Bertabah ~ Al kisah

Aku rasa sekarang ni aku macam dah boleh banyak bertenang berbanding dulu dalam hal-hal kerja. Aku rasa macam aku dah boleh cuba bawa lebih bersabar dan berfikir dengan baik dalam hal-hal kerja. Aku rasa macam aku dah boleh mengasingkan emosi dan kerterujaan aku dengan lebih berkhemah dalam hal-hal kerja.

Tapi aku rasa perkara-perkara yang aku sebut kat atas ni mungkin berdasarkan keadaan mental aku jugak. ape ko meraban ni fielah

Bila aku fikir-fikir balik (aku ni malas jarang nak berfikir panjang) banyak benda yang berlaku tu memang akan berlaku. Macam contoh perkara yang aku takut gila akan berlaku (contoh nya meeting dengan client – ye memang aku tak suka dan boleh kata dalam kategori benci menyampah sakit hati jiwa raga x suke x suke x suke) tapi sebab dah nature kerja aku macam tu kan nak buat macam mana. So nak tak nak memang la kena hadapi. Selalunya aku akan tension gelabah tertekan pressure (high blood pressure) semua ade la..

Sekarang ni, serius, aku masih lagi rasa semua perasaan tu, tp dah kurang. Sebab aku fikir, walau macam mana aku tension tertekan high blood pressure bagai pun semua tu tetap akan berlaku. Yang penting aku cuba buat apa yang terbaik selagi terdaya. Apa yang akan terjadi nanti tu pasti akan terjadi. Baik ke buruk ke hadapi la kenyataan. Kira macam redha la.. tp x la pulak aku Gamble je tak usaha kan.. itu nama nye bunuh diri melampau. Elok sekeh je diri sendiri bagus..

Ok tu je la nak bebel. Ni aku tengah cuba release kan pressure aku la nih..
Mari berdoa… +______+ huhu =) Sila bertabah!

p/s: ada orang cakap aku hati lembut tapi kepala batu?? Adekah? Benarkah? Bukti mana bukti? Hoho

0 Comments: