Sesungguhnya akulah yang bertuah itu..

Sila percaya bahawa aku sedang bosan..

Maka aku cuba untuk mengarang entry yang mungkin tiada arah malah membosankan. Jadi kalau sesiapa yang rasa tanak jadi bosan macam aku sedang bosan sila tamat kan pembacaan anda sekarang.. huhu..

Masih baca?? oh..terharu..so sweet la korang ni haha (die masuk bab perasan pulak lepas bagi ayat2 bosan :p)


Hermm... Semalam adalah hari di mana aku telah bertemu 4 mata (sebenarnya 6 la, sbb aku specky kan) dengan seorang sahabat yang datang dari jauh semata2 nak jumpa aku dan dinner bersama aku. Tak lain tak bukan adalah cik NaNiEZ.. Jauh tu dia datang, balik dari office tak balik umah dia pun terus datang area SK ni. Mekasih sahabat.

Aku tahu, tujuan sebenar dia datang jumpa aku. Walaupun dia tak bagitahu secara terus terang, tapi aku tahu kenapa. She came just to make sure that I am OK. :) walaupun aku cakap aku OK, but still dia nak tgk jugak depan mata dia yang aku ni OK ke tak.. so sweet of you my dear friend.

Aku bersyukur ada orang sekeliling yang membahagia kan aku. Di saat aku susah atau sedih, i always can count on them. Tak pernah pun aku rasa kekurangan bila fikir tentang sahabat2 aku. Memang aku bertuah dikurniakan kawan2 yang boleh diharapkan tak kira masa dan ketika. Walaupun mungkin kawan2 yang jarang contact, tapi akan selalu update each other. Alhamdulillah.. aku tak pernah tersilap pilih kawan..

Kedatangan kamu semalam wahai sahabat sememangnya aku perlukan. Aku tahu kamu memahami aku. Aku rasa terharu sgt. Tapi tak boleh tunjuk depan kamu kerana nanti air terjun mata tidak boleh berhenti mengalir. Susah tu.. huhu..

You are always being the person who comfort me the best. You know the whole story from the beginning. I am glad that you are. Kata2 kamu semalam sangat halus meresap dalam jiwa aku. Kamu je tak tahu. Walaupun kita ni bersahabat, tetapi kata2 seperti entry ini selalu nya tak terucap. We both know why right? hehe

Dalam melayari hidup di muka bumi Tuhan ni, dugaan memang tak akan pernah putus, tapi itu semua penting supaya kita dapat memperbaiki hidup kita ke arah yang lebih baik. Apa yang boleh aku simpulkan adalah, walaupun kedatangan kamu tidak menyelesaikan kekusutan perasaan dan minda aku, tapi mengetahui bahawa kamu faham dan sentiasa ada di sisi di saat2 tekanan yang kuat adalah sangat membantu. Terima kasih yang tak terhingga buat kamu. Terima kasih juga atas kata2 nasihat dan entry khas dari kamu untuk aku.

Perjalanan masih jauh. Masa dan ruang yang aku harapkan dapat menghilang segala beban yang ditanggung masih belum mencukupi. Lagipun masih awal.. Tak mengapa, aku pasti tunggu sampai masanya tiba. :)

Akhir sekali, terima kasih untuk kamu sahabat..

P/s: Entry ini tidak perlu sebarang komen..