Petang tadi pukul 3.50pm aku & tehah housemate ku telah pergi ke Alamanda utk menonton filem yg di heboh2kan gempar yakni Histeria. Aku tanak tulis sinopsis cerita ni memandangkan banyak sinopsis yg boleh di dapati dari link2 lain kat internet ni kan, bak kata org bersepah gitu. Ha kalau korang nak tahu sinopsis, sila google hehe sini takde, so sorry.
Pada mulanya, masa aku baca2 komen & review pasal citer ni dari blog dan link2 lain, banyak la org kata best, tak rugi tgk, seram, unexpected scene dan macam2 lagi lah. So kat sini, aku just nak bgtahu pendapat peribadi aku. Sebelum tu sila tahu bhw aku tiada la berilmu tinggi dalam perfileman kan.. cop tak berilmu tinggi ke mmg xde ilmu psl filem? hoho tapi aku percaya, pendapat penonton biasa mcm aku yg akan pegi wayang ni penting ok, sbb org2 mcm aku la yg penuhkan wayang tu pun !! huh tibe2 emo dowh!
Pendapat aku mengenai Histeria:
1. Hantu dalam filem tu erkk tak berapa nak seram
Kalau dah cerita pasal filem berciri seram mesti la hantu yg org tgk kan, tp ntah mcm x seram pun hantu die aku tgk! mcm gorgon eh macam raksasa isk ntah la tp mcm xseram sgt la
2. Sound effect tak berapa nak mengancam
Selalu citer2 seram ni, sound effect kena power. Baru terkejut sampai ke jantung dup dup dup. Tp sound effect citer aku rasa macam 50% je. Tak sampai ke jantung la adoiyaiii
3. Scene yg digembar gemburkan potong
Scene yg konon2 nak suruh penonton tgk tu bukan ade pun! potong la! bukan la aku nak tgk sgt. Tp kalau dah ade tu aku tgk la hahaha tp takde ok, jgn berharap
4. Feel cerita ni kurang la
Aku sbg penonton takde feel sgt tgk cite. Wpun feel tu feel aku, tp patutnya dtg dr citer ni la kan.. tp tah la.. kejutan2 dia tak berapa nak sampai la arghhhhhhhhhh
Ok. Nampak sgt aku tak komen apa2 pasal pelakon2 dia kan! Herm pendpt peribadi aku lagi, aku rasa sebagai pelakon2 baru eh baru ke not bad la. Tp aku suke la Liyana Jasmay tu berlakon! kira jadi la. Scha mcm kureng sket, but ok la jugak. Yg lain2 aku tatau nama, but overal not bad. Cuma aku sebenarnya sebelum tgk cite ni, aku sgt2 berhrp bahawa ceria ni best. At least setanding la dgn Jgn Pandang Belakang punya performance kan. Tp.. hermmm....Kalau ade 5 bintang, personally aku kasi 2 bintang aje.. :( sorry james lee
Itu je la kot aku nak comment. Kalau korang ada pendpt lain or bercanggah dgn pendapat aku terpulang. Tapi aku ada satu kemushkilan. Tlg la korang jawab!
Kemushkilan aku: Hantu bley bunuh org ke eh?
First Day School
9 years ago


2 Comments:
ko tak rase bes pasal tak g tgk ngn aku ni, effect audience kurang..ha ha
bila aku baca review ko, akupun tros tak terasa nak menonton citer tu, huhu thnx kerana jimatkan duit aku..hihi
jawapan kpd soalan ko : aku rs antu takle bunuh org, tp bole membuat org bunuh diri kot, mcm cite jgn pandang belakang tu, buat kita dalam ketakutan dan pk yg bukan2 smpai bole jd tak waras..lgpn antu kan invisible sepatutnya..kalau cekik mestila tak lut kan? huhu wallahua'lam
Nani: tp kan nani, even aku g tgk ngn audience sensitip hantu spt ko pun, aku rs tak terujalah. Mst ko pun x takut tgk cite ni. Dlm satu panggung tu, xde sorg pun yg terjerit ketakutan or terkejut smpai terjerit. Btol ! aku pun rs hantu xleh bunuh manusia. herm..
Post a Comment