aerobic plus dancing

Setiap petang skrg ni dari 6.45pm-7.45pm aku join kelas dancing aerobic dkt2 area rumah aku. Kelas aerobic ni aku join dgn fatihah officemate merangkap housemate aku. Aku nak story sket psl kelas yg aku join ni.
Masa mula2, aku risau nak join. Sbb pada aku agak mahal jugaklah. Aku amik package 8x, so aku byr RM80. Plus dgn registration lagi RM50. So nak mula tu aku kena la byr RM130. Bg korang mgkin la tak seberapa kan, tp bg aku tu dah kire mahal dah tuh. oh! Tp sbb aku nak jugak try, aku tekad la nak masuk. Lagi pulak tempat nya dkt giler dgn umah aku. Kalau naik kete dlm 2 minit takde traffic light langsung. Kalau jalan kaki dlm 5 minit la, tp sila tahu bahawa aku dan tehah tak pernah jalan kaki. Jgn salah fhm, bukan kami malas atau mengada2 tanak jalan, tp kami kena kejar maghrib lebih abis kelas ok. hohohoho cover baikkkk punya! walhal kalo nak kejar maghrib pun mmg sempat sgt kahkahkah..

Setakat ni dah 5 kali aku dan fatehah pegi. Mungkin bg org lain, tak le hebat sgt kan, baru 5 kali. Tp still bg aku, maknanya aku suka la tu pegi kelas ni. Sbb nya, bab2 exercise nih aku cepat bosan. Cepat giveup. Nasib baik la kelas ni aku suke, best menarik dan tertarik setiap kali pegi..

Wpun sejam aje kelas setiap hari kecuali hari ahad, tp sejam tuh pun fuh... tak bleh nak ckp wo.. Berpeluh2! basah baju2 nih! aku susah nak peluh byk2 nih tp masuk kelas ni.. ha kau tak boleh blah ckp ko! Aku jogging pun belum tentu peluh mcm tu, main badminton pun tak peluh mcm tu jugak tp hampir la.. huhu

Aku dapat rskan sepenuh hati yg salah satu sbb aku suke kelas ni adalah sbb die ada dancing nya steps selepas 45 minit mengaerobic kan diri. Lagu2 dia pun best2 dan rancak2. Maklum la, aku suke dancing2 gedik2 nih. Yela, nak dancing2 tempat lain kat mana lagi?? kat rumah? takkan nak psg lagu volume over2 kan. Kalau pelan2 nye volume tak layan aa.. Kelas tu ade sound proof takpe sound kuat pun. Lagi satu, dancing ramai2 secara serentak dan selari mcm best sgt. Aku suke la kirenya kelas ni!!

Tak kurang juga aku suke kelas ni sbb semua pompuan kan. Takde yg bukan muhrim org kate. So, bebas sket lah nak bukak tudung. Takyah nak cover2 sgt. Ramai gak yg seksi meksi, tp bukan aku ngn tehah la. Kitorg t-shirt ngn tracksuit je la pun. Kasut sukan pun ala2 je. Eh tak, kasut aku je ala2, kasut tehah cun melecun ok..

erm... dan yg plggggggg aku suka sekali join kelas ni adalah save the best for the last setiap kali mengaerobic mahupun dancing, steps yg di ajar dan di buat mesti di hafal dan di ingati. Selain tu nak kejar step2 org2 lain yg dah pandai kan menjadikan aku sentiasa fokus utk ikut dorang. So, secebis pun aku tak fikirkan benda lain selain dr steps tau. Semua masalah peribadi, kerja dan apa2 yg serabut kepala hotak aku ni, lgsg aku tak fikir. Serius beb!! itu lah yg plg best skali aku rasa! Hilang tension aku wpun cuma sejam. Perasaan dan kepuasan selepas habis kelas tu sgt hebat. Rasa mcm hidup ni ada tujuan jugak la. Eh bukan la aku rs hidup aku xde tujuan, bukan.. Cuma kdg2 you know, aku selalu lost ! huhu

Herm... sampai skrg aku boleh senyum lagi igt aksi2 kitorg dlm kelas tu keh keh keh...
Semoga hari2 mendtg akan lebih membahagiakan dan menggembirakan hidup aku dan korang semua...

Btw, Gym & the babies dah balik JB ke rumah parents gym utk berpantang. Oh wpun aku belum bersua mata dgn babies mu gym, aku terus2an merindui mereka... :D

2 Comments:

sedihnye aku baca entry ni..akhirnya kau berjaya gak masuk kelas dancing yg pnh jd impian dolu2...
cano neh!! aku xde member nak ajak g menari,sob sob

 

hohhoohoh...ko igt kan impian kite dolu2... tp tak la sama sgt... ala2 la kehkehkeh :p xpe, kalo sorg2 pun xpe, kt kelas tu nnt ada kawan punye..