Pulangnya seorang hamba kepada Penciptanya

Pada tanggal 5hb Mei 2009, pukul 1.00pm telah kembalinya seorang hamba Allah kepada Penciptanya. Arwah datuk aku adalah insan itu. Arwah sudah lama sakit. Pada awalnya terkena angin ahmar dan juga sakit tua. Sudah lebih kurang setahun setengah terlantar di atas katil dan hanya boleh menggerakkan bahagian badan sebelah kanan sahaja..

Alhamdulillah semuanya selamat dan urusan pengkebumian telah disempurnakan oleh seluruh ahli keluarga dan sanak saudara. Terima kasih untuk semua.

Harapan aku agak kawan-kawan dapatlah kira nya sedekah kan al-fatihah untuk arwah.. al-Fatihah..

---------------------------------------------------[ peringatan untuk aku ]-------------------------------------------------------

Sepanjang setahun setengah tahun atok sakit dan terlantar, aku puas melihat cara adik beradik mak aku menjaga atok. Segala macam mungkin usaha yang dilakukan untuk cuba menyembuhkan atok . Atok sudah tua, lebih kurang 88 tahun umur dalam IC dan umur sebenar lebih 90 tahun. Jadi penyembuhan agak sukar. Tapi tak pernah mereka (adik beradik mak aku + menantu2 merangkap pakcik dan makcik aku) putus asa. Atok menggunakan pampers dan hanya boleh minum susu (berkhasiat) sebagai makanan dan minuman. Atok tak boleh makan lagi kerana tidak berupaya menelan makanan lagi, jadi bergantung pada saluran tiub yang di masukkan dari hidung terus ke perut atok.

Tak pernah putus bekalan susu dan pampers untuk atok. Tahu tak harga pampers dan susu adalah agak mahal. 2 tin susu setiap minggu (yakni 3 jam sekali minum) dan 4-5 keping pempers sehari. Atok di jaga bersih. Mandi setiap hari 2 kali sehari. Atok akan dipapah, di angkat ke bilik air untuk mandi. Di sabun di shampoo bersih oleh anak2. Di ambilkan air sembahyang setiap kali nak solat (masa awal2 sakit, atok masih solat sebab dia sedar lagi keadaan sekekeliling, tapi makin lama atok makin lupa dan tak ingat lagi wpun buka mata tapi dah tak tahu apa2 di sekeliling). Seringkali aku tengok, kalau orang sakit yang terlantar di katil, sekian lama dan tidak dijaga dengan cara yang betul dan bersih, pasti akan ada kudis kan. Maklumlah, lama baring sahaja di katil, jadi kuman mudah datang menyerang. Tapi atok, takde sikit pun kudis yang hinggap malah bilik tempat atok terbaring segar sekali udara nya dan tidak ada bau ubat-ubatan. Bersih sekali... kagumnya aku..

Selama setahun setengah, adik2 beradik mak aku bergilir-gilir menjaga atok sebab tahu opah takkan mampu kerana opah juga dah tua. Wpun bekerja, tapi masih pulang setiap hujung minggu. Kadang2 amik cuti tengah2 minggu semata nak menjaga atok. Nasib lah ada seorang makcik aku yang sudah pencen, jadi hari-hari kerja kebanyakan dia yang jaga. Kagum nya aku.. Aku yakin, atok sakit lama sebab Allah nak bagi peluang pada anak-anak kumpul pahala dalam menguji kesabaran anak2 atok..

Apa yang aku cuba sampaikan dan ingatkan pada diri aku adalah jadikan lah semua ni sebagai contoh terbaik untuk masa depan. Semua dah depan mata, nak amik iktibar atau tak je.. Ingatlah bahawa kita tak selamanya di atas, kadang2 kita di bawah juga dan kdg2 di bawah lebih lama dari di atas.. Tak selamanya kita muda.. tua pasti menjelma juga akhirnya..

3 Comments:

hmm kalau kita tua nanti.. x tahulah mcm mana anak-anak kita akan jaga kita kan... Al-fatihah

 

Al-fatihah..Allah lebih menyayangi beliau..
atuk aku pun tgh uzur skang..

 

Bujal: btol tuh.. sebab tuh la didikan anak2 tu penting. Semua bergantung pada didikan orang tua dan persekitaran serta didikan agama. sama2lah kita beringat..

Nani: Ya..Allah lebih menyayangi beliau.. sama2 doakan agak atuk ko cepat sembuh ya nani.. :) hargai lah org tua sementara mereka masih ada dgn kita ..