Tie The Knot ~ Part 2.1

Salam...

Bersama lagi kita dalam part 2... al kesah nak menyambung.
Bukan pasal apa, pasal masih ade momentum nak sambung..
Cuba kalau x start part 3 aritu mmg sahih la xde momentum nak memblog...

Macam biasa - entry ini adalah panjang. Mind you..

Oklah.. part 2 adalah majlis di belah kenduri aku...

Majlis: Persandingan di Taiping, Perak
Tarikh: 11 Disember 2010
Hari: Sabtu
Tema: Emas + Ungu
Masa: 1.30ptg
Butik pengantin: Takteh, Taiping
- K Shaliza
OP:
Takteh, Taiping - Afzan
Mekap: Takteh, Taiping - K Fisya


Ceita pasal k fisya, sehari sebelum tu dia ada tanya aku nak bersanding pukul brapa. Aku jawab selepas zohor, dalam 1.30pm sebab xnk lah tiba2 tengah berarak tu azan Zohor berkumandang sekali dengan kompang. X elok mcm tu...

Masa dia tanya tu dia sms. Aku tengah bz giler. Dia tanya boleh x dtg mekap pukul 9.00am? Aku reply, OK boleh. Time tu aku memang fikir nak abis kan sms tu cepat2 sebab tengah bz ni.. Lepas dah tenang sket baru aku terfikir! aje gile mekap pukul 9.00am nak sanding 1.30pm. 4 jam setengah tuhhhhh...

Tapi sudah terlajak kata setuju kan, so aku layan kan aje lah. Satu yang aku belajar dalam proses nak kahwin ni, bila dah masa nak dekat2 kahwin atau semasa dalam tempoh majlis, perasaan redha aku sangat tinggi. Tinggi tu sampai apa2 pun aku redha dah. Sebab macam kalau x redha, yang sakit nya bukan orang lain, tp perasaan sendiri juga. Bukan kita tak usaha untuk menjayakan majlis sendiri kan, tp dah usaha. Jadi apa yang terjadi tu redha dan layan aje. Kata orang padahal aku yg kata enjoy the moment...and you know what (mcm sedap pulak speaking tgh2 ayat...aje gile :p), masa hari majlis aku memang aku sangat enjoy the moment of being a bride... +__________+ malewwww.. huhuh

Nah amek tengok muke enjoy aku masa hari kejadian... adekah nampak happy di situ? Ha lu PK la sndr... :p

Ni on the way nak balik rumah aku lepas mekap di kedai around pukul 12.55pm macam tu..

Cerita sikit masa pagi kejadian. Pagi masa mekap, cuaca redup.. mendung... Jadi hati aku berkata2. Kalau cuaca macam ni macam ada harapan nak hujan tapi boleh jadi mendung redup sepanjang hari... Tapi masa ni hati aku cool. Tak de rasa macam xsedap hati ke ape ke. Doa juga sikit2, mohon supaya tak hujan lah hendaknya.

Lepas habis mekap dalam 11.30am, hujan! Aku cuak. Tapi sikit je. Sebab hati aku ckp kalau hujan skrg InsyaAllah 1.30pm kang dah benti lah. Tapi pukul 12.00pm hujan dah berhenti. Aku ucap syukur... tunggu lagi.. masa ni pengapit aku tengah mekap. Hambik ko... Masa nak balik tu, hujan lagi sekali menderuuuuuuuu... tapi ala2 la cuma bukan rintik ye. Kira kalau ko redah memang basah la... Pengapit aku ckp.. hujan ni kalau macam ni, agak lambat nak berhenti. Masa tu aku macam takde lah resah sangat sebab macam redha dah ni. Kalau hujan ke x hujan aku redha. Maybe sbb aku memang x berarak kan, yang berarak pihak lelaki kan. So dah hujan, nak wat camne.. hahahahahahah matik la kan hati sempat lagi komen mcm tu. Sebab nya dah redha dah time ni...

Dengan kuasa Allah... Hujan berhentiiiiiiiiiiii... :P :) heheheh suker...
Alhamdulillah.. Masa nak berarak tu, family lelaki dapat berarak pada waktu yg tepat dan dalam cuaca yang sangat cantik... syukur..

Aku percaya bahawa cuaca itu adalah rezeki kami. Kami semua... Dalam erti kata lain kami itu adalah aku, suami, keluarga aku dan keluarga suami..

Opss.. sebelum terlupa, aku nak cakap, aku adalah sangat suka mekap aku pada hari persandingan. K fisya memang mekap kan aku rasa macam ermm macam mana nak cakap eh, macam tak lah over sangat. Dan yang penting aku x rasa berat. Bulu mata original palsu tu pun yang sederhana. Cuma yang tak best nya adalah, K fisya tak ikut ke rumah macam k yuni (mekap pengantin Kluang). So bila dah berlengas2 muka aku pengapit aku je touch up kan. So macam dah tak boleh blah sangat la bila dah berpeluh2 kan.. tp tak pe... ingat td? Redha.. ye redha.. :p


Kita masuk bab seterusnya. Jangan ingat aku ikut kronologi. Ni aku main hentam saja ikut gambar yang aku upload ni... Bagus amic pic kat FB ni xpayah dah aku nak resize2 sebab dah mmg kecik hohohoho.. dasar MMMMMMMMM punye blogger.. Jangan tanya M tu ape, sendiri2 paham. :p

Ha ini adalah best friend, sahabat, geng @ pengapit aku masa hari kejadian. Cik tunang Junaini. Aku panggil die Nani, tp nama glamer die naniklang@ tok ketua. Aku kalau nak cerita pasal nani ni kang tahap boleh buat 18 entry pasal die sorg. Tapi nnt die tak update lak blog die kang dok sebok baca entry aku pasal die je kan. Hahahaahha xde kaitan :p

Senang cerita *ce crite ce crite* macam ni la. Tiada ucapan selain TERIMA KASIH yang dapat aku ucapkan pada dia. Ucapan yang lahir dari jauh dalam hati aku (*translate deep down my heart). Takde orang lain yang aku terfikir aku nak minta jadi pengapit selain drpd dia. Macam kira salah satu wish aku sempena nak kahwin adalah nak berpengapit kan nani. Sebab2 nya adalah:

1. she is a pro! Why i said that - because she has so much experience being a pengapit. Believe me!
2. ceria - dia akan menceriakan suasana di mana saja dia berada. Macam matahari, menyinari setiap kali terbit, macam tu lah si nani ni. Jadi nnt majlis aku akan ceria.
3. Ramah - dia akan ada di kalangan keluarga aku. So aku tanak die kekok. So damn true. Dia telah berkawan2 dengan sepupu2 aku tanpa masalah
4. dan yang paling tepat sekali adalah - because she is my dear friend yang aku boleh cakap, minta, nangis, cerita, gosip mengumpat dan semuanya tanpa aku ada rasa walau sekelumit pun ketidakselesaan.

Ha ko! kan aku dah memuji. Tapi aku bercakap yang benar...
BTW No. 4tu adalah sebab utama ! ~ TQVM Nani.. =)


Next... adalah... tik tik tik nanges dulu... :p
Ini bukan nanges tipu2 ni. Ni btol2 tik2 kat majlis kenduri kat taiping.
Salah seorang best friend in the world aku yang mengandung sarat 8 bulan ye... telah datang dari terengganu ke majlis aku. Dia bukan sahaja datang dengan suami dan anak2 kembar nya.
Tetapi adalah datang membawa seluruh ahli keluarga nya yakni Ayah *Pakcik Sairan Mak *Makcik je aku panggil Kakak *K ina (bersama suami dan 5 orang anak nya), Abang - Abg yazid (bersama isteri, 2 anak kembar dan seorang anak lelaki) dan adik *icam (bersama isteri dan seorang baby girl). Ha ko meh kira berapa orang die bawak.

Dewasa - 10
Kanak2 - 11.5 ( .5 sebab 1 baby dalam perut die belum keluar :p)

Masa ni, dia - yang di maksud kan adalah Azimah Sairan ni, datang dari terengganu dengan adik die icam. Yang parents dan keluarga kakak abang dia dari Johor.

Berjumpa mereka di KL dan berkonvoi mereka ke Taiping.
Cakap! Cakap! sape tak terharu... Bagitau sekarang! :p
Event parents aku pun terharu ye...
Aku ni bapak gym selalu cakap, anak tiri dia.

Pernah satu ketika dulu masa time belajar selalu gi umah si Gym ni. Kitorg gi pasar malam. Orang kat pasar malam tu memang kenal bapak Gym. Pastu ada skali orang kedai tanya...

wak, anak wak ke ni? *merujuk kepada gym
a'ah.. yang belajar kat melaka .. *bapak gym menjawab
yang tu? *merujuk kepada aku
oh itu anak tiri wak... *bapak gym menjawab.. dengan muka selamba...

BOLE? hahahahahahha sabar je la haku...
Orang tu percaya la sangat kan... kata aku gelap! bapak gym gelap!
Gym muke chinese look ikut muke mak nye...

hahahaha tak boleh lupa btol aku kesah tu...
Masa sefamily gym datang, aku rasa sangat amat terharu. Seboleh2 time aku makan beradap aku nampak family die, sungguh2 aku ckp kat suami, nnt kita mesti kena pegi salam family gym tau. Mesti. Kejap2 aku pandang dorg. Aku risau btol kalau2 dorg terus balik ke x jumpa aku. Memang aku ralat lah sangat kalau aku x dpt jumpa dorg...

Masa jumpa tu, aku lega. Lega2 kejap je. Sekali bapak gym cakap.. Wak datang ni, tak bawa hadiah.. tapi wak bawa doa. Wak doakan fielah dan suami bahagia kekal ke akhir hayat... ..... .... ...." panjang juga doa itu dan aku... dah tak boleh fikir sangat. Yang aku tau mata aku dah penuh air dah.. hahahahaha serius. Tak boleh tahan. Sayu sungguh. Tiada talian darah langsung kami ni, tapi tu lah. Ikatan yang terjalin tu ikhlas. Rasa macam air terjun yang sejuk dan sangat jernih turun dari batu yang licin, dan ikan2 kecil berenang2 di tepian... oiiiii dah2...yang ko byg kan tu simpan sendiri. :p

Macam tu lah. Salam2 semua. Cuma aku tak tahu mcm mana nak ckp terima kasih tu pada diorg. Macam walaupun aku ucap terima kasih pada setiap adik bradik gym tu, tp mcm terima kasih yang sebenarnya2 dalam hati aku tu tak sampai. Macam nak ckp, sy btol2 terima kasih sbb dtg dari jauh.. betul2 terima kasih... betul2 ni... sangat2... errkk korang phm tak ape aku ckp ni? arghhh ha tgk korang pun x rasa...... :(

Aku juga nak cakap minta maaf jika x dpt nak layan family dari jauh ni lama2. Jadi pengantin ni masa suntuk. Tak sempat nak ramah mesra lama2...


Masa kenduri di Taiping, sesi tepung tawar kejap je sbb malam sebelum tu masa lepas nikah dah buat sesi lama punya. So hanya tangkap gambar bersama keluarga kedua belah pihak. Yang atas ni gambar dengan adik beradik aku. Along, Didi & Yamin. Itu pun sebab ada dalam hp adik aku si yamin kot. Gambar2 lain blom dpt lagi drpd OP.

Nak di jadikan cerita, masa tangkap2 gambar ni semua lah ahli keluarga layan aje nak naik pelamin tangkap2 gambar yang paling payah nye.... adalah nak carik parents aku. Fuh mencabar betul. Dah memang selalu sangat terjadi aku rasa. Maksud aku bila anak kawin, nak tangkap gambar dengan parents la paling sukar sekali. Sebab nya dorg kan sambut tetamu kt khemah, nak ajak masuk amik gambar kejap tu mcm akan terlepas 100 orang tetamu kekdahnya. Risau bebeno. Aku ni punya lah tunggu jugak2. Takkan la aku kawin tp xde amik gambar ngan parents kan kan kan. oh tidak!

Lepas tu.. nampak ayah aku masuk, aku suruh adik aku panggil. Cari pulak mak aku. Sekali cari satu rumah luar dalam x jumpa. Rupenye mak aku tgh solat kat dalam bilik utama yang penuh barang perabot (kerusi meja sofa rak tv yg di sorokkan dlm bilik tu time kenduri kan). Kira solat kat celah2 timbunan tu lah.. *eh tp susunan elok la xde la akan menimpa mak aku ke ape, korg jgn igt cmtu pulak huhu..Pastu kitorg tunggu kejap. Lepas mak aku solat panggil mak aku, tapiiiii ayah aku pulak hilang. Ya Allah sabar je la kan... Jenuh OK. huhu rupenya ayah aku pulak solat. Ok tunggu lagi.. Akhirnya dapat jugak lah tangkap gambar ngan parents. Jangan dpt2 gambar dr OP xde pulak gambar tu kan memang aku..aku kahwin lagi skali paksa gi studio pulak nnt kes3...




Salah satu gambar teaser drpd OP aku. huhu ni gambar atas pelamin bersama2 pengapit. Nani dan KJ. KJ ni adalah ex-opismate kitorg. Dia datang dengan wifey ikut family suami sama2 lepak kat rumah rehat kat Taiping. Dia pun pengantin baru jugak sebenarnye tu, masa kami kawin dia baru 20 hari bergelar suami. Terima kasih la KJ sebab sudi jugak jadi pengapit wpun baru2 je ko naik pelamin sebelum tu... Baju dorg sedondon OK. Grey colour.. aku suke kalau pengapit ni sedondon, baru la kemas. Rasa macam formal gitu kan... Nampak cantik je dalam gambar. :)


Hehe...sebelum cerita pasal gambar ni kite gelak2 sinis dulu.
:p

Dari kiri, Gym mama pregnant, L Nani cik tunang@pengapit, O aku si pengantin al kesah V (yeay boleh buat peace) dan puan Dd dudu kuku (eh kuku nama laki die) *ni wifey KJ.. E ..

Nampak x? LOVE tu? hehe suke...

OK dah sampai sini dulu part 2.1. Aku dah kering idea...


Sebelum berakhir entry ni ada seseorang pernah interview aku lepas kahwin berbunyi begini:

ha... cam mane lepas kahwin ni?
erm.. OK...
Best?
Erm.. best best *excited pulak die kan
Menyesal x kahwin?
erkk erkk *x terjawab...sbb mcm x aspect soalan ni..belum sempat jawab die tanya lagi..
Menyesal x kahwin lambat?
hahahahha a'ah a'ah menyesal..yang ni iye... hahahaha

Boleh?
OK dah.. bye



4 Comments:

ko wat version cm dokumen anta kt client ker??hahahah..siap ade 2.1,2.2..giler ar..mmg organize giler..

 

haha..tu menandakan banyak lagi entri coming soon tu yak..

coppp..
'she has so much experience being a pengapit' ..???

adui gelak guling2 aku beb,
1st : rasa mcm dah berusianya aku, keje mengapit org je, tu sbb aku xkawen2 lagi kot..ikh ikh
2nd: padahal aku baru 3-4 kali je jd pengapit..tu pun dah termasuk mjlis ko..so much experience la sgt, haha

filah..filah..
ko mmg sgt menghiburkan hati aku.. =)
ape2 pun, tqvm kasi aku peluang jd pengapit ko, satu kenangan indah pada aku..
yg best jd pengapit ni , sbb dpt makan lauk pengantin, best2.. =p

aku doakan ko n ajak bahagia sampai akhir hayat..=)

jgn kesali kawen lambat, kerana aku kawen lagi lambat dr korang, isk isk isk.. =)

x0x0~

 

Dayakhs: ahahahah hampes ko... nak wat camne, it's in my blood.. pangggggg...*walhal ko yang pengaruhi aku selama ni...hoho

Nani:Pjg sungguh komen mu itu.. ko pun mesti ada rasa nak buat entry kat blog aku kan ahahahahhaha nway, tqvm di atas doamu itu dan lastly ko kawin mana lmbt, thn ni OK... tungguuuuuuuuu... kejap je beb, believe me, kejap je :p

Gym: erk erk... kim salam baby dlm perut hhihihihi

*kim salam ayah tiri aku skali :p