Sungai Chiling

Pertama sekali syukur alhamdulillah. Kami selamat pergi dan selamat kembali. Semalam sgt puas hati. Sangat gembira, tak terkata. Apa yang aku harapkan, tercapai. Apa yang aku rancangkan menjadi. Betapa kenangan semalam sgt bermakna bagi aku. Kesakitan hari ini, tiada dpt menandingi kepuasan dan kegembiraan semalam.

Melihat betapa indah ciptaan Tuhan hilang hampir semua kekusutan fikiran aku. Berjalan jauh nuh ke dlm hutan sgt mencabar bagi aku yg bertubuh agak besar ni. Kalaulah org cerita dkt aku mcm mana sbnrnya perjalanan smlm sebelum aku pergi sndr, aku rasa aku tak yakin aku dpt lalui nya dgn baik. Mungkin awal2 lg aku dah tarik diri. Tp aku nak cuba, nak rasa sndr betul ke sukar perjalanan tu?

Fuh! apa aku boleh ckp, aku bangga dgn diri aku sndr. Bukan aku bangga diri, tp bangga dgn diri sndr. Lain ok maknanya. kalau bg korang sama terpulang Perjalanan selama lebih kurang 1 jam 20min bermula dari pintu gerbang utama. Aku tak pernah terfikir dgn hanya tujuan nak mandi air terjun (yg masuk cuma jln 10 minit dah nampak air yg boleh nak mandi) kami teruskan perjalanan utk mandi di kawasan yg nampak air terjun turun. Kalau yg bwh tu kan air mengalir aje. Masuk hutan, redah belukar yg aku kira lebih tinggi la dari aku. Meredah sehingga 6 pintasan yakni menyebrang sungai yg agak deras untuk sampai ke tempat air terjun yg sgt cantik. Mendaki bukit kecil yg aku kira 80 darjah sambil berpegang pada akar2 pokok besar yg menjalar disitu. Aku mmg la kagum, sbb aku bukan pernah masuk hutan pun. Bukan nye kaki panjat gunung ke ape. Kalau la tak kuat semangat, ada aku ajak dorang balik hehe..

Tapi bila dah sampai, oh betapa aku sungguh x menyesal menikmati betapa indahnya ciptaan Tuhan, betapa cantiknya kehijauan alam, betapa segarnya merasai sendiri percikan air terjun ke muka, betapa sejuknya air bukit...oh dan byk betapa lagi lah. Perasaan tu hanya yang merasai sendiri shj tahu. Tempat tu tak ramai yg sampai, jd sgtlah bersih dan terjaga. Pulak tu masih hutan. Walaupun ada track, tp confuse juga bila ada mcm 2 jln yg tak semacam jalan la kan, maklumlah dalam hutan.

Kalaulah di beri peluang, aku nak sgt pegi lagi. Kalau pegi tmpt2 yg lain pun aku teringin. Terisi dgn aktiiti berfaedah mcm ni, buat kita lupa sekejap dgn kehidupan seharian yang agak memenatkan dan menyakitkan. Walaupun sgt penat, sgt mencabar, menguji kesabaran dan kekuatan fizikal dan mental aku tak serik. Aku nak cuba lagi.

Awal2 aku dah berpesan pada Nani, "Nani, kalau aku tak larat, kite berhenti ye, mandi aje di tempat yg boleh mandi setakat kemampuan kita". Tapi alhamdulillah, kami berjaya juga sampai ke atas. oh bahagianya :) aku bersyukur. Sekurang2nya aku tak hampakan harapan Nani, yg nak sgt naik ke atas hehe.. Semangat Nani & KJ la buat aku rasa mcm "diorg boleh, kenapa aku tak boleh??"

So, siapa2 yang rasa nak cuba, boleh lah cuba. Tak semestinya, bila kita dgr cerita org betapa mencabar nye tempat tu, kita rasa kita tak boleh buat. Cubalah sendiri, barulah kita ukur kemampuan kita. Pengalaman org lain, boleh di jadikan panduan, tetapi jgn judge dan ukur kemampuan diri kita sendiri drpd pengalaman org. Kalau kita tak cuba, kita tak tahu sbnrnye kita boleh buat atau tak. Itulah yang aku berlajar dari pengalaman ni..

Jom tgk gambar2 sepjg perjalanan kami bertiga..




Sebelum masuk, kena mendaftar. Takut2 masuk x keluar2 kan



Memulakan perjalanan yang mencabar huhu


Keindahan alam semula jadi

Air terjun di lintasan 6

Sebelum dan perjalanan pulang


Dugaan beg putus dek krn cabaran perjalanan yg hebat huhu

Kami puas hati dlm perjalanan pulang :D

4 Comments:

syabas hafilah...huhuhu...

jum r tambahkan stamina lg...so next time lagi powerrr ahaks...da lame xexercise tuh, jum badminton mahal wooo kite beli raket...rugi xmaen...

next time kalu g ganu, try g lata tembakah...the highest waterfall in asia (kalau xsilap la...)

adiosss.....

 

huhu...main badminton dah tak semangat le.. huahuaha.. Tak tau camne nak dtgkan semangat balik. Mungkin boleh try sukan lain :P
InsyaAllah kalau g t'ganu, boleh la try ke situ.. :)

 

jom fila ..he he
takpun kita ke air terjun gunung stong :)

insyaallah..huhu

 

ok..our next journey hhuahuauah :D