Sesi UAT di UTM, Skudai Johor...
Sesi UAT di UTM berjalan selama 2 hari yakni semalam dan hari ni. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.. ok tipu.. bukan semua nya lancar la.. Takkan la semua lancar kan, harus la tidak. Kalau tak, xde la dugaan dalam hidup ni kan. Aku kalau nak panjang kan cerita pasal UAT ni mmg panjang la jawabnya. Jadi aku malas nak bising2 pasal UAT aku, aku pendekkan cerita aku adalah kecewa.
Jgn cakap aku bising2 psl UAT dalam blog je ye sbb aku dah bangkitkan isu berbangkit dan apa yang aku tak berapa nak puas hati pasal UAT ni pada superior aku. So, dia nak amik tindakan ke nak perbaiki keadaan di masa akan datang ke or still sama takde perubahan masih nak buat UAT tergesa2 tanpa cukup notis terpulang la. Aku akan jalankan tugas sebaik dan seusaha mungkin. ada ke perkataan seusaha? Harapan aku ada sinar bahagia di hari muka lah hendaknya.. huhu konon penyabar kan..
Aku dah kali kedua datang ke UTM ni untuk sesi testing. Aku sbnrnya tak sampai hati tgk keadaan kawan2 aku kat UTM ni. Susah nak cakap macam mana, tapi itu la hakikat. Masalah ape pulak ni? huhu bukan masalah bukan2, tp adalah masalah environment kerja. Dengan kapasiti yang aku kira agak besar, kawasan kerja yang di peruntukan untuk mereka sangat lah kecil. Bayangkan la, ada 9 orang yakni 5 perempuan dan 4 lelaki dalam sebuah bilik yang kecil. Kalau nak bayangkan adalah lebih kurang besar sikit daripada bilik orang gaji (pada yang tak tahu, bilik orang gaji adalah bilik tidur aku dulu di rumah Damansara yakni kalau 1 rumah tu ada 3 bilik, ha bilik plg kecil tu kitorg panggil sebagai bilik orang gaji). Sebesar itu lah dimuatkan 9 pekerja. Sebuah meja besar, 2 kipas angin dan ada penghawa dingin. Nasib baiklah ada penghawa dingin. Kalau tak, aku tak tahulah..
Kalau difikir2kan balik, sangat lah tidak selesa. Walaupun ada penghawa dingin, bekerja dengan komputer dan laptop cuba fikir, panas tetap ada. Korang paham kan, dalam bilik kecil, 9 laptop/komputer bekerja dalam satu masa. Boleh imagine tak? Jangan cerita tempat letak printer, rak file lagi. Korang boleh bayangkan tak ape aku taip ni?
Jom masuk lagi perihal seterusnya. Pagi2, 9 orang masuk bilik kecil itu. Pasang lah laptop/komputer semua. Tekun lah mereka buat kerja. Lepas tu tgh hari pegi lunch kan.. boleh tak imagine lepas lunch punya bau keadaan. Jap.. aku bukan nak ckp, sapa2 ada berbau ke ape. Sila jgn salah paham. Tapi tau tak manusia mmg la ada bau. Jgn nak tipuuuuuuuuuu... Bukan bau busuk ke ape, tapi adalah keadaan yang tak menyenangkan... Arghh korang paham aku tau... Ha lagi satu, normal la lelaki kan ada yang smoking. So.. ha korang dah paham dah ape aku nak ckp.. Bagus2.. Logik la pun dorg makin hebat smoking kot aku tgk, pressure ke ape tah.. yg tu personal la.. aku tanak komen..
Bukan apa aku buat entry ni. Bukannya nak provoke sesiapa jauh sekali nak memporak peranda kan keadaan apetah lagi emosi. Tak, langsung takde niat. Tapi tu la.. jauh di sudut hati aku tak sampai hati tau tgk dorg. Tu tak campur dengan kami2 yang datang dari KL ni bila menyempit kat sini. Campur kami2 ni lagi, ha boleh bayang?? boleh? OK mmg tak muat pun... Pastu ada yang hilang, sbb bilik tak muat kan.. sape nak jawab? salah sape tu? huhuhu.. Patut ada lagi 1 bilik, jadi ruang tu jadi besar sikit, tapi dengar cerita tak dapat IP lagi dari vendor. Maybe sikit hari lagi dapat la.. harapannya.. InsyaAllah..
Sememangnya, isu environment kerja sgtlah mempengaruhi prestasi kerja seseorang. Jika environment kerja memberangsangkan, kerja pasti akan dapat dilakukan dengan lebih baik dan moral kerja pekerja tidak lah down sgt. Mmg betul company dah provide byk kemudahan macam rumah dan ada juga kenderaan opis di sediakan, tapi fikirkan jugak lah masa kerja yang 8 jam ni kan..
Mungkin jugak lah, aku orang luar (maksud aku org yang jarang dtg UTM) adalah yang rasa mereka tidak selesa, tapi kalau diorg selesa tu aku tak tahu lah kan. Mungkin mereka di sini adalah insan2 tabah yang tak merungut lah kot. Bagus la, tapi kalau ada kebenaran apa yang aku cakapkan ni, terpulang.. Hak masing2. Free world lagi huhu..
Sampai di sini sahaja lah aku nak membebel...
First Day School
9 years ago


8 Comments:
tu lum campur yg dlm perut lagi ni. huhuhu. yg perut sejenis aku lak mcm mana lak kan. hahhaha. ha cuba bayang kan.
Blog ni blog no.2 aku baca ttg kepayahan org2 di site ofis. Mmmm..Apa nak jadi la lps ni..
mak aih..besa bilik org gaji kita jer cimun? sgt tak selesa dan tiada privasi.kdg2 bos2 ni bkn pk sgt org2 yg dok kat site ni, janji projek siap on time anak buah nak terlentang terduduk ke dorang takde kisah punyer..yg penting, weekly/daily report dpt kat bos mesti mau cantik..x boleh deliver lambat!
*ape yg penting kerjasama*
masa aku kat projek kat satu universiti XXX dulu pon, duduk dlm bilik yg bole dikatakan bilik sampah..sume monitor2/cpu da rosak dok dicampak dlm tu, sgt crowded dgn budak2 team aku lg dlm 5/6 org..ko bayang r cane nak keje, kejap2 tersadung cpu, kejap2 terlanggar monitor..mmg tunggang langgang..blom kire lg terlanggar sesama sendiri..haihh tp bahagia dok site psl bos xde, haha
apepun da nama cacai tu nak taknak terima je r..huhu
apepun, buat bos2..wake up!!
hahhaa...
pembetulan, bilik nih xraser aircond pon filah...
As: dulu ajak halang sistem pengudaraan utk smpai kt hany, pastu anas lak yg hadang (mreka berperot cam as), skrg heaven coz aza nipis xhadang...
Jay: hurmm, org laen mls nk citekan kepyhan...nnti respon dr sape2 tah byk sgt, kutuk2 lak tuh...sebenarnye byk gak kebaikan yg diperolehi...cume kalu citer, org xde respon n benda tu xnmpak sgt... aperpown...bersyukur dgn apa yg kita ada skrg....
Nani: betol tuh cik ijau, bahagia duk site opis kan!!!
hany: amboi hany, halangan ye..kan best dapat bau sabun body shop satsuma aku pagi2..pas2 perfume lagi..hohhhhhhh..Hahahhahah..
as: perut kite same ke??aku rase aku pye lebih sket kot..Hahahhahah
Naniez: Sempoi ar komen ko.. sempoi..
Filah: Bulat2
ni blog sapa sebenarnye ni?
ajak giler kuasa!! :p
alahai.. kesian sungguh dgn penderitaan @ utm nih. mmg lar sgt2 mempengaruhi prestasi keje & jugak emosi pekerja. huhu! ni sume sgt tidak sihat.
Post a Comment