Handphone ~ Tanpa Motif

Banyak masa-masa dalam kehidupan aku,aku selalu nak cerita dalam blog. Tapi selalu2 yang konon2 itu memang lah tak menjadi. Sebabnya aku ni bila time aku rajin kang tiba2 hari2 ada entry baru.. macam skrg ni la.. bulan mengambang penuh agaknya tu pasal penuh je entry aku..
Ko tengok lah seminggu dua nanti senyap pulak... tapi x kesah la, xde siapa pun marah kan! =) mari senyum.. sedekahh...

Saat aku menaip ni pun sebenarnya takde motif ni. Tapi apesal ntah tangan ni macam gatal sangat nak menaip kan, maka aku pun menaip. Tapi tiba2 (poyo haha) aku teringat kat handphone baru kawan aku sorang tu yang bernama Asfaliza.

Wah3.. seronok kan dapat handphone baru! Aku macam nak beli handphone pun ade. Cantik gilos! Kaler pink pulak tuh! Eh tak, tak. Aku bukan peminat warna Pink tegar, tidak, tidak. Tapi
memang handphone kamu itu cantik begitu juga dengan kamera nya. Nanti tangkap gambar Adam banyak2 yer, gambar mama Adam xyah la banyak sangat huhu..




Handphone Asfaliza sekarang, cantik dowh!

Bercakap pasal handphone ni, aku dah tak ingat la pulak berapa banyak handphone aku
pernah pakai dan tukar. Tapi yang pasti sekali je lari dari Nokia selebihnya memang lah
semua Nokia. Dan aku adalah salah seorang manusia yang tergolong dalam kategori yang
sempat memakai Nokia 3310 sebagai handphone pertama. Tapi zaman tu zaman aku kat universiti la. Nokia 3310 tu dah paling canggih dah. Punya la seronok ada handphone time tu kira ala2 budak2 zaman skrg ni perasaan dia seronok macam dapat PS2 la kot...

Handphone pertama aku!

Sekali yang aku tak pakai Nokia tu, aku pakai Sony flip model ape ntah tapi masa baru beli tu
macam jakun la kan pasal first time pakai handphone flip kan. Selalu tengok kat tv je, so
bila dah pakai tuh macam bergaye la konon..ceh.. Aku ingat lagi si Nani selalu berangan
pelakon terhebat ala2 pompuan menjawab telefon dengan penuh gaya perempuan kaya raya pangkat besar.. hahahaha..


Handphone aku satu masa dahulu...

Walaupun handphone Sony itu flip canggih (pada masa tu la) sound bagus tiptop tapi kamera dia hampeh la. Pulak tu, dah memang aku ni dah mesra alam sangat dengan nokia, maka bila bertukar ke Sony tu macam hermm... tak berapa nak ngam la.. Dan akhirnya aku berpatah balik kepada Nokia jugak... Kalaulah harapan setinggi gunung nih ada peluang nak beli handphone baru, aku nak jugak beli nokia. Bukan taksub, tapi ntah susah nak cakap... sebati la agaknya kot... dah mcm org tua pun ada aku ni, nak stick pada yang sama je tanak cuba menda baru huh!


Handphone aku sekarang... jgn die merajuk aku buat entry ni sudah!


Memang la takde motif entry ni.. maka mari kita tamatkan di sini... =)

Nota kaki: As, best tak handphone ko tu? agak2 kalau aku beli Sony balik berbaloi2 tak?? hahhaha ada hati +_________+

3 Comments:

aku masih lagi meneruskan aktiviti
'si Nani selalu berangan
pelakon terhebat ala2 pompuan menjawab telefon dengan penuh gaya perempuan kaya raya pangkat besar..'

:D

 

wah telepon aku lak jadi inspirasi ko nak update blog ye. nti aku bagi hadiah tangkap gambo ko byk2 kat telepon baru aku tu ye

 

Nani: hohoho dah pasti tuh! hidup kene berangan baru ada umpppppp ! hehe...

As: itu je hadiah nye? ape kata ko bg je tepon ko kat aku hahaha