Aku sememangnya nak sgt update kan entry dan pic2 Bandung arini, tp before tu aku nak kongsi ngan korang pasal peperiksaan PTD M41 yg aku pegi td. Oh komen pertama dari aku, sememang nya soalan2 nya susah, lg2 pemahaman bahasa inggeris. Aku mcm tak paham apa aku baca. Dah memang la aku bukannya hebat sgt BI kan, bace 10 kali tipu pun aku tak phm2 jugak. Dah la pemahaman BI tu last sekali time kepala dah weng2x penat gilos selepas seharian keje menjawab soalan2 kan. Uh.. aku berserah dan redha je la.. Half my heart rasa mcm tak ikhlas sgt pegi td. Tp takde la rasa terpaksa ke apa, lgpun aku tanak hampakan parents aku yg beriya suh aku attend jugak exam tu. Isk.. kalau ada rezeki, adalah. Kalau takde aku redha. Lgpun kalau x pegi dah sah2 rezeki tu bukan aku punya kan. At least aku try... wpun sbnrnye aku tak yakin ..
Tapi ada 1 soalan ni aku nak kongsi dgn pada yg tak pegi exam k. Pada yg pegi nak jwb lg skali pun xpe, ada aku kesah? hohoho..
Lebih kurang begini la salah satu soalan yg ada dalam kertas pertama ..erkk apetah nama paper 1st tu? oh ko mmg giler pelupe fielah oi.. ok abaikan. Jawab soalan di bawah:
5. Yang manakah kombinasi di bawah yang salah:-
A. Arau - Perlis
B. Kuala Kangsar - Perak
C. Pekan - Pahang
D. Klang - Selangor
E. Seremban - Negeri Sembilan
*Aku tanya dan kongsi soalan di atas sbb dlm bilik peperiksaan tempat aku hadiri tadi ada la sedikit kontroversi yg di bangkitkan oleh pengambil ujian dan urusetia yg menjaga peperiksaan di situ.Di situ adalah merujuk kepada tmpt aku amik peperiksaan iaitu di Hotel tuttt di tgh2 Kuala Lumpur ttp hotel itu sgt bongek kerana psg aircond tetapi seperti aircond tersebut hidup segan mampos tak mahu! Rasa mcm berkedap ko tahu! ko bayang kan la terkuap dlm bilik tertutup yg aircond mcm gitu. oh aku bukan tak bersyukur ok, tp nak amik exam ni kna la keadaan selesa. Baik buat kat sekolah yg ada kipas! tau! urghhh geram.
Sila jawab soalan di atas dan beri reason. *Soalan di atas ada jawapan k. Confirm!
First Day School
9 years ago


3 Comments:
elle jawab, seremban negeri sembilan..kerana ia satu2nya ibu negeri selain daerah2 lain tu..btol x? patotla aku xle dpt PTD tu, aku xtauuuu..huwaaa
huhuhu...ada gak yg sudi jawab soalan ni kan :) bagus2.. Aku tatau la jawapan sebenar-benar nya apa.. tp pada pendpt aku.. semua yg tersenarai kombinasi negeri dan bandar2 diraja di negeri tersebut kecuali N9. Sbb N9 bandar diraja - Seri Menanti. Just my 2 cent. Maybe jaw elle ada kebenarannya. Yg aku plg sure, KK - Perak dan Klang - Sel mmg bandar di raja :p
wohooo gilaks jawapan di sebalik jawapan! huuu ini rupanye PTD.. perggghh ni bkan lvl aku ni.. bukaann (smbl melenyapkan diri dlm suram2 kegelapan) XP
Post a Comment