![]()

Di sebabkan Hani quote aku sebagai orang “Rajin” update blog dengan penuh percaya nya aku terima TAG dan tiba2 semangat rajin menerjah2 supaya aku buat Tag ini pulak tu mungkin kerana macam pendek dan ringkas je kan hahahahaha panjang pulak intro ko nih. Eh btw tag ni dapat sekali award yakni “Cute Blogger” …. Rasa macam tak jadi nak teruskan… panggg… ok boleh jawab sekarang.
1. Apa nama blog dan kenape letak name tu?
Nama Blog adalah minahkacau.
Sebab letak nama tu: Masa tu ada sorang office mate aku dia tegur baju aku pakai pada hari weekend yang aku kena bekerja. Baju aku jalur2 hitam putih hitam putih bukan tahi cicak ye mind you tapi lebih kepada baju banduan Cuma jalur nya kecik2. Kira macam banduan yang x berapa nak bersalah la. Hoho
So dia cakap: “eh baju ko ni macam mat kacau la yang dalam TV tu….tapi ko pakai so kira jadi minah kacau la bla bla bla”
Di pendekkan cerita pada malam aku create blog tanpa fikir panjang aku pun create minah kacau sebab takkan aku nak bubuh mat kacau kan sebab aku minah la dey…
So tu la sebab nya. Mesti korang ingat blog ni sebab aku selalu jiwa kacau kan kan kan.. Cis….
2. Jelaskan kenapa & bagaimana anda boleh dapat idea nk letak nama URL blog anda?
Ape ni tanya soalan 2 kali…. Please refer above answer hak3 nampak sangat tak baca semua soalan sebelum jawab tadi…
3. Bila blog anda mula beroperasi?
1st June, 2008 (sebelum ni ada blog lain, tapi lupekan je lahhhhhhh)
4. Siapa follower pertama anda?
mari menangis bersendirian ~ aku tak ada follower kahkahkahkah..
Suatu hari dulu seorang office mate aku tanya:
Kak X: macam mana nak jadi follower blog fielah ni ek ? tak jumpa pun nak klik…
Aku: erkkkk (tercekik2 aku, aku mmg tak terfikir pun nak buat2 tempat follower ni sbb memang macam x ada je kot, sebab aku suke suke je bila2 masa nak tulis…) :(
5. Ucapan kepada si pemberi award
Ucapan saya untuk hani, teruskan menulis blog. Jadilah blogger tegar kerana penulisan mu memberi impak kepada ramai orang di luar sana kerana tulisan yang ikhlas dari hati adalah sebenar benar tulisan yang sangat baik.
Ucapan kedua: Hidup MTSB wakakakakkka
6. Tag 9 org yg anda rasa patut terima award ni. :)
Ni yang aku lemah ni…
Tolong la weh semua korang dah tag, mana ada sape2 dah :p
Ok dah… sekian…
P/S: Nani, tag ko erkkkk nanti eh hahahahah aku x pernah masuk contest so mcm lambat sikit nak panas :p
First Day School
9 years ago


3 Comments:
mat kacau..? haha
minah la minah... hahakkkk
hidup MTSB jugakkkkk!!!!!!
**harap2 bigboss baca ucapan kite nih...supy dia tahu kite sayanggg MTSB** erkk
Post a Comment