Hari ni 3 orang praktical students masuk ke dalam company tempat aku bekerja..
Tapi bukan cerita ni pun yang aku nak update nye..
Hari ni pukul 2.00pm ++ office aku takde elektrik. Panas wo! tapi nasib baik aras 2 kat tempat floor aku tu macam tak la mendapat sinaran terik matahari luar secara terus menerus kan, so tak sepanas floor 3 kat atas lah. Maka dah tak boleh nak buat kerja tu (padahal boleh je kan sbb guna laptop masih ada bateri lagi wpun nyawa2 ikan dah) tapi sbb tak selesa panas so mcm takleh nak fokus jadi kami pun mula la membuat aktiviti tak berapa nak berfaedah. Tapi jgn salah faham ok, aktiviti tak berfaedah tuh nampak secara luaran zahir shj, tp kdg2 aktiviti tak berfaedah yg nampak macam takde faedah ni ada faedah tersirat yakni mengurangkan tahap ke 'tension' an dalam bekerja. Kurang sikit stess kerja tu kan. Apalah salahnya.. huuhuu..
Ha ..maka terjadilah aktiviti gelak ketawa yang agak besar-besaran juga antara kami dek kerana aksi2 luar biasa yang jarang dilakukan di waktu ofis telah berjaya dilakukan secara berjemaah di dalam keadaan agak gelap dan panas. Sgt mengkagumkan kan! huhu... Mula lah ceritera2 lawak2 kelakar ujang ditambah lawak raja lawak yg tak berapa nak jadi sgt tapi terus jd sgt kelakar pulak bila orang cerita lain dia paham lain.. hoho..
mati aku kene ketuk lepas ni
Kami semua kene tunggu 1 jam sebelum di benarkan pulang kalau elektrik tidak ada secara berlarutan kan. So kira dalam 3.30pm mcm tu patut dah boleh balik rumah indah tercinta lagi dirindui. Tapi tiba2 pukul 3.05pm macam tu elektrik dah ada balik.. aduhaiiii..
Lepas je dah ada elektrik semula semua macam kecewa la kan dah angan2 nak balik rumah tak tercapai. Arghhh... tapi semua balik tempat masing2 dan mula pasang air-cond+kipas dan sambung balik buat kerja. Nak buat camne..
Tapi... huhu.. satu keajaiban.. (keajaiban??) terjadi.. pheewww... Blackout semula oyeay yeay yeay huhu.. Dalam setengah kemudiannya la.. Maka, dek kerana mood nak kerja telah di sentap sbyk 2 kali yer anak2, terjadilah swing2 melayang semua kerja2. Maka kami pun nak bersiap lah untuk pulang... Hoyeayy..
Cuma.. di sebabkan takde elektrik, shutter door depan ofis tu tak boleh pulak nak tutupppppp.. adoiyaii.. Nak mencari kunci pintu tu pun Teha & Afif amik masa lama. Sian diorg... akhiranya lambat jugak la kitorg balik... dah dekat pukul 5.00pm gitu...Takde motif btol aku cerita ni kan.. haha sbnrnya nak tunjuk gambar2 test camera guna webcam laptop aku ni ha. Macam ala2 jakun pun ada sebenarnye. Bukan la aku terberjangkit Ajak pulak kan suka sgt tangkap gambar sendiri guna webcam, tapi inilah padahnya bila selalu kutuk2 dia akhirnya kami semua terjebak haha (nak jugak guna KAMI tu.. padahal aku yang beriya) huhu..
Jadi, marilah bersama memaafkan tingkah laku kami (kami lagi ye) kerana membuat onar kecil2an di ofis ..
Nota Kaki: Tajuk entry ni sila abaikan ye, lain tajuk lain cerita dek kerana aku nak cerita lain lain yang aku cerita jadi lantakkan aje..
Nota Kaki2: Ayat dalam entry ni jgn jadikan rujukan semasa, selepas, atau sebelum belajar bahasa melayu mahupun bahasa latin.



5 Comments:
ko pn nk jadi perasan hensem mcm ajak. hhuhuhu
mcm kanak2 terbiar..(merujuk kpd penulis blog je, yg lain aku xberani komen,haha)
ye.. kanak2 terbiar.. ;P
As: huhuhu aku perasan tak berapa sgt as, tp selalu perasaan je huhu..
Nani: smlm aku mmg macam terbiar la.. terbiasa... huahuaha.. tak mcm masa aku jd org gaji@org suruhan kat jah722 dulu huhu(tetibe teringat entry gym kata aku bekas org gaji jah722) hahaha hampes ko gym :P ape reply komen tak berkenaan ni haha ade aku kesah? :D
KJ: kanak2 eh? jd aku lg muda dr ko kan.. huhu yeay! KJ tuo! huahuahua
filah..sbnrnya diorg jeoluskan sbb diorg tak ceria mcm kita.Kita ni kan kanak2 rebina.Comel,ceria,suka ketawa2.(ciri2 ni smua ada pd kita kan)..KJ jeolus...
Post a Comment