Semalam sebenarnya aku gi MPH beli buku yg aku terminat tu. Men are from Mars, Women are from Venus. Aku puas hati bila dah dpt apa yg aku nak sgt. Hehe. Aku suke baca buku tu masa aku tgk last week lagi. Tp aku tahan je dari membeli. Semalam dah ala2 sengal bosan dah, so aku pun beli la buku tu. Ok pendek cerita, aku dah balik2 umah terus baca buku tu. Bole? haha kate excited, harus la aku terus baca kan. Aku mcm nak huraikanla apa yg aku baca, jd boleh kongsi2 dgn korang. Tapi bukan la huraian yang pjg. Aku akan ringkas kan seringkas yg mungkin dlm bentuk point.
Apa yg aku fahami (jgn percaya bulat apa yg aku phm tau) buku ni menerangkan dgn cara yg ringkas dan ayat mudah faham bhw L dan W adalah2 makhluk yg berbeza dr planet berbeza (L - Mars, W - Venus) tetapi telah hidup bersama2 di planet bumi. Perbezaan planet tu adalah perumpamaan utk menunjukkan bahawa sifat2 semulajadi L & W adalah berbeza.
====================
Sila tahu bhw:
L - Lelaki
W - Wanita
Point 1:
L - apabila L melakukan sesuatu benda/pekerjaan, L lebih cenderung ke arah menghabiskan benda/pekerjaan itu sehingga berjaya tanpa bantuan W.
Contoh - Apabila L drive kereta utk pergi kenduri kahwin kan, pergi bersama2 W. Dlm perjalanan, sesat la jalan. L akan berusahautk dptkan jalan yg betul. Tetiba W memberi pendpt agar mereka cuba berhenti dan bertanya org lain di tepi jln. Pendpt W ini membuatkan L rasa dia tidak dpt menjlnkan tanggungjawabnya utk membawa mereka sampai ke tmpt kenduri tersebut. Mcm mission failed la. Sdg kan W ni hanya lah memberi pendpt dan cuba utk membantu.
Jadi di sini lah kita dpt lihat perbezaan pemikiran L dan W. Kedua2 nya tidak berslh, cuma mereka adalah dari planet yg berbeza.Cara pemikiran mereka nyata berbeza.
Apa yg sebenarnya L harapkan?
Dlm situasi di atas, L mengharapkan W memberi nya masa dan ruang utk berfikir dan menyelesaikan masalah tersebut tanpa W memberitahu cara. Bukan lah W tidak boleh memberi pendpt, tetapi bg peluang utk L mempertahankan kebolehan mereka dulu. Faham2 lah, L mmg bersifat apabila ada masalah, mesti fikirkan SOLUTION. Sifat sebati L, jika ada masalah yg besar dan sudah buntu, barulah mrk akan minta bantuan. Kalau tak, mrk akan berusaha utk menyelesaikan masalah tanpa bantuan sesiapa.
Point 1:
W - apabila W berada dlm keadaan tertekan dgn bebanan yg memenuhi kotak fikiran dan minda yg serabut, W lebih cenderung meluahkan perasaan nya pada pasangan nya yakni L.
Contoh - (perbualan seharian)
W : Ish..penatnya rasa hari ni. Panas pulak tu.. rasa macam nak demam!
L : Laa.. jgn la kerja teruk2 sgt.
W : Macam mana pulak x kerja teruk2, kalau sy tak buat siapa lg nak buat.. :(
L : Takkan la awk sorg je kat office tu? kan ramai pekerja lain lg. Bahagi2 kan tugas kan bole?
W : Mmg la ramai, tp ini kan tanggungjawab, jd kena la sy buat. Awk ni.. tak fhm la..!!
(terus W masuk ke bilik dlm rasa sebal dan makin kecewa, sdg kan L terpinga2, eh aku adabuat salah ke??)
Sebenarnya, W hanya meluahkan rasa hati nya, kepenatan nya, W tidak mintak L memberitahuapa yang patut dia buat. Dlm erti kata lain, W tak meminta SOLUTION drpd L. W hanya mahu L mendengar dan memujuk dgn kata2 yg sedap dan mudah di dgr.
Sedangkan L, mmg sifat nya adalah mencari SOLUTION. Pada hemat nya, W meluahkan sesuatu utk bertanya kan SOLUTION, maka L memberitahu lah apa yg patut W buat. Di sini jelas bahawa sekali lagi terbukti bhw L & W mmg dari planet berbeza membuatkan kedua2nya berfikir dgn cara berbeza juga.
Apa yg sebenarnya W harapkan?
Dlm situasi di atas, W mengharapkan L mendengar dan memahami, memujuk serta memberi kata2 semangat agar bebanan yg mrk tanggung dpt berkurangan.
(perbualan seharian)
W : Ish..penatnya rasa hari ni. Panas pulak tu..
L : A'ah kan, btol la..Panas sungguh hari ni...musim kot..
W : Rasa macam nak demam.. kalau sy demam siapa la nak buat kerja yg byk kat opis tu.. :(
L : Ala.. jgn la mcm tu.. sy tau awk boleh buat... awak ni rajin ..
W : Herm.. sy pun harap sy dpt buat kerja2 sy dgn baik.. terima kasih awk..
L : ha..mcm tu la buah hati sy.. :) sama2
Ha.. x susahkan. Kalau W & L dpt bertolak ansur dan cuba memahami satu sama lain, pastilah komunikasi ant L & W dalam perhubungan dapat kurangkan masalah..
====================
(wah mcm nak tulis buku lak aku kan. Cop.. aku kna tangkap x kalau aku huraikan buku ni dlm BM ha? ishhh mcm bahaye la. Tp aku promote jugakkan!)
Ok, itu shj lah huraian utk hari ini. Apa yg aku boleh ckp, buku ni sgt best. Bukannya utk memperbaiki komunikasi ant L&W shj.Malah bahasa dlm buku ni simple dan mudah difahami. Kira point2 dihuraikan dgn baik sekali. Boleh memperbaiki Bhs Inggeris kite juga.
Contoh2 yg aku buat tu, aku amik dr buku tu, cuma aku olah2 sket. Bukan la apa..sbb masa aku buat post ni buku tu xde dgn aku.Lgpun ni pemahaman aku la ttg apa yg aku baca. Hrp kita dpt berkongsi ilmu dan maju bersama.
Cewah.. bila dah last2 ayat2 aku mcm makin poyo pulak.. Sila maafkan aku kalau maksud point di atas tak sampai eh.. :) Aku cuba sampaikan sebaik mungkin..



4 Comments:
i think kan... W n L kenalah sentiasa give n take, trusting each other depppply... kekadang bende kecik mcm nilah yg buat satu couple tu clash.... sebenarnya dlm perhubungan tu bkn hanya jadi pasangan, tp kawan, rakan, yg penting keserasian tu.... just my opi...
thanks for the opinion..setuju dgn u. Mmg mende2 kecik kalau d abaikan akan jd besar. Bgs kalau L & W fhm knapa kita d jadikan berbeza & bgmana nak mengawal keadaan.. :)
aku baca cerita yg cuba kau sampaikan ni..aku sengih sowang2..ia memang terbukti benar :)
Nani: Kalau bace buku tu, lg la, bkn takat sengih sorg2, tp angguk2 kepala, tergelak2 kecil sengsorang. :D I really enjoy to read the book :)
Post a Comment