Beijing Trip – 1st Day
Fikir 10 kali nak manulis di blog tentang trip ke Beijing ni, bukan sebab apa. Nak cerita kena cerita semua sampai hari ke 5, macam antara mampu dengan tak mampu je nak cerita. Sebab macam malas hoho boleh? OK tak boleh. Bukan orang lain yang jawab tak boleh tu tapi aku sendiri sebab kenangan perjalanan ni aku yang rasa dan aku yang kena simpan. Kenangan yang tak boleh di kembalikan lagi. Manalah tahu, rezeki ke Beijing sekali je seumur hidup kan, kan rugi kalau terlupa nanti. Makanya untuk tidak lupa (almaklum aku ni pelupe) maka ini lah serba ringkas rentetan (Ya Allah, ayat!) perjalanan trip kami sekeluarga besar ke Beijing pada 01022010 – 05022010 5 hari 4 malam.
Perjalanan mengambil masa 6 jam untuk sampai ke Binhai International Airport di Tianjin, China. Sesungguhnya adalah sangat bosan yang amat masa dalam flight. Kenapa la aku tak terfikir nak bawa bahan bacaan ke brick games ke (macam la ada), Sudoku ke, teka silang kate ke ape2 la sebab sangat lama dan sangat bosan. Tau je la, pagi2 ngantuk dalam sejam dua, itu pun susah gila nak lelap. Jenuh la tahan bosan. Kami naik Air Asia maka faham2 lah keadaan kerusi nya. Bukan la tak bersyukur tapi duduk tegak selama 6 jam adalah sangat tidak seronok untuk di ulangi. Nasib la kami sekeluarga besar duduk dekat2 jadi boleh la bersembang2 sikit.
Flight boleh dikatakan penuh juga, maklum la rakyat China kan ramai, pulak tu dah dekat CNY lagi lah ramai yang pulang ke kampung halaman (agaknye). Masa penerbangan pergi ni berlepas dan mendarat sangat cantik sekali sampai tak terasa perut bergelodak ke ape ke. Aku rasa mmg Pilot senior nih. Sangat smooth. Sangat suka.. Lega… sebab aku adalah cuak hoho..
Sampai di Airport, check in imigresen adalah sangat lama juga. Lebih dari 1 jam. Kami sampai dalam 2.30pm tapi habis check imigresen dekat pukul 4.00pm. Dia punya telek muka kami satu2 banding kan dengan passport. Kalau lain sikit je makin lama dia tengok belek. Ish dah macam penjenayah
Masa kami sampai, cuaca sangat2 sejuk lebih kurang minus 2 darjah Celsius. Pertama kali rasa begitu sejuk dalam hidup aku masa keluar dari Airport untuk naik bas. Tak jauh pun, dalam 300 meter camtu. Tapi dia punya sejuk sampai ke tulang. Angin juga kuat sebab airport kawasan terbuka tak banyak bangunan sekeliling jadi angin memang tak boleh blah punya kuat. Alang2 aku dah cerita pasal trip ni, aku nak share sekali apa pendapat aku tentang kesejukan kat negara orang dan apa yang diperlukan. Bukan apa, mánala tahu nanti ada antara yang terbaca ni nak pegi tempat sejuk kan. Ni aku kongsi kat sini:
1. Cuaca di China pada musim sejuk ni boleh mencapai tahap minimum minus 15 darjah Celsius pada waktu malam dan maksimum 8 darjah Celsius pada waktu siang. Tapi masa aku pergi, paling rendah minus 5 pada waktu malam dan 3 darjah Celsius waktu siang.
2. Cuaca di sana juga adalah sejuk dan kering. Ais tak cair walaupun ada matahari. Tapi masa aku pergi, dah tak turun salji, Cuma ais masih banyak, sungai masih beku, tasik masih berais. Kolam ikan, udang semua beku. Ada kolam dan tasik yang permukaan sahaja beku, tapi bawah nya masih ada air (macam kat kutub tu kan) dan boleh memancing jika ada lubang, tp adalah bahaya. Ada juga yang ais hanya di permukaan dasar, Kira bawah nya tanah/dasar, jadi boleh berdiri atas ais itu.
3. Bila kita pakai winter coat tu, memang memanaskan badan kita. Badan dah selamat. Lepas tu kita pakai Sarung tangan, ha yang ni agak susah. Yang di ketahui ada 3 jenis Sarung tangan, kain berbulu (wool), kain yang macam sweater tu dan kulit. Antara ketiga2 bahan ni, paling tahan yang kulit la tapi mahal. Wool dan yang macam sweater tu mmg tak berapa nak jadi penebat sebab masih sejuk. Hujung jari kita ni macam kebas sebab sejuk sangat walaupun masuk dalam poket winter coat. Sepanjang berjalan tu kena genggam lepas genggam lepas tangan macam bersenam gitu atau berlari2 anak. Sama gak dengan kaki, stokin seeloknya yang tebal dan dibuat dprd wool la sebab ade ke stokin kulit? huhu. Kasut paling bagus sport shoes. Kalau kasut kulit, mungkin elok tapi keras dan tapak tak menyokong untuk berjalan jauh. Kesian kaki nanti.
4. Mafla pulak, nampak macam tak penting kan. Kalau takde pun takpe. Tapi adalah salah bagi aku. Kerana mafla adalah penyelamat untuk melindungi kesejukan tengkuk. Selain itu digunakan untuk menutup muka kerana hidung dan bibir boleh frozen (ok tipu) akan sejuk bedi. Di sebab kan cuaca sangat sejuk, bibir menjadi kering dan pecah.
5. Cuaca yang sejuk kering juga menjadikan kulit kita kering dan bersisik. Bila dah kering dan bersisik tu faham2 je la, jadi gatal dan bila tak tahan kita garu. Bila garu ape jadi? Luka lah.. aduhai… Masa ni ada orang nasita kan kami untuk sapu baby oil selepas mandi semasa badan masih lembab. Jadi kulit akan tak kering sangat lah. Tapi dah hari keberapa baru tahu. Kalau sapu losyen macam tak lut pun ada sebab masih kering dan gatal.
6. Kat Beijing, mandi sehari sekali je, bukan jimat air, tapi kalau mandi banyak kali walaupun air panas, boleh demam. Jadi mandi malam selepas balik hotel.
7. Oh lupa pulak, satu lagi protection yang macam tak perlu pada awal nya tapi bila tak tahan kena jugak beli adalah yang dekat telingat tu, macam sizuka pakai bila sejuk. Macam speaker headphone tu. Terutama lelaki la sebab tak pakai tudung, tp kalau ada snow cap takpe. Kalau perempuan tudung nipis pakai juga penutup telinga ni sebab telinga sangat sejuk bila tidak di tutup. Tapi jangan beli kat M’sia, beli kat sana, murah.
Ok sambung balik cerita perjalanan. Naik bas selama 1 jam 45 minit dari Tianjin ke Beijing. Sepanjang perjalanan kami di terangkan serba sedikit tentang apa yang akan berlaku sepjg trip oleh Lina, sambil menikmati permandangan musim sejuk kering kontang di luar tingkap bas. Tapi kejap2 kena lap tingkap sebab berwap. Dalam bas ada heater jadi best je rasa panas yang cukup2. Luar sejuk so tingkap pun berkabus. Pokok2 semua ada batang je takde daun. Tasik dan kolam semua beku. Orang China tanam sayur dalam rumah hijau semasa musim sejuk kalau tak sayur tak hidup.
Sampai di Beijing dah pukul 6.00pm. Terus ke Muslim Restaurant untuk makan malam. Kami tak dapat solat zohor dan asar sebab tak ada masjid surau atau bilik solat sepanjang perjalanan kami. Walaupun dekat Muslim Restaurant tu pun tak ada. Lagi pulak di China 5.30pm dah gelap dan dah senja dah masuk maghrib. 5.30pm sana sama macam 7.30pm di M’sia. Sampai di restoren semua dah lapar dan makan sampai licin. Sebenarnya masakan cina susah di terima oleh orang M’sia. Masakan nya tak pedas dan ada banyak tepung jagung untuk kuah kasi likat. Tapi mereka mesti hidangkan telur dadar pada setiap hidangan kerana tahu orang M’sia suka makan telur dadar. Mereka banyak hidangkan sayur, ayam dan telur berbanding ikan dan daging. Cuma, makanan yang mereka sediakan terlalu berminyak macam cakoi, sangat2 berminyak macam boleh perah pulak. :p
Lepas dinner kami ke Chao Yang Theater untuk menyaksikan Beijing Acrobatic Show. Fuh! Sangat mengagumkan. Orang China ni sangat berbakat bila bab2 acrobatic ni. Tulang macam dilentur2. Paling menakjubkan adalah aksi beberapa motosikal di dalam gelung bola besi tu. Ala macam yang dalam TV jugak, tapi di sebab kan lihat depan mata lebih mengujakan. Mula2 aku ingat maksimum 3 motosikal ada dalam bola besi tu, bila yang ke empat masuk, aku dah ternganga dah cuak, takut kalau jadi apa2 dalam tu mesti effect sampai kepada penonton maklumlah dekat je kan, sekali masuk motosikal yang ke 5 aku dah redha dah. Berserah pada yang maha Esa. Tapi memang mantap la persembahan motosikal ni, dah la laju boleh pulak 5 motosikal serentak pusing2 dalam tu. Dengar kata mereka ni membuat persembahan 7 malam dalam seminggu di mana adalah setiap malam ada tanpa henti. Fuhhhhhhhhh!~
Selepas dah tengok acrobatic show, kami pergi ke hotel penginapan iaitu Yanxiang Hotel di pinggir kota Beijing yang padat. Lega… sebab adalah sangat penat perjalanan hari pertama ini. Walaupun taka da jet leg tapi masih penat tapi seronok J. Semua 13 orang dalam 6 buah bilik. Hotel ni 4 star, tapi tak adalah teruja sangat, sebab aku rasa macam 3 star hotel aje. Tapi tak kisah la, janji bersih dan selesa. Nasib cousin ada bawa kompas untuk tentukan arah kiblat, sebab taka da seorang pun yang tahu arah kiblat kat hotel ni huhu.
Oklah, macam dah terlalu panjang kan. Macam ada rasa tanak publish pun ada nak simpan je dalam draft haha. Tapi takpe lah.. mari kita kongsi pengalaman bersama2. Baru first day ni. Kalau esok tiba2 je ada entry hari ke 5, makna nya paham2 la aku skip hari ke 2-4 tu haha. :p
Jumpa lagi di entry seterusnya.. layannnnnnnnn!~
p/s: Nak tengok lebih banyak gambar sila ke facebook


5 Comments:
besnyer pegang salji..hehe
aiks...dah pulang dr bandung kah kamu? wow!
dah dah..pagi smalam tiba..hehe
selonotnyer.. citer lg taw pilah ;)
Nani: yeay...selamat semua nya alhamdulillah...nak ole2 bandung huhu..
cik daisy: insyaAllah penceritaan akan bersambung :)
Post a Comment