Kenapa tajuk perlu ada Oh La La~? Oh sila jgn salah tafsir ye, bukan lah interview yg berlangsung pada 6hb Mei 2009 lepas tu tersangat berjaya. Tp bukan juga tak berajaya. Yg sebenarnya adalah aku tak tahu nak kategori kan sebagai apa.. 50-50 la.. instinct aku macam... (tuttttt haha tatau la oi boleh tak jgn nak predict2 ok..tunggu result keluar sudah :P)
Aku interview kat Institut Perguruan Pendidikan Islam, Bangi pukul 8.00am dan adalah orang ke 3 di interview. Seramai 6 orang yang ada masa sesi aku tuh. Semua perempuan. Umur pun baye2 aku la. Daripada 6 orang tu adalah aku sorang je yg belum kawin ye. Oh terus macam susah hati sket la aku. Bukan susah hati sebab aku je sorang yg belum kahwin ye (sebenarnye ye ade jugak haha) Tapi, aku terfikir2 bahawa kalau dah 5 orang tu dah kawin, pastu ada peluang untuk dapat sekolah kat semenanjung kan, so aku ni harapan nak ke sabah sarawak wah tinggi bukan main la.. ye la..aku takde sebab nak tolak kan. Tp fikir2 balik, belum lepas pun interview ni, tah dapat ke tidak kan. Lagi satu, kena betulkan balik niat dan sebab musabab kenapa nak masuk ke dalam bidang berguruan kan. Jadi di hantar ke Sabah S'wak tu adalah cabaran yg aku rasa perlu kuat aku hadapi (kalau la ade rezeki) .. Ok sambung cerita interview..
Ada 2 sesi; 1) berkumpulan 2) individu. Masa berkumpulan kami 6 orang kena soalan lebih kurang macam ni la, aku tak berapa ingat la secara tepat ayat dia kan, kertas tu dorg amik balik..
Soalan berkumpulan:
Berdasarkan motto Cemerlang Gemilang Terbilang:
1. Berikan pendapat anda apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk mencapai Cemerlang Gemilang Terbilang. Bincangkan.
2. Sebagai guru, apakah budaya yang boleh diterapkan untuk mencapai moto di atas.
Jawapan kepada soalan berkumpulan:
Hello, haruslah aku x igt dan tak hafal kan.. Sebabnya masa ni semua nya mencurah-curah idea keluar dari otak dan minda aku ewah. Tak sempat sgt nak fikir pendapat-pendapat yang aku katakan tu bernas ke tak, betul ke tak, boleh pakai ke tak, boleh diterima dan difahami ke tidak kan. Yang aku tahu, pendapat-pendapat tu semua kedengaran agak klise. (sila klik untuk mengetahui makna secara jitu) Rasa nya susah nak elak lah.
Sesi interview individu
Overall, yg boleh aku katakan adalah lebih banyak soalan-soalan lite gitu-gitu apek je. Tapi masih menguji cara calon menjawab lah jugak. Antara soalan-soalan yang aku kena:
1. Kenalkan kan diri sendiri
2. Awak kerja apa sekarang? Di mana? Tinggal di mana? Berapa gaji sekarang? Gaji bersih berapa? wah2 over tau penginterview aku ni.. ciss..
3. Kenapa nak bertukar bidang? Apa kaitan bidang yang awak apply dengan bidang kerja dan bidang awak belajar dulu?
4. Tahu tak yang ambilan Jun 2009 ni adalah khas untuk guru-guru yang akan dihantar ke kawasan pedalaman Sabah S'wak? Awak bersedia? Dah bincang dengan mak ayah? Mak ayah awak setuju?
5. Ada rancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat?
6. Ada apa-apa soalan nak tanya?
Komen penginterview yang aku tak boleh lupa.. oh!
Saya sebagai orang melayu rasa tidak patut saya ambil seorang yang pakar dalam bidang IT untuk masuk ke dalam bidang perguruan. Saya rasa awak tahu bahawa kita kekurangan pakar IT khususnya orang melayu. ish rugi tau! <---- boleh?? masalah nya aku bukan pakar IT arghhhh
Masa aku interview, aku tidak di tanya soalan-soalan fakta. Tapi orang-orang sebelum aku ada. Kena pasal PIPP (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan). Rugi gak dia tak tanya aku, sbb aku dah baca dah dan dah target soalan ni. Selain drpd tu, boleh lah tekan kan PPSMI (Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dlm Bhs Inggeris), Falsafah Pendidikan Negara dan Tema-tema Hari Guru (tahun-tahun terakhir la, takyah hafal yang lama-lama punya). Pada sesiapa yang tak tahu, Tema Hari Guru 2009 adalah Guru Pembina Negara Bangsa ye..tahun 2008? ha cari sendiri.. hoho.. Saje je aku senaraikan soalan-soalan target ni. Kot-kot la ada yang nak tahu kan, untuk tahun-tahun depan punya interview kan, boleh la jadikan guardline.. ewah :p
Kesimpulannya, semua terletak pada rezeki. Banyak faktor yang membawa kepada lulus atau tidak sesi interview ni pada aku. Bergantung pada diri kita sendiri adalah salah satu daripada nya. Mungkin dalam 40%. Cara kita express pendapat dan menjawab soalan. Selain tu, penginterview sendiri juga boleh menjadi faktor. Ada penginterview yang OK, ada yang garang, ada yang tangkap muat, ada yang ikut kepala sendiri, ada juga yang berkhemah berhemah, tak kurang juga yang skematik dan juga yang mengantuk! Tah dia amik port ke tah apa yang calon ckp. Faktor lain, bidang yang di ambil masa belajar selalu nya kena match dengan apa yg di apply untuk mengajar.
Selain tu jugak, faktor ORANG DALAM juga salah satu faktor yang besar. Dah lepas MTest, masuk interview so ada yang akan guna orang dalam kan. So faham-faham sendiri lah kan. Daripada yang aku dengan lebih kurang 35,000 orang amik MTest. 16,000 lulus MTest dan yang diperlukan (yang akan lepas interview) lebih kurang 4,000. Fakta ni aku perolehi dari penginterview aku k, kalau salah maafkan aku dan dia sekali :). Jadi tak mustahil kalau aku katakan dalam 1,000 orang MUNGKIN mungkin MuNgKiN akan menggunakan orang dalam. Aku guna orang dalam tak? hoho aku ada ke orang dalam?? hermm..
Jadi, jauh di sudut hati aku, aku harap aku LULUS dan berjaya. Tapi sekiranya kalau aku x dapat, aku dah bersedia dan redha..itu je... huhu
Nota Kaki 1: takde nota-nota dah! dah panjang ni pun nak nota-nota kaki lagi.. sepuk kang ! :p
First Day School
9 years ago


11 Comments:
hmm.. ala jgnlah kat sabah serawak.. nanti kalo saya rindu mcm mana... wahahwhahahahaa...... i doakan ek moga u dapat... huhu amin... haa tadah lah doa......
Fiela, insyaAllah ko akan dpt punye =))))
Bujal: ala xpe, rindu2 3G la nnt huhu.. Dgn harapan ade 3G kat situ. Doa2.. tadah cepat.. hehe amin..
Lindzia: Mekasih ye lin doakan aku. Tp kalau x dpt, bole la kita dok satu Seri kembangan lagi hihi
hahaha...
auta je interviewer tuh, sj kasi gertak...
InsyaAllah...ameen....
Hani: InsyaAllah.. :) amin... tqs eh..
Sabah Sarawak? ala...sgt jauh nye cimun, kurang lg membe aku nak berlibur disini, huhu tp demi cita2 membela anak bangsa..pergilah jika tak kau akan menyesal..haha
eh..lupe nak cakap..aku sangat bangga dgn ko..dan amat yakin ko bole jd guru yg baik utk anak2 aku ( erk apakah motif?!haha)..insyaAllah ade rezeki dapat k beb..
nani: tq a lot beb atas doa2 mu dan kata2 semangat.. Ala xde la jauh sgt, nny kan ko dpt tiket flight murah, dtg aa jenjalan hihi..berangan lebih oi aku :p
insyaAllah ko mesti lulus =)
beb. aku ada org dlm gak. hahahha. dlm perut. igt intibiu dpli ni nk guna org dlm perut ni. rugi ko tak tya aku hari tu. huhuhuhu...
syafa: amin... tq..tlg doakan eh
As: huhuhu ko sure rezeki berat sgt ke arah ko.. sbb ko berat ade 2 hoho ..:)
Post a Comment