah adalah tuan punya majlis yakni Puan Aina & suami nya sendiri. Aku siap berangan nak pelamin ala-ala pelamin Aina masa aku kahwin nanti.. ecewahhh bukan sebab apa, kata sekampung takkan aku nak pelamin dari KL pulak. (oiiiiii ape cite pasal aku kahwin lak ni ok nexttttttttttt)


Pada 02 Januari 2010 sehari selepas tahun baru, aku telah pulang ke Lampung sekali lagi selepas minggu sebelum nya aku pulang ke kampung. Kali ni untuk menghadiri sebuah lagi majlis perkahwinan gilang gemilang sahabat lama aku di Pulau Pinang iaitu Rosniza Zainon atau lebih mesra aku panggil Kak Rose. Seronok sangat tengok Kak rose kahwin sebab dia adalah sangat cantik walaupun aku dah tahu mesti die pakai baju kahwin PINK punya sebab dia hantu Pink. Dan tekaan aku adalah langsung tak salah. Ngee saya dah agak dah mesti takkan Kak rose Pilih warna lain punya. Mengikut cerita hantaran Kak rose salah satu nya adalah SWIFT warna biru. Wow bulat mata aku dengar. Ok pada yang baca nak tahu kesahihah tanya empunya badan. Hehe


Terakhir sekali pada 22 November 2009 salah seorang sepupu aku yang bernama Hajar telah melangsungkan perkahwinan di Manjung dan aku telah menjadi pengapit nya. Bab pengapit Tanaka citer banyak2 sebab saye malu hoho.. Hajar berkahwin dengan pilihan hatinya yang bernama Syafiq atau lebih dikenali sebagai Mundu. Nak dijadikan cerita Syafiq adalah rakan sekelas officemate ku yang bernama Hani yang juga telah berkahwin dengan rakan sekelas ku yang bernama Juki. Wahahahaha sapa2 tak paham sila tanya Hani sebab aku suka cerita sekali je tiada siaran ulangan harap maklum.


Tak ada motif pun aku cerita semua ni, tapi aku saje je nak kongsi. Aku doakan semoga yang dirancang menjadi kenyataan atas izin Allah dan yang telah makbul semoga di panjang kan usia perkahwinan hingga ke akhir hayat dan melahirkan generasi2 hebat sepajang zaman. Amin…

Sebelum mengakhiri entry yang aku Kira panjang ini (semangat hoke) aku selit satu gambar manis seorang teman yang telah menjadi pengapit pada satu majlis perkahwinan. Aku selit gambar dia sebab Manis sangat dan harapan aku beliau tidak karate aku jika beliau membaca entry ini :p
Sekian entry panjang hari ini... :)) (Muka puas hati!)

3 Comments:

1 je gambo..?
betapa kau kedek la sohabat..haha

 

oittt... kene click tajuk la syg nak tgk whole entry...aiyaks... layout ni x btau mcm tu ...:p

 

sweet sgt kisah kamoo hafilah... :)