Salam,
hi semua..
Tibe2 bagi salam say2 hi... tah hape2.
Memang adalah takde idea nak mulakan entry ini.
Walaupun dah macam nak basi, bagi korang tapi mcm baru semalam bagi aku.
Cewahhhhhhhhhhhhh... muntah skrg hahahaha
Sebelum meneruskan pembacaan *mind u entry ini panjang dan agak meleret serta merepek kerepek..
Disebabkan aku pun tak paham kenapa aku dok upload gambar2 di Kluang dulu instead of gambar di Taiping, maka mari kita mula dengan part 3 dulu. Kah3 nampak sangat blogger tak tegar...
Majlis: Sambut menantu di Kluang, Johor
Tarikh: 18 Disember 2010
Hari: Sabtu
Tema: Ungu manggis
Masa: 1.30ptg
Butik pengantin: Pelangi Biru, Kluang
Owner: Abang Zul
Mekap: Kak Yuni
Tarikh: 18 Disember 2010
Hari: Sabtu
Tema: Ungu manggis
Masa: 1.30ptg
Butik pengantin: Pelangi Biru, Kluang
Owner: Abang Zul
Mekap: Kak Yuni
Aku tak reti nak cerita macam mana so, aku cerita melalui gambar je ye...
Sebenarnya ada terlalu banyak gambar. Nak pilih ni pun pening. Sebab semua pun aku suke...
Gambar2 ni pun adalah semua kamera hp aku plus gambar2 di tag di FB.
Mintak permission ye kepada semua tuan gambar.. Gambar drpd OP mmg tak dpt lah lagi kan.. ada nnt aku cuba kongsi ye...
Kita mulakan dengan gambar pengantin terlebih excited makan aiskrim. Sedap ok.......... jangan harap nak lepaskan peluang. Bukan ape, tak mungkin seumur hidup aku akan merasa lagi makan aiskrim... makan aiskrim time kahwin laaaaaaaa... bukan lepas kahwin x makan aiskrim dah..
Mekap adalah oleh K Yuni, ada gambar k yuni ni tapi cari2 tak jumpa pulak. Nanti kalau ada aku upload. Dia adalah sgt cantik, kecik comel dan baik sgt. Dia buat aku rasa selesa di mekap oleh dia. Pada asalnya aku cuak sbb salah sorang mekap dari butik kat kluang ni, adalah lelaki lembut. Bukan apa, aku x berapa selesa sangat kalau di mekap selain drpd oleh perempuan. Sebab nya nnt kan nak tukar baju lepas tu nak di setup2kan tudung tu la itu ini. So aku prefer perempuan. Bagus dapat k yuni ni. Dan aku adalah sukeeeerrr la sangat mekap dia. Aku ni orang nak mekap aku akan ckp, kak saya ni gelap, harap2 saya tak la jadi macam gomak sangat ye. huhu...macam gitu la aku pesan...
Pengapit di Kluang @ sepupuku Kak yang ha *nama betul die fariha. Aku segan sebenarnye dgn k yang. Ye la die kan lagi tua dari aku, pengapit ni kita nak mintak tlg buat itu ini. Segan sgt, tp aku salah. K yang mmg sgt membantu. Mula2 aku segan tp dah lama2 tuh, mmg aku dpt rasa dia x kesah. Syukur sgt. Aku doakan K yang cepat dapat jodoh juga.. amin...
Ni gambar family aku dekat pelamin di Kluang. Aku sangat suker gambar ni. Rasa macam banyak betul senyuman ikhlas dalam gambar ni. Aku rasa suke sgt2 lah...
Gelang pusaka ni adalah gelang keluarga belah mak aku. Gelang kaki ni kena pakai dua2 belah kaki. Lagi cantik kalau pakai dengan songket, tp kalau bukan songket macam aku pun, boleh pakai, tp sorok la kan. Pakai kerana rasa bangga dpt sarung gelang tradisi ni. Semua pengantin perempuan family aku akan pakai. Harap dpt teruskan tradisi ni sampailah bila2... =)Btw, gelang ni adalah asal daripada ibu kepada opah aku yakni moyang aku ye... lama kan. Tapi gelang ni x berat tau, ringan. Kira bukan emas padu lah, tp emas tulen...
Seronok kan tgk gambar ni. Ni semua adalah cousins belah mak aku. Aku suke gambar ni sebab semua pamer senyuman.. suker...
Kami pengantin naik kereta baru k yang - CRV ye. Syok ok... dah pakai baju2 pengantin ni kan dengan panas nye bla bla bla... masuk kereta ni...wuhuuuuuu sejuk ko... ekon terbaekkkkkkk... ada cerita di sebalik gambar ni.. Meh cerita sikit...Sepanjang aku naik kereta nak pergi rumah keluarga suami time ni, aku sangat resah dan gelisah. Naik je kereta hujan turun renyai2. Makin lama makan lebat, makin lama makin lebat. Banyak betul dalam fikiran aku time tu. Aku rasa semua pengantin pun ada perasaan yang sama lah. Aku risau yang paling utama skali kalau hujan adalah:
1. Kesian family aku yang nak berarak. Kami datang ramai. Lebih 10 buah kereta. Ramai kanak2 dan baby juga. Sedih betul hati aku kalau kami datang2 ramai2 tapi x boleh nak berarak.
2. Mekap aku kena hujan huhu tah rupe ape tah. Mmg betul ada payung. Tapi cuba fikir, mcm mana nak berarak kalau payung hanya untuk pengantin je. Abis macam mana dengan pengapit. Aku x fikir akan berarak kalau hujan. Jadi mcm pilu sangat.
Maka, sepanjang perjalanan dalam 20 minit, ke rumah keluarga suami aku adalah berdoa di dalam hati tanpa putus2. Aku doa, "Ya Allah, berikan lah sekejap matahari untuk berarak. Berikan lah sekejap matahari, berikalah sekejap matahari...."
Betul, mmg tak henti2. Ayah k yang, dkt kerusi sebelah pemandu, aku nampak die menadah tangan dan berdoa terkumat kamit tak henti2 juga.
Alhamdulillah. Mmg kuasa Allah. Sampai je dekat kawasan rumah keluarga suami, memang hujan lagi, tp kumpulan kompang tak sampai lagi. Jadi tunggu kompang kejap. Kompang start main je hujan pun berhenti. Subhanallah.... Syukur pada-Mu...
Masa ni hujan dah berhenti... seronokkkkkkkk la sangat... =)Yang penting, semua nya berjalan dengan lancar. Sampai2 sebelum masuk rumah, one of husband's cousin hulur air minum. Ini mmg tradisi johor kot. Kesian dekat pengantin. Maka dapat minum air. Bagus tau. Sebab mmg la aku tengah dahaga giler time ni. Mana sempat nak minum2 ni sebelum tu. huhu...
Masuk2 rumah aje, salam dengan FIL. Sekarang dah boleh panggil papa, before ni panggil pakcik. So itulah first time panggil papa. Masuk dalam sikit jumpa MIL pulak. MIL x berapa sihat maka dia duduk tunggu kami nak masuk. Masa salam dengan anak nye, lepas salam peluk kan, lama. Aku dah berdebar2 dah. Rupenya MIL nanges. Suami cakap jangan nanges ma.. MIL balas.. mama nanges bukan sedih, tapi mama happy anak mama dah kahwin... ape lagiiiiiiiiiii.... mata aku pun tak menahannn la kannnnn nak keluar air mata juga. Aduhai... betul2 la x menahan. Tiba turn aku nak salah pulak tu. Aku salam, cium tangan lepas tu peluk. Lama juga. Aku sempat cakap, mama jangan nanges ye... semua nya dah selamat... ape yang selamat ntah tapi mmg itu la aku cakap...
Tapi aku nanges sikit je. Aku tahan OK. Kalau tak kang, belum naik pelamin johor aku dah membanjir pulak kat bawah kan. Sedih siot time tu...
Dah masuk, sanding2 tepung tawar dan sesi tangkap gambar...
Ramai jugak kawan2 office yang datang belah Kluang. yela, dah kata suami pun satu office oh so dah memang sah2 kawan die jugak... Antaranya, Asfaliza, Rini, En. Shahrul, Bos - En Sharain (bos dtg 2 belah pihak, terharu +____+ ) Marlia, James (die ni pun dtg kedua2 belah kenduri - TQ james), Niza, Huzaimah (ex-Officemate), Rahman (ex officemate) dan elle (ex-friend ahahahahahah mcm skrg dah tak friend. Ni gara2 die tak dtg kenduri belah aku. So jadi ex-friend skrg) :p xde la gurau je, dia ada kenduri cousin husband dia masa kenduri belah aku jadi dia dtg kenduri di Kluang.
*kalau ada aku terlupa sebut nama mintak maaf ye...
Bila kawan2 datang kenduri kahwin kita, rasa terharu betul. Rasa mcm happy sangat tgk muke kawan kite tu huhuh btol serius. Rasa mcm terima kasih lah banyak2 sudi luangkan masa datang kenduri kita kan. Lagi2 yang bawa hadiah kan wahahahahah
Tapi bagi yang tak dpt dtg tu, tak apa. Sebab nya, hadir kenduri kahwin atas jemputan ni aku anggap sebagai rezeki. Maksud aku, kalau dia dtg itu tandanya rezeki aku dan rezeki dia. Kalau x dpt dtg tentu ada sebab dan urusan lain dan tak ada rezeki utk jumpa waktu tu. Sebab rezeki mungkin akan datang di kemudian hari.. Begitulah...
Panjang kan... aduhai...
Ada 2 part lagi aku nak cakap...
Pasal family aku. Aduhai... Aku rasa macam mmg terbaek btol lah family aku. Aku suka dgn konsep yang di amalkan oleh family besar aku. Orang lain aku tak tahu. Boleh jadi sama, boleh jadi tak sama. Family besar aku ni, baik sebelah mak baik sebelah bapak. Memang lah perangai yang satu ni sama. Iaitu kalau bab2 menghantar pengantin mmg lah ramai. Kalau boleh tu semua pun nak pergi. Keluarga aku ramai. Aku mmg lah berbesar hati suke gembira tak terkata. Aku suke ramai2 ni konvoi pegi jalan jauh2 kan. Tah macam best gile aku rasa. Aku syukur sedara mara aku sudi hantar dan hadir ke majlis sambut tetamu belah Kluang Johor...
Ha ni sebahagian daripada family kedua belah pihak. Sebahagian sebab yang amik gambar ni bukan main ramai lg kat depan tuh... huhuhu... terima kasih semua...Last sekali....
Adalah berkenaan sebelum family kecik aku balik. Family kecik tu, mak ayah dan adik bradik aku la.... fuh kooooooooo...
Kami ni jarang berdrama dalam family. Maksud aku drama tu mcm time raya mintak2 maaf nanges2... atau pun mcm balik kampung, pastu nak balik KL balik nanges2... gitu..
Kira nya jarang la kami ni nanges2 dalam keluarga ni. Bukan la xde perasaan ke hape, tp mmg macam tu. Takde drama2 ni.. (wpun aku adalah manusia yg sng nak nanges la kan)...
So, masa family aku dah siap2 nak balik nak tinggal kan aku tu.... ha amik ko. Mula2 aku OK je. Owh family dah nak balik. So nak salam2, peluk2 cium. Sekali mak aku tarik tangan aku, pegi kat FIL dan MIL. Mak ayah adik bradik pun ada ikut skali. Mak aku pun ckp... ni kami nak balik ni, tinggal anak kami, tegur2 lah kalau ada buat salahhhh... tu je kot ... abis je ayat ha hambek.
Berderu2 air mata ni keluar, takde tapis2 lagi. Apetah lagi, melihat air mata mak haku pun sama. silap2 berhingus2 dah aku. Cuma tak tersedu lah. Tapi mmg adalah sgt sayu perasaan itu. Tak pernah aku rasa sesayu itu.... 2 kali aku salam cium peluk mak aku....
Lepas tu salam peluk cium ayah aku pulak.. pun sama... tik tik tik air mata... tp ayah aku cool... dia tak nanges, tp aku x perasan lak dia bergenang ke x. Aku x berani pandang sgt. Sebab kalau btol ayah aku bergenang jawabnye mungkin Kluang akan banjir hhohohohoh...
Salam peluk cium adik perempuan aku, dia pun nanges... sedih ok...
Salam peluk cium adik lelaki aku... ok dah x berapa nak nanges sebab dia dah buat lawak ke hape tah time tu kan....
Abang aku je takde time ni, dia dah beransur pulang...
+________+ type2 ni teringat balik saat tu mcm pilu pulak...
Sampai sini je lah kot..
Bila nak sambung part 2 dan part 1?
Mungkin bila nak masuk 2 bulan aku kahwin aku sambung eh ahahahahahah
*esok 1 bulan tempoh kahwin :p
P/s: btw kahwin sgt best hahahahahah :p


4 Comments:
filah pas kawin makan aiskrim lain lak ahahhaa...yeahh sekarang dah boleh komen lucah lucah dah sini ahahaha
hani: shotttttttt... itu kelucahan ke kelucuan... *erk tatau ape nk comment hahahahahahah sekian :p
dua komen diatas, akupun spechess (bak kata Faizal Ismail dlm AJL mlm td, hehe)
Filah, adalah sedih jugak baca tang mama ko masa nak balik tu, sebak owh.. ;'(
ooo, buat story dari akhir membawa ke awal ek, aku ingt PART 2&1 ko wat private entry, mmg nak kena lah =)
Nani: mmg saat itu sgt sedih. ko pun akan rasa nnt beb. jadi bersedia... ko lagi jauh beb, kelantan ngan selangor... *tibe2 hahahaha
aku igt nak private kan lah part 2 & part 1... *bukan private pdhal.......... hahahahah penyakit M selalu dtg :p
Post a Comment