My Dear...

Ahad ni hari raya... Esok last kerja, lusa balik kampung :)

-------------------------------------------------------------------------

Intro di atas tatau relavan ke tak dgn apa yang tersirat dlm benak aku skrg ni. Aku nak luah kan sesuatu dlm blog hari ini iaitu psl kereta aku yang orang kenali sebagai Kelisa tapi aku bagi nama konon2 nama dia Kelly.. yeahh konon moden la tuh.. huhu (dalam surat beranak dia Kelly binti Perod-2)

Nama Kelly tu dah lama aku wujudkan sejak beli kereta tu tahun 2005. Kelly kereta pertama aku! (mmg x pernah ade lg yg ke 2 pun huhuhu) Sampai sekarang pun masih yang pertama di hati aku. Masa mula2 beli, mmg bukan down payment byr guna hasil titik peluh aku sbb masa beli dulu aku belum mula kerja lagi pun. Masa aku nak start kerja pertama aku mmg kena ada kereta sbb kerja luar pejabat. Jadi terpaksa la Bapak aku belikan aku kereta sebijik lantas aku menyanyi "bapa ku pulang dari kota.. bapa ku belikan kereta...kereta kecil warna EMAS.. boleh ke bawa ke pejabat.." ewah...

Bukan kepalang la gembaira masa dpt kereta kan.. Mula2 bapak aku suruh amik kereta manual, tp sbb aku ni sedar diri cuai lagi byk dr x cuai, aku berkeras nak kereta auto jgk. Aku tak confident boleh bawak kereta manual sbnrnye tu psl nak2 jugak kereta auto...

Jauh perjalanan aku dgn Kelly.. jauh sgt.. bukan la sampai oversea, (ape jadah naik kete boleh g oversea lak neh?) tapi jauh tu bermaksud perjalanan hidup aku diiringi oleh Kelly. Kemana2 sejak aku mula bekerja aku ada dgn Kelly. Mula2 kerja aku di hantar ke Kelantan, dgn Kelly la parents aku hntr aku ke sana. Balik tu dorg naik bas. Masa keje kat Kelantan tu, keje aku kalau 8 jam sehari 2-3 jam atau 3-4 jam dalam kereta la sbb keje aku berjalan (bkn berjalan2 cari makan ye! mind u!) ke sana kemari buat support kat pejabat2 gomen. Jauh ok perjalanan satu tempat ke satu tempat.

Lepas keje Kelantan, kerja pulak kat Melaka. Jadi sebelum pindah tu, aku balik kampung dulu. Naik ape ingat? Kelly jugak.. Aku hangkut la semua brg2 aku tu. (ceh mcm la byk sgt brg ko oi) Tilam, bantal, almari pakai buang (eh apsal dah pakai x buang? :p) segala beg2 baju, almari kecik tah ape2 lagi tah penuh la satu kereta tu. Kelly jugak yg bawak. Lepas beberapa lama kat Melaka kerja pulak kat Terengganu.. Berpindah randah la aku lagi dah macam orang normad dah. Pindah2 ni dlm tempoh setahun lebih ok.. Masa kerja kat Terengganu tu, ada la kene gi Perak (keje la k) balik HQ or gi Kuantan, (meeting segala OK) dan tah mana2 lagi lah... Semua dengan Kelly...

Pernah sekali, lepas dah tamat tempoh kerja di Terengganu, aku di arah balik ke HQ di KL, dan dari Terengganu tu aku drive sorang2 sampai lah ke KL dengan barang2 penuh satu kereta depan belakang bonet semua.. Dengan apa? Kelly jugakkkkkk...

Pendek kata terlalu byk kenangan (eh, mcm nak jual pulak kekdahnya) dengan Kelly. Kadang2 aku rasa Kelly ni lebih drpd sebuah kereta. Aku rasa dia mcm kawan aku... kawan baik gitu. Bukan sekali dua dia layan aku nangis2 dalam kereta, bukan sekali dua dia dengar aku maki hamun tah sape2 yg aku bengang tak tahan bila aku sorg2 dlm kerata, malah tah berapa juta kali dia sanggup dengar aku melalak dalam kereta mcm suara aku sedap sgt ke hape ntah.. dia tetap macam tu.. setia... patuh dan tak pernah menyusahkan aku...

Ntah kenapa aku rasa teringat2 kat Kelly arini. Mungkin sebab Kelly kat bengkel skrg (tibe2 emo rasa mata panas pulak time ayat ni). Selalu dia ada kat porch tp skrg takde. Kelly sakit semalam. Dia takleh start kat tol masa aku nak byr tol. Inilah kali pertama Kelly sakit di tengah jalan. Tapi aku tak rasa dia susahkan aku. Malah aku rasa bersalah aku tak tahu dia sakit. Aku dah sedar dah ade air hijau bocor beberapa hari lepas. Tapi masih aku bawak dia ke sana sini sampai lah satu tahap dia dah tak tahan lalu mati (eh mati enjin ok) di tol smlm.

Tadi aku dah bawa die ke hospital kereta berdekatan dengan rumah aku. Mintak pomen check ape kerosakan dan kesakitan yang Kelly alami. Rupanya radiator bocor teruk malah kene tukar tangki radiator segala. Setelah di kira2, mahal juga duit yang perlu di keluarkan untuk pulihkan Kelly. Mula2 aku tersentak juga dengar harga yang perlu di bayar lagi2 pulak dah nak Aidilfitri ni.. Byk duit nak pakai... Tp jauh di sudut hati aku, aku takde rasa ralat nak keluarkan duit utk pulihkan Kelly. Bukan duit aku byk sgt smpai aku tak ralat, tp bila kenangkan betapa byk jasa Kelly pada aku, tak mungkin la terbalas dgn duit yang aku bayar untuk pulihkan dia kali ni. Malah aku rasa mcm sedih dalam hati sbb dia masuk hospital macam lama kali ni. Selalu pegi checkup2 aje, tak lama pun. (walhal cuma 1 malam ni je oh)... still aku rasa lain...

Aku bukan lah orang yang sayang kerata sampai obses mekap2 kereta bagai. Kelly aku tu standard aje. Aku beli pun 2nd hand. CD player pun takde. Kadang2 basuh kereta pun sebulan sekali. Tapi still aku sangat sayang pada dia.. sangat... +__________+

P/s: Kelly, walaupun kamu pernah makan saye hhuahuhauhua .. tapi saye tetap syg kamu sampai bile2..
P/s2: Entry ini tiada kaitan dengan sesiapa shj selain drpd Kelly dan tuan nya yang rindu kan dia sgt2.. Sekian..


11 Comments:

sob sob, syahdu aku baca entry Kelly ko ni..mcm karangan autobiografi skolah laks, bertajuk Aku Sebuah Kelly, hehehe
semoga Kelly dah pulih ya, dan dapat menemani kamu dengan setia nya.. ;)

 

Selamat hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

Dari
Jemah, Laloque, Cica dan Anoi

 

Ha'a la Hany, teringat karangan autobiografi time sekolah dulu..haha..Aku pulak tak pernah anggap kereta2 aku sblm ni mcm kawan,semuanya objek buatan manusia..huhu..

 

huhu.. sgt menyentuh perasaan entry utk kelly nih. dugaan nk raya ni, lain org, lain dugaannye kan pilah? sabo..

 

Nani : ye btol tu.. aku sungguh emo hoho

Viruspadu: Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin juga ye :)

James: tu la ko ..sbb ko byk kereta J, takde la emo..

 

K nora: btol tu k Nora.. Dugaan tu datang dan pergi.. InsyaAllah dapat hadapi juga.. cuma amik masa sket .. baiklah.. sy akan bersabar hehe :)

 

hmmmmm sian kelly...meh tumpang iswani..hahahahhaha..sedih ar bile baca entry nih...xpe la fil, jap lg kite gi amik dia...dh ok dh tu...huhuhu

 

Gadis Hijau tu org lain rupanya..akaka..main belasah jer Hany. Tetiba je kereta ko dah ada nama Ajak? Iswani? Nak terbahak aku..akakaka..

 

Ajak: huhuhu.. apa2 pun aku nak ucap berjuta2 terima kasih kat ko la ajak sbb byk tolong aku time2 mcm ni.. Kalau takde ajak, mcm mana la agaknya.. me kasih sgt2 eh.. tq a lot tatau mcm mana nak wish dah.. Hanya Tuhan dapat balas jasa baik kamu ajak.. (terharu tak? hohoho menyempat!)

James: ko mmg.. aku dh sedar dah td tiba2 ada nama hani, main belasah je ko kan.. Lg satu part nama kereta ajak tu tlg la btau die suh tukarrr... arghhh tak suke tak suke... (haha tibe2)

 

maafkan daku...

terlambat sket nak komen, ha jay sesuke je bubuh name gue....

br je baca entry kelly ni filah, seyes xnyempat coz metal grey pon tenat skrg nih...seb baek kelly bley teman awk balek braye...

taun ni, metal grey xley teman kitorg balek...sedey bangat.... seb baek ade iswani ensharo..hahaha nak jugak iswani tuh...kuikuikui ;)

 

hani: hehehehe.. sian metal grey dia.. xpe.. next yr mst boleh.. insyaAllah.. Kelly sihat2 je balik raya ni.. alhamdulillah.. ha iswani ok yek? huhuhu... kelakar oh nama tu.. tak ske tak ske tak ske :P (u know la y kan) opss.. :p