Apa aku buat bila?

Aku adalah seorang yang rutin yakni biasa2 aje. Memang lah biasa takkan luar biasa..
Selalu buat benda2 yang biasa2 aje jugak. Kadang2 membosankan. Iye saya tahu kadang2 saya membosankan. Jadi apabila ada yang tak kena dengan aku, orang senang aje nak tahu sebab aku adalah aku.

Kadang2 aku selalu tanya diri aku, apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka. Kenapa? Sebab banyak benda yang aku suka daripada aku tak suka. Walaupun tak semua benda la. Contohnya makanan! Yang ni tak payah cerita la, susah sungguh nak cari makanan yang aku tak makan. Boleh kata semua yang halal tu aku makan lah dan pasti ianya adalah makanan. Cuba tanya orang sekeliling aku, orang offer makanan apa yang aku tolak? Herm.. jarang sekali lah kan. Kecuali aku dah kenyang atau memang aku tak berapa nak suka makanan tu. Ha tengok, tak berapa nak suke OK. Bukan tak suka! sebab memang susah aku nak tak suke makanan nih.. arghhh!! Eh kenapa macam marah pulak? Oh aku bukan marah, tapi kesal sebab aku suka banyak sangat makanan sampai aku tak suka tolak bila orang ajak makan, jadi inilah yang terjadi pada aku. Huhu silalah faham2 sendiri ye takkan tu pun aku nak tulis kot. Jangan cakap aku gemok ok! Mak aku marah! Mind yOu! sebenarnye anak mak aku marah :p

Disebabkan aku adalah seorang yang rutin, ada yg tegur cara aku tutup radio dan aircond kereta aku. Sebab setiap kali berhentikan kereta aku akan tutup semua aircond (ni memang la kan) termasuk yang dia nya volume(paham kan?) suis aircond (eh berapa banyak aircond nye tmpt nak on kereta aku ni?) semualah termasuk radio. Aku pelik! sebenarnya tak payah ke tutup semua tuh? Tutup yang suis utama tu je ye? Entah, sebabnya aku pernah dengar orang kata sebelum start enjin kene tutup aircond supaya ..erk supaya.. supaya ape oi? hoho supaya tak makan bateri kereta banyak sgt kot. haha ntah aku pun tak tahu. Semua lah aku tutup bila aku nak turun kereta. Setiap kali OK. Walaupun sekadar berhenti dekat 7E yang hanya 5 minit ke kurang ntah. Tapi still aku akan buat mende yang sama yakni tutup semua. Housemate aku si Teha tahu la perangai aku tu, makanya kalau sebelum aku nak berhentikan kereta tu dia akan matikan semua tu sebab kalau dia tak matikan, aku akan matikan juga. Huhu good job my dear friend... :)

Setiap pagi aku akan bangun untuk pergi kerja, aku akan iron baju aku nak pegi kerja adalah pada pagi bekerja. Termasuklah tudung. Jadi setiap pagi aku akan menghabiskan paling kurang 3 minit berdiri depan almari melihat2 baju2 kurung dan baju2 kerja aku walaupun setiap pagi aku tengok aku akan masih menghadapi masalah memilih baju apa nak pakai. Ntah la aku sorang je ada masalah macam ni atau kebanyakan perempuan normal ke ntah aku tak tahu. Adakah aku yang tak normal itu? huhu aku rasa tak.. Walaupun aku iron baju pagi2 sebelum aku pergi bekerja, tapi aku jarang jadi late comers ke ofis ok, mind u! haha walaupun ada beberapa kali juga nama aku naik di white board sebagai late comers, oh no..

Tetapi... ha.. sebenarnya ni la benda yang aku nak bgtahu dari awal mula entry ni tadi tp melalut tah kehape tah aku pun tak tahu, layann... sambung balik.. tetapi... pada hari ini, aku telah lari daripada rutin aku yakni aku telah mengiron 5 helai baju kurung aku untuk hari2 bekerja pada minggu hadapan. ha... tak percaya? huhu ni meh aku nak tunjuk... macam la ade orang kesah aku iron baju 5 helai ke satu almari ke kan! :p




Sebenarnya, apabila aku lari dari rutin aku, aku adalah sesuatu. Yakni aku adalah tertekan. Pasti ada sesuatu yang menekan aku saat ini. Dek kerana tekanan juga lah aku menaip entry macam dah tak tahu macam mana nak berhenti ni. Jadi mari teruskan. Tiba2 hari ini aku capai 5 pasang baju kurung dan 5 helai tudung dan terus ke iron board mengiron baju2 tersebut. Nampak sangat hati aku tidak tenang dan fikiran bercelaru. Kenapa lari dari rutin berlaku? kerana apabila aku melakukan sesuatu perkara dalam tempoh yang agak lama (maksud aku buat sesuatu yang sama dalam tempoh yang agak lama) aku akan mula muhasabah diri aku sendiri secara sendiri iaitu bercakap2 sendiri dengan diri sendiri. Korang paham? kalau tak paham, pergi baca entry lain. :p
So, sambil2 aku iron baju tu jenuh aku marah2, muhasabah serta meningkatkan tahap sabar dalam diri aku. Aku fikir macam mana nak hadapi masalah2 aku dan macam mana aku nak kurangkan tekanan terhadap apa yang berlaku pada aku masa tu. Macam tu lah aku...

Selain dari tu, aku suka drive sorang2 jauh2 bila aku serabut. Sebab dalam kereta masa aku sorang2 tu akan pasang radio kuat2 dan nyanyi sorang2 kuat2. Kalau tetibe keluar lagu sedih, ha layan.. Aku pun nangis2 sorang2 puas kan hati. Kalau aku marah, keluar pulak lagu ganas2 ha tu dia aku akan ketuk2 kuat2 stereng aku sampai aku puas hati berserta sakit tangan aku pun sama. Takleh nak elak. Kadang2 aku ketuk2 cermin tingkap aku sampai aku puas hati lah kiranya. Tapi setakat ni belum la tingkap aku pecah lagi kan huhu mintak di jauhkan. Aku rasa aman je bila dapat drive jauh2 sorang2 time serabut. Kalau aku tatau nak pegi mana, aku akan pegi putrajaya pusing bulatan besar yang bawah istanan tu dalam 10 kali ke sambil2 layan lagu2 kat radio nyanyi2 la.. kalau tetibe korang nampak kete aku pusing 10 kali bulatan tu buat2 taktau sudah.

Macam tu la alkisahnya. Walaupun aku suka juga luahkan masalah atau rasa hati aku pada orang yang rapat dengan aku, tetapi kadang2 ianya tak terluah dengan kata2 kan. Apa yang terbuku di hati tu lebih hebat dari apa yang nampak di luaran atau melalui penceritaan, kerana ia lebih pedih dan dalam. Ewah. sempat berfalsafah. Berfalsafah ke berfalsampah? podacit..

Sampai sini je la eh aku bebel2 ni. Kang sampai aku tercerita pulak apa tekanan aku saat ni kang haaa.. lain lak jadinya. Apa yang tertulis adalah yang ingin di kongsi, tapi apa yang tersirat yang kdg2 ada yang memahami dan berharap aku tulis di sini...maafla.. Apa yang tidak tertulis adalah yang tidak mahu dikongsi. Sekian harap maklum ...macam glamer sgt org sebuk nak tahu hal dia wahahaha..

7 Comments:

Sungguh detail, rutin dan lengkap entri kali ini. Semmgnya anda dilahirkan utk menjadi seorg QA yg mantap..haha.. ;-p

 

eceh... memandai je kamu ini J. Dan anda dilahirkan untuk menjadi 'pembekal' berjaya. wwuuhhhuuuuuu.. :p

 

Saya sgt kisah apabila org seperti kamu boleh iron baju untuk bekerja selama seminggu.. satu bender yang luar biasa tak dpt diungkapkan dengan perkataan.. i'm speechless ... muhahahhahaha

 

kau da tolong fateha dan rakan2 serumah kurangkan bil letrik bulan ni, bravo bete bravo.. :)

lenkali kalo tensen kan beb, aku suggest kau g kat area tasik Mines tu, g kayak..smpai tgh tasik jerit sorang2..perghh
mmg layan, bes mcm mkn eskrem pedelpop ;)

 

Teha: huahuahua speechless ye.. minggu depan aku dera ko tlg iron baju aku utk sebulan kahkahkah :p

Naniez: bil letrik kitorg mmg tinggi apetah lagi bil air.. Dah la bocor pulak tu asik ada mslh air je la umah skrg nih..Mines? huhu aku kene ajak ko la cmtu, maklumla, kene ajak org berpengalaman huhuhu

 

aku xbanyakla pengalaman idop naik kayak ni..agak2 kalau kita terbalik bersama tu, kau mapunkan dosa2 ku yer, hehe..

bole beb..nak nak nak naik kayak !

 

bila nk berkayak ni?
asik naik banana boat je..
sesekali kayak ok gaks!
gadis ijau, ms banana boat kt pd dulu dh maafkan in advance..hehe