Beijing Trip - Part 2


Mari sambung tentang percutian kami sekeluarga besar ke Beijing, China.

Di sebab kan apa yang aku tulis tidak aku rancang (yela bukan buat proposal nak plan2 bagai kan) maka apa yang terlintas di fikiran aku akan type k.
Aku nak cerita sikit macam mana aku packing barang2 ke sana. Aku bawa 2 beg sahaja. 1 beg baju yang 4 segi tu ala yang orang selalu bawa travel tu. Aku nye beg 21 inci je.
Ada roda dan ade tempat kunci guna 3 pin code tu. Huhu mula2 tak tahu macam mana nak guna pun pin code tu tapi gi kedai beg belajar balik, sebelum2 ni kalau guna beg ni pun tak ade aku pakai kunci2 tu semua. Tapi sebab ada orang kata bahaya takut orang bukak beg kita kan, jadi untuk keselesaan minda dan tidak mahu fikir yang tidak2, aku belajar cam mana nak guna kunci beg tu. Pin code beg aku adalah... ewahhh sebuk sangat ke nak cerita sampai sini haha..

Jadi sebaiknya kuncilah beg anda agar tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Bukan nak tuduh sesiapa, tapi malang kan tak berbau, jadi eloklah kita ambil langkah berjaga2.

Lagi satu, di sebab kan kita ni nak berjalan jauh ke negara orang, pulak tu ramai2 dan dalam flight tu tahu2 je lah ramai orang2 lain yang tidak dikenali.
Memang menjadi amalan aku kalau naik flight tak kira lah aku dalam negara ke luar negara ke aku memang akan ikat pemegang beg aku dengan riben berwarna.
Kalau boleh biarlah riben tu unik lain daripada yang lain. Tapi aku gi China aritu mak aku beli riben warna merah yang mana semua family aku mengikat riben tu pada beg kami semua. Beg kami memang semua berlainan rupa bentuk dan saiz tapi percayalah, atas gelungsur beg (cis aku tatau ape nama mende alah yang beg jalan atas dia lepas keluar dari kargo flight tu) akan ada beg yang sama dengan kamu! Kan bahaya tu. Kadang2 kita terfikir benda ni, tapi mungkin kita cakap balik kat diri kita, alahai aku kenal la beg aku sendiri, aku tak akan tersalah ambil punya!
Aku pun pernah terfikir, tapi terfikirkan kita bahawa memang kita aware dan berhati2 masa ambil beg kita. Tapi cuba fikir kalau2 orang lain yang tak aware dan tak berhati masa ambil beg mereka. Mereka ingat beg itu mereka punya padahal orang lain punya tapi sama rupa bendtuk keadaan nya dari luaran! Mana kita nak cari balik orang yang tersalah ambil beg kita ni? ohhhhhhhhhh nak2 lagi kalau kita di negara orang. Kan itu menyusahkan tu. Jadi berhati2lah dan ambil langkah berjaga2.

Lagi satu, dekat travel beg selalunya ada name card holder lekat kat beg tu, ringan2 kan lah tangan untuk tulis nama alamat dan contact number sendiri di situ. Paling tidak pun tulis lah nama dan alamat...

Wahhh... tadi bukan nak cerita pasal packing ke? haha..
Ok2 berbalik kepada packing, untuk ke tempat sejuk seperti China pada musim sejuk yang dah ala2 nak habis la kan, kalau time salji tebal sangat2 tu mungkin boleh tambah kan kuantiti baju2 anda.

Selama 5 hari 4 malam saya bawa:

2 seluar jeans
5 t-shirt
2 baju tidur
1 seluar tidur (tracksuit)
1 sport shoes
1 kasut jalan (pakai masa pergi je)
2 stokin tebal
2 winter coat (1 dah cukup sbnrnye)
1 mafla
2 sarung tangan (tp 1 je guna)
5 tudung (tp pakai 3 je)
yg dalam sendiri mau ingat ye

Makanan pulak: (sebab takut tak boleh nak telan makanan kat sana jadi backup la sikit)

5 PAMA Maggi
2 bungkus Coklat (kit-kat,wafle dan choclate bar - ni cousin dan adik aku bawa)
Biskut kering jacob
Milo 3 in 1
Nescafe 3 in 1

Lebih kurang macam tu la. Yang bab baju2 tu, tak payah la nak bawak baju T-shirt lawa2 ke hape ke, janji tebal panas dan kalau lagi bagus diperbuat daripada kain berbulu. Lagipun bila dan gi jalan2 tu pakai winter coat kan, bukan nampak pun baju2 kat dalam tu.
Masa aku jalan2, aku akan pakai 3 T-shirt atau 4 T-shirt pastu winter coat. So dalam gambar semua gemok2 kan, padahal aku slim je hakhakhak. Statement tak boleh blah.
Dalam seluar jeans, pakai lah long jon ke seluar track yang kain tu ke atau legging. Sebab kasi tebal. Kalau seluar jeans semata2 tak ada nya boleh tahan sejuk. Masih sejuk bedi.
Tapi masa aku pegi, aku tak beli long jon baju mahupun seluar. Sebab mahal. Sepasang long jon tu lebih kurang 150++. Tak mampu nak beli satu hal, lepas dah balik sini nanti ntah bila nak pakai pulak kan, maka sebab tu la aku pakai baju t-shirt byk2.
Kalau pakai long jon, mungkin dalam 1 atau 2 t-shirt dah cukup panas.

Lagi pulak, aku beli winter coat bundle aje. Harga RM10. Nak tengok dalam gambar winter coat tu, tak sanggup aku nak beli long jon harga ratus2 sorok kat dalam, tapi winter coat RM10 huhu.. Opss macam malu lak nak ckp winter coat beli RM10 kan, tp aku tak kesah pun.
Dah mende kenyataan. Parents, adik & abang aku semua beli bundle. My sis in law beli kat internet, itu pun tak mahal sangat, below RM50. Kalau nak beli kat winter time aduhai... baik simpan duit shopping lagi bagus.

Bukan apa korang, walaupun beli bundle, tapi winter coat tu sangat membantu tau. Effect nya sama aja macam winter coat yang mahal2 tu. Aku ada bawa 2 winter coat, satu yang mahal punya, tapi itu pinjam. Aku beli lagi satu yang bundle pun sebab yang mahal+ pinjam tu besar sangat.

So aku backup yang bundle lagi 1, rupanya end up aku pakai yang bundle je sepanjang masa. Sekali je pakai yang mahal tu :p

Ish macam dah panjang ni, cerita hari ke 2 belum start2 lagi. Cam mana nih??

Ok mari mula..

Hari kedua bermula dengan makan sarapan di Muslim Restaurant, Restoren Salama. Biasa2 aja, dorang hidang cakoi, roti (keras oh, maklum la selalu gardenia ke hi-5 ke kan hoho) bubur nasi, mee goreng, kopi dan fresh orange panas. Ada la lagi hidangan2 lain, tp aku dah tak ingat.
Rasa nya? erm rasanya mungkin lain bagi setiap orang, sebab aku ni makan tak memilih sangat. Aku boleh makan aje, tapi ada antara saudara mara yang tak boleh terima sangat makanan mereka.


Selepas sarapan, kami menaiki bas (haha dah macam karangan BM lawatan sambil belajar pun ada nih!) menuju ke Tiananmen Square. Tempat ni adalah satu kawasan lapang yang menempatkan banyak bangunan2 kerajaan yang cantik2 juga binaannya tapi aku tak tahu la apa nama2 bangunan kat situ.






Tiananmen Square nih bas berhenti agak jauh jadi kami berjalan kaki sekitar kawasan tu menuju ke Forbidden City iaitu istana raja China semasa Dinasti Ming dan Qing. Wahhhh dah jadi sumber ilmu sejarah China dah blog aku nih! huhu... Istana ni di panggil Forbidden City kerana pada zaman dahulu hanya Raja, Ratu, Gundik2 Raja, orang suruhan dan pengawal lelaki yang di kasi sahaja yang tinggal di dalam istana ini, rakyat biasa tidak boleh sama sekali memasuki kawasan ini. Kira macam 'haram' gitu masuk dalam istana. Dan yang telah masuk ke dalam Forbidden City ini pula tidak boleh keluar lagi tanpa sebab tertentu seumur hidup tanpa kebenaran Raja. Istana ini juga sangat besar (tak ingat dah berapa keluasan dia) dan ada lebih kurang 8800 bilik. Informasi ni aku perolehi daripada tourist guide kami. Macam2 lagi dia bgtahu tapi kesahihan tuh tak dapat di pastikan. Kawasan tu besar sangat tak kuasa pulak aku nak kira berapa bilik dia hoho..

Apa yang pasti masa aku melawat kawasan istana yang besar tu aku kagum dengan binaan yang sangat berseni dan kukuh. Ada lagi antara istana tuh yang masih asal tanpa terusik kecuali di cat kembali.. fuhhh.. kagum...!



Trip ke China ni juga kami di bawa melawat tempat2 yang menjadi kebanggaan negara China macam Sutera Cina, Jade, Kristal dan Mutiara. Kami di bawa ke kilang di tunjukkan macam mana pembuatan barangan tersebut dan akhir nya terjadilah benda2 yang sangat cantik juga sangat mahal. Ada juga antara saudara mara, ibu dan bapa juga aku beli barang2 tersebut tapi dalam kuantiti yang sedikit shj. Pulak tu tempat2 tu semua tak boleh amik gambar. Maka memang tak ada gambar dalam simpanan aku, jadi simpan sahaja dalam hati. Tempat2 tu best juga macam dapat buka mata kita macam mana benda tu daripada biasa2 aja (yela, dari ulat sutera, dari tiram, dari gunung2) tiba2 jadi cantik. Kagum jugak aku. Tapi sebab mahal kan, jadi kurang kagum, hahaha boleh?

Dah lepas lunch hour hari ke dua, kami pergi melihat Beijing National Stadium yang berbentuk Bird Nest atau sarang burung. Cantik oh! walaupun macam berbelit2 besi2 tu kan hoho.. bukan senang pembinaan stadium dengan design seperti ini dek kerana design seperti itu kestabilan
adalah sangat perlu. Tapi kami hanya boleh melihat2 di sekeliling luar stadium sahaja tidak boleh masuk. Pada aku bandar Beijing ini keadaan nya agak tersusun juga. Walaupun rakyat China ramai, bandar nya tidak terlalu berpusat. Maksud aku pembangunan tuh secara menyeluruh
tidak hanya tertumpu pada satu kawasan padat.Tapi ye la... tanah dia besar kan..




Lepas tu kami pergi makan malam di sebuah restoren muslim. Kali ni buka salama lagi tapi ape ntah nama nye aku tatau. Tulis tulisan cina harusla tatau baca kan...tapi makanan nya agak tidak menepati citarasa maka makan sedikit saje isi perut..

Kemudian balik, mandi, rest, makan megi, bancuh 3 in 1 milo dan sambung bergosip bersama makcik2 dan sepupu sepapat.

Agak2 pastu wat ape? hishh tidoooooo la oiiiiiii.. penat tahu... :p

P/s: perlukah aku sambung part 3?

4 Comments:

perlu sambung ! haha

wah besnye cimun..teruja aku baca cerita ko especially tang pin code beg hang..haha

kakak iparmu yg baju kaler merah tu kan..?

 

Nani: haha baiklah baiklah (kalau rajin hoho)

ye betul tu sila2 lah berhati2 ok..

Warna striking PINK itulah kakak ipar ku... dlm tummy die ada anak sedare aku hakhakhak

 

best.. rasa mcm betul2 melancong ke sana biler membaca blog inih. kekeke!

 

cik daisy: me kasih... jemput la datang selalu, kongsi2 pengalaman.. ada rezeki kalau pergi at least ada sedikit gambaran. :)