Hi…
Ape khabar?
Hehe saje bagi ayat permulaan macam tu sebab teringat someone yang suke telefon aku akan bagi intro macam tu setiap kali telefon walaupun die telefon aku kadang 5, 6 kali sehari dan terjumpa2 juga di office setiap hari… :p
Eh ape nak cerita sebenarnya nih?
Ada satu malam tu, aku baru balik rumah agak lambat. Dalam pukul 12 lebih macam tu. Dekat2 1 pagi juga dek kerana tengok movie midnight kan cerita Lagenda Budak Setan yang best tapi kecewa sikit itu. Ok ini cerita di entry lain tapi macam aku tengok dah banyak gila orang buat entry so macam serupa tak payah kot aku buat entry tu lagi kan. Wuhuuuu alasan terbaekkk hehe…
Lepas dah aku sampai rumah tu, aku ngantuk giler. Tapi tiba2 aku nak masuk bilik aku dengar Noor Aina gelak2 giler kat tingkat bawah rumah.
Kejap kah kah kah… kejap2 lagi kah kah kah…. Tak lama lepas tu hahahahaha kemudian pulak muahaahahahah gelak besar2. Pukul 1 pagi budak ni tengok cerita ape pulak ni.
Nasib la aku ngantuk tahap tak boleh blah pagi tu, maka nya aku masuk bilik tidur dengan jayanya. Cop ini bukan kes aku nak mengadu aku takleh tido sebab Noor Aina gelak2 kat bawah ye, sebab aku lena je bila tidur pun huhu…
Esok nya aku tanya Noor Aina apesal ko gelak2 semalam beriya2 ? Cerita apa ko tengok begitu sekali punya layan ?? Wah ada nada tak puas hati disitu! Hahaha yela aku pun nak gak gelak2 kot2 boleh release kan tension ke ape ke kan!
Rupa2nya adalah dia mentengok cerita lawak kelakar tak hengat yakni SPONTAN yang tayang kat Astro Warna. Aku tak pernah tahu dowh wujud cerita ni. Maklumla rumah kami jangan kan ASTRO Byond, Astro Warna pun tak ada. Nasib TV kami TV ada warna huhu….
Aku dengar banyak gak cerita best2 kat astro WARNA ni macam Adnan Sempit the series, Spontan, Adnan Sempit, Spontan… hahahaha 2 ni je aku tau pun :p
Dak2 rumah aku takde ke rasa nak subscribe eh? Macam contoh unsubscribe Movie 411,412 & 413 tu pastu amik Astro Warna! Hohohooh ok sila abaikan…
So (tetibe sambung, sila paham2 kan sendiri) aku pun masa tu balik dari kenduri kawin kawan aku, join la dak2 ni tengok Spontan! Gile korang! Kalau rasa baru lepas operate apendiks ke sinus ke ape ke (apehal tiba2 sinus kan :p) jangan la korang layan cerita ni. Teruk bahana nya nanti. Aku nak komen banyak2 pun susah. Baik korang layan je la sendiri. Tapi yang boleh aku simpulkan memang rancangan ni TERBAEKKKKKKKKKKK la beb dari ladanggggggggggg!!....
Kitorg ni layan kat Youtube je pun. Walaupun gambar tak clear tapi lawak dia memang sempoi la. Berderai2 ketawa. Aku risau je nak ketawa berdekah2 tak hengat dunia pasal rumah kitorg tu macam tak sound proof. Naik tangga pun jiran sebelah boleh dengar. Aku kadang2 masa awal2 pelik je dengar org lari2 kat tangga tp tgk tangga takde org ! ye la masa tu aku sorang2 tiba2 bunyi ada org kat tangga. Rupanya jiran sebelah naik turun tangga bunyi sampai kat rumah aku ! boleh ??
Jap2 ko nak cerita kelakar ke seram ni ??
Ok sambung balik….
Pada yang macam aku, yakni tak tahu kewujudan cerita Spontan ni yang kelakar nya oleh Afdlin Shauqi, Arwah Din Beramboi, Zizan & Douglas (aku tak reti eja nama die tp dia ni kalau x silap pelawak singapore tapi mmg terbaek lah) pastu dia akan jemput la artis2 jemputan. Ada Adibah Noor, Que Haidar, HSB – Harun Salim Bachik, Nabil dan ramai lagi lah. Aduhai… kelakar dowh.
Aku ni kalau tengok cerita kelakar memang otak aku automatik teringat Nani. Aku teringat ko beb. Siap aku terfikir kalau aku tengok dengan nani ni nescaya boleh sakit tangan2 tepuk lantai pasal tatau nak lepaskan lawak tu kat mana! Hahahahah boleh?
Nani, aku tatau la ko tengok ke tak cerita ni, pasal ko memang ada Astro Warna ni kan, tapi apesal ko tak pernah blog pasal cerita ni ha??? Baik ko tengok pastu ko blog.. :p
So kat sini aku nak bagi tau la, scene atau episod paling kelakar yang aku tengok (sbb aku tak berkesempatan lg tgk semua episod, maklum la kan kat youtube je kok) adalah episod ini: http://www.youtube.com/watch?v=kgTFmeVc_MI
Episod ni ada artis jemputan dia Que Haidar yang nak tunjuk resipi buat kek bersama Afdlin yang jadi tangan dia dan Zizan jadi pembantu dia.
Kalau link tu x dpt cari je kat youtube tu: Spontan Que Haidar (Demonstrasi) atau
Spontan Episode 16 Part 4/4
Tak pun cari kat sini: Koleksi Spontan
Aduhh…10 kali tengok 10 kali nak gelak tak hengat…
Tolong la tengok weh tolong la :p


3 Comments:
hehe..ade kot post psl ni dedulu,tp x se'detail' konye entri la ;)
spontan adalah sgt kelakar..
apepun, selamat datang ke dunia spontan beb..
mmg menceriakan dunia tgk citer ni, hilang kesopanan menonton citer ni, haha :)
sopan terus jd spontan... tanpa kawalan hahahahah
nti kita tgk byk2 kali lagi eh fielah yg que haidar tu. aku terus jatuh cinta dgn que haidar dow
Post a Comment