Sejak dua tiga menjak ni kawan2 selalu tanya saya bila nak kawin, bila nak nikah, dah ada tarikh ke belum, tahun ni ke tahun depan… tak terkecuali bos saya dan juga saudara mara. Saya tahu dan saya sedar di umur saya sekarang ni memang saya dah sesuai dan patut untuk berumah tangga. Tengoklah keadaan di sekeliling saya, majoriti kawan2 saya memang dah ramai yang dah berumah tanggan dan sekarang sedang dalam menempuh alam rumah tangga dan merancang keluarga seperti mempunyai anak, menambah anak, membeli rumah, menukar kereta dan sebagainya.
Shot… serius rasa macam tengah buat karangan bahasa melayu bertajuk Kehidupan kawan2 saya… :p
Sememangnya aku juga macam manusia lain, yang nak menempuh alam perkahwinan tidak lama lagi (wah! Statement) kenapa bila orang tanya aku macam takut2 untuk berterus terang, atau memberitahu tarikh2 bab2 kahwin ni kecuali memang dengan kawan2 yang rapat dan ada berdekatan dengan aku. Kenapa aku tak counting days macam orang lain yang letak dalam blog lagi berapa bulan berapa hari nak tukar status jadi puan. Cop aku x kata org yang letak counting days tu salah atau x suka dengan cara itu atau apa tau. Tapi sebenarnya semua berpunca dari diri aku sendiri.
Siapa yang tanak kahwin, tak nak berumah tangga dan bina masa depan dengan orang2 tersayang kan. Tipu lah kalau jawab tak. Mestilah nak. Tapi aku ni banyak sangat fikir. Takut itu la ini la, jap gi orang kata itu ini. Sebok sangat nak fikir apa orang nak kata. Padahal aku bukan kesah pun dah kalau orang nak kata dia kata jugak bukan boleh tutup2 mulut orang pun, macam tutup tempayan ke paip air ke oven ke…apehal pulak ko sebut2 oven ni haha. Tapi yang sebetulnya, aku takut sangat2 kalau apa yang di rancang tak kesampaian atau ada banyak kekangan dan halangan. Takut oiiii…
Memanglah semua majlis tu ada dugaan, dan aku sangat2 percaya bahawa tidak ada satu majlis pun yang sempurna sesempurnanya kerana tiada apa yang sempurna selain yg Maha Esa. Aku tahu itu. Walaupun kalau majlis tu ada wedding planner sekali pun, atau pun memang wedding of the year ke confirm mesti ada juga cacat cela nya di mana2.
Jadi apa yang aku takutkan sebenarnya ni ?
Ntah la, aku pun tak tahu. Aku tak banyak sangat fikir hal2 ni. Kadang2 aku fikir dan ajak kawan2 rapat sembang2 hal ni sebab mereka dah merasainya dan menempuhi nya, jadi mereka lebih berpengalaman. Aku ambil iktibar dan cuba terapkan sedikit sebanyak ilmu dan pengetahuan mana baik mana buruk supaya aku dapat menempuhi semua nya dengan baik. Tapi aku tetap takut. Kadang2 bila orang kata ala lambat lagi… jadi aku macam OK tenang sikit, tapi ade sesetengah pula akan komen, eh dah nak dekat dah, ko dah buat itu, dah buat ini? Sekejap je tuh, tak lama dah, pejam celik pejam celik dah tiba. Wah ko ayat! Terus rasa cuak. Tapi aku macam takde la bertindak jadi sepantas kilat pun buat persediaan huhu. Ntah la mungkin aku sendiri dalam hati rasa macam lambat lagi dan aku bukan tak buat apa2 langsung persediaan. Ada, memang ada. Tapi slow and steady.. ko tengok la…ye la sangat slow and steady dalam hati???? huhu
Walau apa pun yang telah aku dah lalui, sedang tempuhi dan akan merasai selepas2 ni, aku tetap bersyukur di atas semua kurnian yang maha Esa. Aku bersyukur perjalanan yang selama ini di lalui bersama orang yang tak pernah buat aku terasa jauh hati… Tak pernah ada rasa sesal di hati aku dengan perjalanan yang aku lalui bersama dia. Selalu jer ada dengan aku. Aku tak boleh cakap panjang2 sangat pasal dia sebab mata aku kang jadi panas nak keluar mutiara2 kang. Pulak lagi kang takut korang muntah2 pulak bace :p
Aku harap semua akan menjadi baik2 sahaja. InsyaAllah. Harapan aku agar semua mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kami bersama selamanya. Amin
Aku akhiri luahan jiwa (wek) aku ni dengan ayat di bawah yang aku kira sungguh manis sekali:
“The greatest thing in life is finding someone who knows and can accept all your mistakes, weaknesses and differences but still finds that you are absolutely amazing.”
By Siti Nadia@Nard.elainy
P/s: sila maafkan entry yg bercampur2 kejap saya kejap aku ni maklumlah kdg2 rasa macam ade spilt identity dalam diri aku nih wahahahaha :p
First Day School
9 years ago


4 Comments:
wahhhh...gerangan siapakah nard elainy tu?hik hik hik...nak kawen gakk..nak..nakkk...tp dgn siapa?
wahahahhaha... ade la sorang budak kreatif tu... skrg nama dia jadi Lady Dyot pulak dah.. macam2 la orang kreatif ni :)
Ok... cari calon eh, bila tiba masa nya jodoh sampai, insyaAllah terbukalah jalan tu.. kun fayakun... Maka jadi, jadilah, kata Allah swt... :)
tula ko ni cimun, aku ternanti2 gak entri pasal persiapan kahwin ko, hehe
takpe2..tak paksa kalau xnak sharing the caring, nanti jumpe depan mata aku nak korek semua rahsia tu, hihi
anyway jgn susah2 hati, lama ke tak lama ke..insyaallah semua akan baik2 sahaja..kata tak teh, for sure puas hati lah !
huhu... aku penyegan (yg ni bawak 2 maksud dan aku adalah maksud kan kedua2 nya skali- penyegan = seorang yg segan awww malu2 oh dan penyegan = pemalas.. ) haha
InsyaAllah...
Doa2kan ye... ko la org kuat nnt... ngeh3
Post a Comment