Semalam, yakni 03hb Jun 2009 genaplah usia mama ku 54tahun. Rasa rindu mencengkam jiwa dowh smlm, lagi2 masa pagi2 nak gi keje tuh. Aku ingat macam nak wish pukul 9.00am camtu la, sekali ayah dah msg sound kata tak ingat ke hari ni hari jadi mama? oh sgt lah ingat wahai ayah ku. Tak mungkin la lupa, hari jadi mama kan terbalik dengan hari jadi aku yakni 06 Mac **** (nak jugak tuh mention hari jadi sendiri, apsal **** tu? haha..lantak!) So lepas dah kena sound tu terus la reply sms ayah dan sms wish birthday wishes kat mama. Nak tau ke aku wish apa sampai 3 page kat mama aku? huhu dont hope, in your dream! bak kate kawan aku si botak yg suka sgt nyakat elle.."talk to the hand" hahaha apekah? huhu takyah le sampai tahap tu nak bgtahu sbb wish to sgt lah ikhlas tulus dari hati nurani jiwa raga yg sgt mendalam ewah.. (ewah2 jugak tapi aku ckp yg btol ni! aisshh)
meh masuk bab sedih sket..
Aku dilahirkan oleh mama ku 26thn lepas. Masa aku lahir, ayah takde kat sisi mama.. (ni sape nye bday ni? mama aku ke aku? hoho) Aku boleh katakan mama aku seorg yg lemah lembut. Suara pun lembut je dgn anak2. Sgtlah tidak garang tetapi hanya bila ayah ada. Bila ayah takde kdg2 melaut juga garangnya. Mama, kalau marah bukan nya naik sgt suara, sbb suara mama tak kuat dan tak nyaring. Tapi mama akan nak nangis bila marah anak2. Masa kecik2 cikgu selalu ckp, setitis air mata ibu tumpah, tak cium bau syurga kamu! ntah la..dah berapa byk agaknya air mata mama tumpah kerana anak2. Tp masa kecik2 la.. Sbb bukan nya paham bahasa. Bila dah besar2 ni, aku jaga air mata mama supaya tidak tumpah. Aku tanak jadi anak derhaka apatah lagi jadi anak yg tak dpt masuk syurga dek kerana air mata ibunya tumpah. Oh.. Tapi aku selalu terfikir, bila dah besar2 ni mmg la mama tak pernah nak nangis depan anak2, tp belakang anak2 yg jauh diperantauan macam mana? Kat rumah agaknya mama nangis tak eh dgn perangai anak2? ma, mama jgn nangis ye.. nnt kita tak jumpa kat syurga.. nauzubillah..
Aku ingat mama cerita, mama kata anak2 mama 4 aje, tp masa kecik2, bila 3 orang dah sekolah dan sorang nak hantar ke rumah pengasuh, mama bersilat pagi2 siap2 kan semua. Huhu.. imagine mcm mana mama bersilat huhu oh(ko jgn jd anak derhaka fielah!!) :p opss sorry ma.. Sbb nya anak2 bukan nya paham sgt, suruh mandi, mandi lepas tu dok dpn tv layan tv, org suh gi pakai baju sekolah boleh dia layan TV! nnt mama jerit (wpun suara lembut huhu) sambil piat2 telinga! huhu..
Adik aku pulak pantang la orang kejut suh bangun pagi gi sekolah tadika dia boleh menangis tak berhenti2. Tp yg ajaibnya badan tangan semua bergerak. Maksud aku disitu adalah dia pakai baju kain tudung semua lah tp nangis non stop ok. Lepas dan agak2 mama ayah tension ckp, "ha! nangis2 sgt tak payah pegi sekolah!" Lagi kuat pulak minah ni nangis, bukan nangis sbb kena marah, tp nangis sbb tak payah gi sekolah. Dia ni mmg kaki sekolah hohoho.. ops (Dd my sis kalau baca, buat2 tak nampak haha)
Dulu2, mama pernah cakap, ada sorang kawan mama ni ckp pada mama, yang mama tak sayang anak2. Sbb nya mama ada 4 orang anak, semua anak2 mama lepas UPSR je hantar masuk asrama. Diorg kata kecik2 dah hantar anak jauh2, macam lah susah sgt nak bela anak kat rumah. Oh! siapa tak sayang mulut tu. Mama tak menjawab, tp mama cuma berkata2 dalam hati.. ala, dah anak dia tak dpt masuk asrama, nak ckp kite tak syg anak pulak.. hohoho...amboih mak aku! hehe sbnrnye nak sedapkan hati sendiri je ckp camtu. Bukan ape, anak2 mama bukannya semua pandai sampai masuk asrama penuh pun semua. Ada gak yang masuk asrama biasa2 aje (aku tau dah dlm hati korang nak ckp, aku la kan..hoho mmg pun aku la tu). Tp mama hantar anak2 masuk asrama suruh berdikari ok. Mama yakin anak2 dia boleh hidup kat asrama. Belajar apa itu susah senang nak memanipulasi (memanipulasi?) kehidupan untuk masa depan. Mama & ayah selalu lawat kat asrama. Bukannya hantar lepas tu jadi anak terbiar! ish ish ish tak baik oh! Bagi aku bukannya semesti anak hantar asrama tu berjaya lebih dari tak hantar anak ke asrama, tp jgn lah memandang buruk kpd keputusan org lain dan nak kondem2 pulak cara orang tu padahal bg orang tu, semua nya ok. Terpulang kpd hak masing2..
Macam dah panjang kan. huhu.. Kesimpulannya (dulu cikgu BM aku ckp, kalau dah takde idea buat penutup, mulakan ayat penutup dengan kesimpulannya, terima kasih cikgu BM aku :D) aku sangat amat menyayangi mama aku. Kalau boleh aku tanak mama menitiskan setitis pun air mata nya sebab anak2. Bukan shj sbb aku, malah sbb adk bradik aku juga. Kalau ada antara adik bradik aku yang buat mama aku sedih nanti aku marah! siap korang! erk tapi adik bradik aku takkan buat camtu kan.. dan aku tahu semua adik bradik aku juga sgt syg mama huhu.. meh tgk hadiah birthday mama aku yang dibeli, di balut cantik oleh kakak ipar aku yg cute huhu.. Hadiah ni kitorg adik bradik kongsi duit beli khas untuk mama. Hadiah dari hati orang kate. Belum kasi lagi ni, Sabtu ni baru kasi masa jumpa weekend nanti. Jadi jgn sape2 bocorkan rahsia ni k.. mind u di, this warning is for you huhu bukak internet kat umah tu sila kaver2. :p
Hadiah yang berbalut comel gitu huhu.. credit to my sis in law :)
Huh.. grand gitu handbag.. mama akan jadi mak datin wanabe hoho Nota kaki: tiba2 signature aku buat smlm hilang dah huhu..
Nota kaki2: Mama sentiasa jadi ratu hati aku..


4 Comments:
happy birthday makcik ..semoga panjang umur, bahagia selalu dan dimurahkan rezeki (menantu dan cucu cicit..he he)..
mak ko bkn saje lembut, mudah menumpahkan air mata ( lebe kurang mcm Nyah je kan, hikhik ), tp mak ko adalah sgt tahu utk bergurau walaupun kdg2 bukan niat dia nak gurau kot..aku suke dgr mak ko ckp..apetah lg ayah ko yg sentiasa fedap tu, klaka yg comel..hehe
Naniez: huhu..aku report mak aku ko kutuk2 aku hahaha.. Aku pun suka mak ko gak nani.. lagi2 bila part "ko tau ngah..!!" hua hua hua ur mother is the best hehehe.. rindu ah!
cett! kenangan "kau tau ngah..!!" tu mmg menguji minda dan emosi..haha
Post a Comment