Manusia, Harapan & Impian

Dalam hidup ni banyak sangat benda yang kita ni sebagai manusia nak buat dan teringin sangat nak buat.

Ha amik tu intro. Agak2 tak faham tu buat2 faham sudah.

Semalam aku mengalami simptom penyakit ape ntah aku pun tak tahu.
Aku telah melihat sesuatu di YouTube secara tak sengaja. Aku nak cari video clip satu lagu Siti Nurhaliza tuh, sekali terbawa kepada satu video clip ni yang aku kira sangat menyentuh perasaan aku.

Serius, bukan cerita atau video clip sedih.
Langsung tak sedih…tapi video itu telah membuat aku mengalirkan air mata yang banyak sampai tersedu2 kecil macam budak kecik nak mainan tapi tak dapat. Beza nya aku tak hentak2 kaki dan merajuk2 baling selipar macam kanak2 tu la, yela sebab dorg comel hoke, kang kalo aku macam gitu kang lain pulak kesah nya kan…

Aku sedih sebab apa yang aku tonton tuh adalah satu benda yang aku sangat sukai, yang lahir dari dalam diri aku. Tapi aku tak dapat nak buat nak lakukan kerana aku tak berpeluang untuk melaksanakan semua impian aku masa dulu. Dan aku kira untuk melakukannya kini adalah dalam kategori sudah terlambat.

Tak perlu la korang faham apa yang aku teringin sangat nak buat tu kan. Kesimpulan yang aku boleh buat kat sini, dalam hidup ni nikmatilah apa yang kita nak buat tu sebelum kita terlambat. Ada masa2 yang perlu kita fikirkan untuk buat sesuatu tapi ada juga benda yang tak perlulah fikir terlalu dalam kerana takut atau tak nak tanggung risiko. Kerana akhirnya, kita akan menyesal di kemudian hari dek kerana diri tu takut sangat nak cuba dan tak berani ambil risiko sedangkan risiko yang diambil itu adalah berbaloi2 untuk di pertaruhkan.

Memang confirm ini penuh dengan makna tersirat. Ceh takpe, ini entry nasihat diri sendiri nama dia.

Sebelum mengakhiri entry ini, aku nak bagitahu hari ini adalah salah satu hari yang sangat mengembirakan aku. Ada satu benda yang telah sekian lama aku simpan dalam hati nak buat benda ni, tapi tak kesampaian. InsyaAllah, jika tiada aral, malam ni, akan jadi kenyataan. Tak salah berangan, tak salah simpan harapan dengan syarat sabar dan usaha. Tak ingat ke? Bila Tuhan kata Kun, fayakun!... maka jadi, jadilah ia.

Yeay…. Doakan aku berjaya. Tapi kalau tak berjaya pun aku puas hati. Eh tapi aku harap aku berjaya… hohohohoho

Btw, aku dapat penuh inspirasi dari kawan aku… tapi dia tak tahu aku jadikan dia sumber inspirasi… ok dah bye tu je…

3 Comments:

cecimun..
ape ko nak buat tu?
haa, jgn macam2, Tuhan marah buat keje2 lagha, haha
watever pun senah, good luck yer..
:)

 

sy tau dia nak watpe....clue nye.."nyam2..." ahaks! tul tak cik pilah??? "risiko yang diambil itu adalah berbaloi2 untuk di pertaruhkan.." i like this!

 

Naniez: erk haha mana de buat mende jahat oh... sikit2 je jahat ngeh3

btw, ko dh tahu pun ape yg aku buat kan ...wuhuuu
:)

Pepinat: ha dah tahu bagus.. nnt nak yang kamu buat pulak hahahaha