Firstly rasa nya masih tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Puan Hidayah & Encik Dzarfan. Wah..harap x salah la nama pengantin nih huhu..
Semoga berbahagia dan hidup aman damai sepanjang hayat hendaknya. Memperolehi zuriat yang baik, sihat dan sejahtera (sejahtera?) huhu..
So, cerita perjlnan aku ke kelantan adalah sesuatu jugak lah. Kenapa aku kata sesuatu? sbb ada beberapa dugaan yang terjadi semasa dan selepas ke kelantan. Tp aku rasa semua nya berbaloi.. demi memeriahkan hari bersejarah seorg sahabat, semua nya dpt dilalui dgn tabah. (isk apsal mcm poyo2 ayat aku nih)
Aku sepatutnya ke kelantan menaiki kereta abg aku, yakni Gen-2. Aku dah confirm kan ngan kawan2 yg nak naik sekereta ngan aku bahawa kami akan naik Gen-2. Masa mula2 Kj tanye, aku dh jawab, 70% confirm naik Gen-2. Kali kedua tanya (lepas aku confirm kan sbyk 2 kali ngn abg aku) aku jawab 90%. Mmg dlm hati aku tak berapa nak yakin sgt. Aku takut dorg mengharap. Tp mmg aku usaha nak dpt kan jgk kete tu, cuma hati aku ni ada rasa sesuatu. Sbb kalau mmg abg aku dh confirm setuju patut aku leh ckp je 100% confirm. Tp tu la.. still aku jwb 90% sbb mmg hati aku x sedap...
Patutnya aku nak amik kete jam 10 mlm tuh, aku dah siap2 call abg aku semua nak gi umah die amik kete, then die call kata kete takleh start. Sbb seminggu dh dia tak start. Mula aku mcm menyirap panas naik kat muka la.. Tp aku sedar la kan die siapa, abg aku!.. pulak tu aku yg nak pinjam kete die. Cuma nya aku nyirap sbb aku bukan la baru je inform ckp nak pnjam kete die, walhal dah lama dah. So apsal tak start je tiap hari ke 2 hari sekali ke.. ni time mlm aku nak ambil kete boleh lak xleh start.
Aku ni dah la berjanji ngn 3 org lagi nak gi kelantan. Tak ke aku akan mengecewakan dorg. Dah la lagi 2 org ni dtg dr JB turun KL naik bas sbb nak bertolak ngn aku gi kelantan. arghhh.. tensi sungguh aku waktu tu. Mmg aku rasa mcm nak mengalir dah air mata. Tp taknak keluar air mata tu.. Nasib la si tehah ade cuba cool kan aku. Aku call parents aku tanye boleh tak naik kete aku je. Alhamdulillah, ayah kata ok. Nasib la Allah dah bukak kan pintu hati aku nak servis kete siang tu plus tukar wiper yg dah mcm segan hidup mati tak mahu.
Aku btau dak2 ni boleh ke just naik kete aku instead of naik kete Gen-2. Nasib baik la dorg cool jugak.. dorang x kesah. Tp aku mmg rasa berasalah jugak la sedikit sbyk :( Tp aku x marah la abg aku sgt2. Aku tau la die bukan sengaja. Takkan la die sengaja pulak kan..
fuh.. mcm dah pjg kan.. bole tak aku smbg esok je membebel2 ni? haha .. btw yg naik kete sama aku adalah Naniez, Ajak & KJ.
Alhamdulillah, kami sampai je kelantan dgn selamat wpun naik kete aku je :p
Aku mmg suke citer intro je pjg2, bila dah sampai tgh2 aku dah cpt2 je nak abis kan.. huhu..
Sepjg kat kelantan semua ok.. Kami dok kat hotel Z&H yang sebilik RM130. Tp luas ade 1 katil King + 1 katil Queen. Mmg heaven lah tido.. uuuuu bestt.. Sebilik kami tido ber 5.. Aku, Elle (cik Pegawai), Naniez, Cik On Lecturer & Lindzia.. Mmg havoc kejap la bilik tu bila dorg dok gelak2 kan psl 1 peristiwa. Takpe, yg tu takyah cite k..(elle, ko diam haha)
Masa nak pegi dewan tempat dayak kawin tuh kami pun naik ar kete. Org hotel tu dah ckp dah, dkt je. Tp sebuk jugak nak naik kete. Mengade lebih tau korang ni termasuk aku sekali. Rupenye mmg jln kali dekat gile dlm 20 tapak je. Ni naik kete nak parking lagi, dari tmpt parking ke dewan lagi jauh dr jln kaki dr hotel ke dewan. hohoho..padan muke semua..
Masuk2 dewan je tgk dayak yg cantik manis berbaju pengantin berwarna ungu. (mmg la baju pengantin, takkan baju kelawar pulak haisshhh).. Manis sgt... ehem.. mata cantik..kurang sepet.. bulu mata pun pjg .. ehem.. huhu ..comellll..kawaiiii... huhuhu cukup tak ni yak? haha..
Satu je la aku tak boleh blah budak dayak ni tau. Tgh2 kawin tuh aku brape kali pesan.. "behave" "behave" uhuhuh.. die buat dewan tmpt die kawin mcm playground die pulak. Aku lekuk baru tau..opsss.. :p
Lepas balik dari kenduri sempat la kami ke pasar siti khadijah dan malam nye ke wakaf che yeh. Aku tak bershopping sgt la sbb no money no talk kan.. so aku shadap situ dendiam aje. Tp ade la budak sorg tu kannnnnnnn... dia shopping tak hengat kooooooo.. kalah pompuan wa ckp lu (hahahahah mahap kan aku wahai lelaki macho uhuk2.siapa makan cili die rasa epall yeay..) :p
Herm... masuk cite sadis balik.. ms perjalanan balik dr kelantan ke KL semua ok je mula2. Takde2 hal. Lg pulak Ajak satonaka yg drive. lagi la ok kan huhu... Tp lepas je hantr nani balik, nak naik kat dataran prima tu.. oh no.. :( .. Tayar pancit... sbb aku langgar lubang yg dalam dan dalam keadaan lajuss.. sediss...
Tp me kasih bebyk la to Ajak satonaka again, sbb tukar kan tayar aku wpun byk aku yg pulas spana tu kan hahahaha..Spana kan nama dia? Termasuk la jek2 tayar tu.. dia suh aku yg pijak... (nak jugak tuh mention)..
hihihih.. btw tqqqqqq ajakkkkk... (cukup tak ni? ke nak lg..huhu)
Ok la..tu je nak story.. kat bawah aku tepek gambar2 yg sempat aku masukkan ke dlm PC.. sbb ade pic yg x masuk lagik.. sowwy eh..
First Day School
9 years ago















3 Comments:
cian korang kete rosak..lepas anta aku lak tu..aku rs sedikit bersalah..huhu nasib ade hero kan Fila, kalau x mesti ko nangis..ho heee
aku xblaja2 lagi tuka taya..cammano neh!
hahahahhah. padahal aku pusing sepana tu seminit je. filah pusing 5 minit. ko lagi byk wat bullll. hahhahahahahah. tp kepada pompuan2 d luar sana. dile percaya gamba tersebut.
fielaaa...sian kat ko...tak sangka lak kejadian camtuh leh barlaku..takpela janji slamat kan?ade hero kan? hehehe.
btw...aku dah updet belog. sile bace. hahaha
Post a Comment