Ice skating at Sunway Pyramid

Tadi, eh semalam adik aku Didi ajak aku main luncur ais eceh macam tak sedap je luncur ais. Ok marilah kita sebut sebagai ice skating. Nampak lebih anggun gitu huhu (ni bukan cerita Merah Putih ye kawan2, kami dua2 hitam haha).. huhu.. Adik aku ni baru habis final exam di final year dalam jurusan perakaunan. Jap2, perlu ke mention?? cett.. Dia ajak aku bersama2 melepaskan gian untuk bermain ice skating ni. Mula2 aku tidak setuju sama sekali sebab aku memang adalah tidak tahu langsung meluncur ais mahupun skateboard apetah lagi gymnastik atau renang berirama. Bak kata senang nak paham, acara2 yang disebut kan di atas adalah bukan bidang aku! Jadi bidang aku ape? ok itu kita bincang dalam next entry :p huhu

Tapi sebab apa aku setuju? Haha.. aku setuju sebab nya dia cakap "dont worry, all the expenses for today is on me!" hoyeaahhh yaribbaa anggeree..rasa macam diawan-awangan (eh betolke eja camni?) Sebenarnya, sila tahu bahawa aku malu ok di belanja oleh adik yang masih belajar. Serius I malu. Tapi.. tapi tapi dan tapi.. bulan ni aku short sikit la.. Jadi aku rela dalam terpaksa di belanja oleh adik aku hahahah aLaSaN BaIk SeKaLi... ehem..ngeee..:D

Pukul 10.30am aku gerak dari rumah amik Didi di Shah Alam dan terus ke Sunway Piramid. Mak ai susah gilos nak cari parking. Melilau juga lah dalam setengah jam. Sampai-sampai terus menuju tempat menjami selera kerana telah kelaparan dan tidak bertenaga (tak boleh blah btol die nih punye lapar)


Sempat snap gambar sebelum naik lif. Si rendah (bukan pendek ye) bulat dan si tinggi lampai. Different version sama acuan, boleh? huhu

Aktiviti menambah berat badan yang dah sedia berat berlangsung di Pizza Hut dengan bantuan stuff crust dan extra cheese.. arghhhh nyesal tau tak!!Nyesal! :p




Lepas dah melantak tu, terus gi cari tiket wayang. Sebab nak tengok wayang lepas main luncur ais, jadi kami amik tiket lambat sikit la dalam pukul 4.00pm. Tengok movie X-Men Origins: Wolverin 2009. Aku nak komen pasal movie ni kang jadi panjang berjela2 pulak kan, jadi aku simpulkan bahasa je boleh? boleh kan kan kan. Kesimpulan yang aku boleh buat senang je: Best gile & can rated as must see movie. Jadi kalau dah nak tengok movie tapi belum buat keputusan nak tengok cerita apa, pilih lah cerita ni. Pasti tak menyesal.

Lepas dah beli tiket, terus la ke tempat luncur ais tu. Mahal oi.. Bagi aku yang first time jakun lebih ni mahal la kan. 2 orang tiket masuk plus 2 gloves = RM58.00. wooohoo..sape bayar?? Lagi nak tanya kan! haha.. Dapat gloves warna Oren, cantik aku suke! Jadi terus terlupa akan harga 58 hengget yang orang lain bayar tu kan haha..


Ha.. ni gambar si jakun pakai gloves oren *wink *wink (jemah mesti jeles ni sbb warna oren hoho tetibe)



Lepas dah beli tiket dan masuk (jgn tanya berapa banyak kali aku guna perkataan "lepas" k. Aku tak boleh nak fikir perkataan lain nak mula perenggan baru oh aku bukan penulis) pegila kami mengambil kasut khas untuk meluncur ais. Kemudian simpan beg dalam tempat simpanan barang yang kena bayar seringgit tapi kalau kunci hilang kena denda RM50 ye. Jadi adik aku jaga la kunci tu baik2.

Aku nak cerita pasal aku pertama kali meluncur ais ni. Ya Allah.. itulah perkataan pertama dan sila baca dalam nada mengeluh dengan agak berat. Susah gile tahap cipan gaban suria perkasa hitam wonderpet tah ape lagi aku nak sebut pun aku tak tahu. Sesungguhnya aku dapat rasakan bahawa sukan (sukan kan!) meluncur ais ni bukan lah untuk orang gempal (perkataan yang dikecilkan adalah sensitif ye, sila tahu siap strike tatahan haha) :p seperti aku agaknya. Sangat sukar untuk aku mengimbangi badan. Meluncur (sebenarnya bukan aku meluncur pun, aku terkedek2 je tepi-tepi ring tu pegang cermin dinding) belum suku ring aku dan macam nak nangis kat adik aku suruh dia panggil orang keluarkan aku. Tapi aku cakap suh orang tu bawa aku keluar ring, tapi jangan la guna kereta mesin yang dia guna untuk sedut ais yang dah cair dan untuk ratakan ais tu, aku tanak aku malu hahahahah adik aku tak boleh blah gelak2 kan aku. Memang la aku tanya, kang di buat nya betul2 orang tu panggil mesin tu suh bawak aku keluar tak ke naya! Masalahnya aku dah macam tak boleh nak jalan dah walaupun nak patah balik ke pintu keluar ring. Bengong pun ade gak aku rasa. Malu toksah nak cerita la. Orang dah bersusun belakang aku yang ala2 aku pegang2 dinding ring tu tapi at least diorang masih teruskan perjalanan. Aku ni nak patah balik ni.. arghhhhhhhhh tension oi!

Adik aku berjaya panggil la orang yang jaga tempat tu. Kira pangkat2 coach kat situ la mintak tolong bawa aku keluar ring. Dia sempat pesan kat aku, cuba imbang badan dan slow2 jalan! banyak la dia nya nak imbang slow2 jalan. Aku dah nak terjelepuk dah kat situ nak jatuh sgt dah. Aku cakap, tak boleh, saya cuma nak keluar dari ring ni je! (ni sure ajak budget muka aku dah nak nangis ni hahahaha.siot ajak) lepas tu dia mintak tolong sorang chinese lelaki ni bantu dia bawa aku keluar dari ring. So, 2 orang ni bantu la aku sorang pegang tangan kanan sorang tangan kiri. Berlapik ye, pakai gloves kan. Lagipun aku bukan sengaja.. Darurat :p Special thanks to both of indian and chinese guy yang tolong aku tadi.

Dalam perjalanan eh bukan perjalanan, peluncuran keluar dari ring tu, lega gila aku tak jatuh sebab beberapa kali juga cubaan menjatuhkan diri secara tak sengaja hampir berlaku. Lepas keluar dari ring, aku duduk kat kerusi kat luar tu. Fuh! lenguh kaki aku toksah cerita. Macam melecet pun ada. Lama gak la aku amik masa tenang kan diri tingkatkan peribadi haha balik. Dalam 20minit pastu, adik aku dah pusing satu pusingan ring tu. Adik aku cool je, dia tak boleh la meluncur macam professional, tapi dia berjaya mengimbangi badan dengan baik. Tapi ini bukan cubaan pertama dia ye, rasanya dah kali ke 3. Jadi dia ada pengalaman la.. Masa adik aku keluar dari ring, dia tanya aku ok ke tak, aku ckp la aku OK. Mmg aku ok pun :P dia ajak masuk balik dan slow motion jalan tepi2 ring lagi dan dia nak jaga aku. So aku macam dah ada kekuatan sikit la lepas dah terkejut kali pertama tadi kan.

Masuk ring buat kali kedua, aku rasa cool sikit walaupun sebenarnya dalam tu aku panas siap berpeluh sebab menggunakan tenaga tangan kaki dan stress otak. Jadi rasa sejuk tak dapat aku rasakan. Kali ni aku berjaya jalan sedikit demi sedikit dan meluncur 20 ke 30cm hahaha.. sikit gile hoke.. Lepas dah beberapa kali percubaan, aku amik keputusan (macam la keputusan nak buat ape kahkahkah) untuk cuba buat satu pusingan ring. Ewahhh.. aku berjaya! I did it bebeh! Aku cuba untuk tidak jatuh walaupun sekali tetapi aku gagal. Masa buat pusingan ring tu, aku jatuh sekali tapi bukan terjelepuk ya, sila tarik balik bayangan anda bagaimana aku terjelepuk itu. Aku jatuh termelutut. Tapi berjaya bangun dengan bantuan seorang gadis mana tah aku tak kenal. Dia sebelah aku masa aku jatuh tu, adik aku jauh sikit. Tapi tak sakit lah..

Wajah kegembiraan seorang peluncur ais negara selepas berjaya membuat pusingan dalam ring luncur ais haha :p


Adik aku yang banyak membantu memberi sokongan moral sebab kakak dia dulu tak ambil pendidikan moral masa di sekolah jadi dia terpaksa bantu huhu


Selepas mencapai kejayaan yang memberangsangkan kami duduk untuk melegakan kaki yang menjerit2 berkata "apekejadah nya aktiviti tuan aku ni pelik sgt minggu ni. Dah tak sayang aku ke?" :(

Adakah peluang kedua untuk minah ni kembali ke dalam ring luncur ais?

Di kesempatan yang tak berapa nak sempat ni, aku nak senaraikan beberapa tips yang aku perolehi sebagai seorang amatur dalam luncur ais. Yuckss perasan betul dia ni. Lantak korang nak baca, baca tak nak sudah.

Tips:

1. Bawa stokin dari rumah dan kalau ada gloves bawa lah sekali. Jadi tak payah nak beli lagi, mahal la. Kalau kena beli, pastikan lepas guna lain kali bawa yang tu shj. Jgn beli lebih dari sekali.

2. Masa ambil kasut, ambil lah kasut yang saiz nya lebih 1/2 atau 1 dari saiz kasut biasa anda. Kalau saiz 7 amiklah size 7 1/2 atau saiz 8. Rasanya paling besar saiz 10 kalau tak silap aku la. Sebab apa, kasut luncur ais ni keras dan padat. Kaki dalam kasut kenalah berada dalam keadaan selesa supaya dapat mengimbangi badan dengan baik. Kalau ketat, kaki akan sakit dan imbang badan juga tak berapa nak stabil. Tapi jangan lah amik yang lebih besar sangat. Longgar pun akan bawa masalah sebab bila banyak sgt ruang dalam kasut, akan licin berlaga dengan stokin.

3. Ikat tali kasut luncur dengan kemas dan pastikan tali kasut tidak diikat sehingga ke lubang paling atas. Seelok2nya di lubang kedua dari atas. Sebab kalau diikat sampai ke atas, tidak ada ruang antara tulang kaki dengan kasut untuk bergerak. Kalau takde ruang ni, boleh menyebabkan kaki di bahagian atas kasut melecet. Kira kat tulang keting tu orang kate boleh melecet. Kasut luncur ais ni tinggi macam kasut but tu. (info ni aku dapat masa aku tengah rehat2 kat luar ring, ada sorang budak pompuan ni die hebat gile dan dah biasa sgt luncur ais kat situ, dia la bagitahu)

4. Seelok-eloknya pakai stokin yang panjang dan paling pendek pun mestilah menutup buku lali. Kalau pendek dari tu, jawabnya melecetlah buku lali anda.

5. Jika kali pertama meluncur ais, eloklah pergi bersama boyfriend/girlfriend orang yang ada basic tentang luncur ais dan lagi elok kalau dia boleh meluncur dengan baik dan lagi lagi lagi elok kalau dia adalah pro meluncur ais. Dia boleh bantu anda yang masih terkedek2 dan memberi keyakinan mental dan emosi kepada anda.

Ok tu je kot tips yang aku dapat beri sebagai seorang yang jauh ketinggalan dalam sukan luncur ais ni. Cara nak berdiri, nak berjalan, meluncur, berhenti semua tu, aku tak tahu sebab belum pernah belajar. Menarik tau sebenarnya aktiviti ni. Sama ada nak atau tak nak mencuba je. Satu pengalaman yang aku nak sangat cuba lagi lain kali tapi lagi best kalau aku dapat main dalam suasanan orang yang tak berapa ramai. InsyaAllah satu hari nanti aku nak pegi time orang tak cuti. huhuhu.. Jom ade sape2 nak join?? :P

Maka dengan ini, aku tamatkan entry yang dah berjela2 tah sape le yang rajin nak baca ntah aku pun tak tahu... huhu..

8 Comments:

hehehe.. leh lah nanti ajar saya pula.. tingin gak nak main ice skate tu... tp boleh ke kasut pisau tu bawak lori 1.5 tan ek.. konfius sekejap..wahahahhaa

 

pilah..aku nak join! pick me! pick me!!
excited aku baca entry ko ni tau beb..anytime ko nak g bgtau la aku yg tak pnh meluncur ais ni gak ek, hehe..
ari xkeje pun aku sanggup apply cuti, muahaha

 

hahahha aku nk komen jahat ;P ko toleh blakang x kot kesan laluan ko meninggalkan kesan garisan yg dalam kat ais tuh ;P

lariiiii!!

 

Syafa: adik aku mmg cantik :) mcm mana pulak ngan kakak nye? hoho sila jgn jwb, hati aku kecik je kang terus ghaib lak kang haha :p

Bujal: jgn kan 1.5tan, lebih pun xpe.. mst nnt org lain semua ketepi, so kite leh conquer. kan bujal kan!! huhu

Nani: wuhuhu.. pasti beb pasti akan ku ajak dirimu NEXT time aku pegi yakni tah tahu tahun dan waktu bile hohoho..takpe, tunggu adik aku blanje kite berdua lagi ahhahahaha..

noname@khairi@kj@simulutjahat: amboihhh...ko ngn ajak same je kan, insuran nyawa tinggi eh! hahaha tp sbnrnye aku ade gak toleh kesan ais laluan aku tu kan, tp biar aku btau la..berlongkang oiiii.. :)) ampes ko..! kejam kejam! cube ko skate, agak2 terjelepuk kurang 10 kali x? :p

 

eh aku? of asyik tergelincir je.. licin.. xde momentum.. ringan sgt.. xde pemberat nk buat aku stay still ;P wakakakaka

 

oi kj..
perasan..
ko tu dhla berat..
aku je yg ringan..
ensem lak tu..
mesti rmi awek terjelepuk sbb tgk kehenseman aku..
wahhhhhhhhhhhh
ting ting

 

kj: wow.. interesting..ringan xleh nak stay still ye? we'll wait n see...

Ajak: ni lagi aku x boleh blah ni.. awek semua terjelepuk psl kesian ko asik terjelepuk sorg2 kot hoho