i-City Shah Alam

Oh sungguh jarang aku mengupdate blog sekarang ni kan...
Jadi tiba2 hari ni macam ada semangat baru nak update entry2 baru secara berjemaah berbanyak-banyak. Tapi bukan keluar sekali gus la.. kang lemau pulak nak membaca nye kan..

7 Mac 2010 lepas sehari selepas birthday aku (nak jugak mention) =p aku pergi Shah Alam. Melawat bandar i-City. Aku tau pasal i-City ni pun lepas baca review2 blog2 yang aku selalu baca macam AkuBetul, Nard Elainy & Afifplc cerita pasal bandar baru di Shah Alam yang diberi nama i-City. Dari dulu dah ada signboard i-City ni sebenarnya, lama dah dari zaman2 aku selalu gi Shah Alam dulu. Tapi aku tak ambik tau sangat la i-City ni apa sebenarnya... Rupanya sekarang barulah aku tau... untuk keterangan lanjut baik korang gi baca review kat blog2 yang aku sebut kat atas tu. Pandai2 lah cari entry i-City tu eh..

Masa aku pegi, aku aim akan pergi tempat2 lampu yang cantik2 tu la... Fuh! menakjubkan...!
Masa aku sampai tu dari jauh dah nampak betapa berwarna-warni nya tempat tu... Lampu yang turun macam salji bergerak kebawah tapi ia adalah lampu... bila banyak2 macam tu jadi sangat cantik permandangan kat situ...

On the way nak ke Shah Alam dari area tempat rumah aku, hujan. So masa tu aku harap sangat kat Shah Alam tak hujan. Sebab kalau hujan macam mana nak jalan2 kat situ kan..

Alhamdulillah masa sampai tu tak hujan pun kat situ. Kering je, tak de becak2. huh! best Wo...
Ramai yang kata bila kat tempat tu rasa macam ala2 pergi kedunia AVATAR gitu.. macam sampai kat Pandora la konon.. huhu.. Tapi apa salah nya ye tak! berangan kan free.. siap ada tempat untuk berangan lagi la syok nak berangan... :p Tah2 idea buat i-City penuh lampu2 indah berwarna-warni tu memang datang idea nya dari cerita Avatar tuh! memandai pulak die ni

Aku seronok sangat pergi masa tuh! Tengok lampu2 tu rasa indah dan tenang je.. Luas juga kawasan tu walaupun taklah luas mana. Ramai juga orang, tapi masa tu ahad malam isnin yang mana esok nya hari kerja kan, so tak la seramai sabtu malam ahad orang kata.. Ramai budak2 malam tu, berlari kejar2 dengan family dorg.. So pada yang belum pernah pergi, aku cadangkan boleh la korang pergi. Tak payah pergi banyak2 kali, sekali pun dah cukup. Cuba nikmati pemandangan indah di waktu malam dipenuhi cahaya kasih sayang lampu yang bukan lampu kalimantang. huhu.. =) mari tengok gambar eh...

Lampu2 berbentuk merak - Cantik sgt tengok depan mata

Sekawan rusa dan unicorn ni jadi wallpaper hp aku skrg! Suke!

Pokok2 yang berwarna-warni sangat cantik di bawah langit gelap...

Pokok yang aku harapkan membuahkan duit - tapi tak ada ye, jgn berangan!

Konon2 perasan Jack Sully pelakon Avatar (haha matik kalu!)

Dia ni takleh nak komen ape dah... excited terlebih ~

U+Me=Us ~ +_+

Kami lagi.. tolong jgn muak hak3

P/s: agak2 kalau aku ajak pergi lagi sekali dapat tak eh? herm...

0 Comments: